Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Virus Zika ialah jangkitan virus yang biasanya disebarkan melalui nyamuk.
Kondisi ini biasa terjadi di negara tropikal dan subtropikal.
Nyamuk menyebarkan virus ini dengan menyedut virus dari orang yang dijangkiti kepada orang normal.
Zika virus adalah penyakit yang biasa terjadi.
Ia boleh dikawal dengan menurunkan faktor risiko, bincangkan dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Kebanyakan orang mampu mengalami kesembuhan sepenuhnya dan simptom-simptom akan berkurangan dan hilang dalam tempoh seminggu.
Kebanyakan kes tidak menunjukkan simptom virus Zika.
Kebanyakan orang boleh pulih sepenuhnya dan simptomnya termasuklah:
Penyakit virus Zika adalah terutamanya berbahaya sekiranya ia dibawa oleh ibu kepada anak.
Anak yang lahir bersama penyakit virus Zika boleh mengalami kecacatan ketika lahir.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom virus zika yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Sekiranya anda ada sebarang tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau ada soalan lain, sila berbincang dengan doktor anda mengenai perkara terbaik bagi situasi anda.
Virus zika adalah penyakit yang disebarkan melalui gigitan nyamuk.
Pada tahun 1947, Uganda, punca virus Zika adalah pertama kali dijumpai pada nyamuk spesis sama dengan nyamuk yang menyebarkan virus denggi, demam kuning, dan virus chikungunya.
Nyamuk menyebarkan penyakit tersebut dengan menyedut darah yang dijangkiti virus dari pesakit yang dijangkiti, kemudian menyuntiknya pada salur darah orang normal.
Telah terbukti bahawa virus Zika boleh disebar menerusi hubungan seksual dan pemindahan darah.
Punca virus zika juga boleh disebar dari ibu ke anak melalui kehamilan.
Ada banyak faktor risiko bagi virus zika, umpamanya:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Langkah pertama bagi diagnosis virus Zika adalah dengan membekalkan doktor keadaan kesihatan semasa serta sejarah lawatan anda ke luar, termasuklah beberapa informasi personal, seperti informasi mengenai pasangan seksual anda.
Ujian darah digunakan bagi diagnosis virus Zika.
Selepas mendapat hasil positif, tidak konklusif atau negatif dari ujian, pengamal kesihatan boleh:
Tidak ada rawatan bagi penyakit; bagaimanapun mengambil ubatan yang mudah didapati di kaunter bagi sakit-sakit dan kesakitan boleh membantu melegakan simptom.
Penyakit secara umumnya akan sembuh dalam seminggu.
Zika virus ridak dapat dihalang melalui vaksin.
Sekiranya anda dijangkiti virus zika, berusaha untuk elakkan gigitan nyamuk pada minggu pertama diserang penyakit bagi meminimakan peluang penyebaran penyakit kepada orang lain.
Minggu pertama infeksi adalah tempoh kritikal di mana virus Zika masih aktif dalam salur darah dan boleh disebarkan secara mudah melalui nyamuk.
Hanya satu gigitan nyamuk boleh menjangkiti ramai orang lain yang normal.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi virus Zika:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen