backup og meta

Tuberkulosis: Mengapa ia Masih Menjadi Masalah Utama?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/10/2018

    Tuberkulosis: Mengapa ia Masih Menjadi Masalah Utama?

    Tuberkulosis (tibi) ialah jangkitan bakteria yang boleh merebak melalui cecair mulut dan hidung. Penyakit yang menjejaskan paru-paru ini telah meragut jutaan nyawa setiap tahun terutamanya di negara-negara berpendapatan rendah.

    Tuberkolusis masih menjadi masalah utama di banyak negara

    Meskipun tibi telah lama dikaji dan dikawal, ia masih lagi menjadi masalah utama di banyak negara. Bahkan, pengenalan vaksin sejak awal abad ke-20 juga masih tidak dapat mengawal sepenuhnya peningkatan bilangan kes, meskipun ada penurunan kes yang signifikan.

    Apabila bilangan pesakit bertambah, ia bukan sekadar memberikan beban ekonomi kepada negara, malah juga tenaga kerja terutamanya jika melibatkan orang muda. Apa yang lebih membimbangkan adalah penyakit ini mudah berjangkit jika tidak dikawal dengan baik.

    HIV antara punca peningkatan kes tibi

    HIV ialah virus yang melemahkan sistem imun manusia sehingga boleh membawa kepada keadaan yang disebut sebagai acquired immune deficiency syndrome (AIDS). Penularan virus ini semakin berkembang sejak akhir abad ke-20.

    AIDS menyebabkan sistem imun menjadi lemah sehingga mendedahkan tubuh kepada banyak penyakit seperti kanser, jangkitan paru-paru, dan tuberkolusis. HIV meningkatkan risiko tibi sebanyak 20 hingga 30 kali ganda berbanding orang biasa.

    Antara punca penularan HIV ialah perkongsian jarum oleh penagih dadah, kelemahan kawalan penggunaan jarum dan alatan tajam di hospital, dan aktiviti seks bebas terutamanya hubungan sejenis.

    Rintangan antibiotik

    Faktor lain yang membuatkan penyakit tibi masih menjadi masalah utama ialah kewujudan rintangan antibiotik dalam kalangan bakteria M. tuberculosis. Keadaan ini menyebabkan bakteria tersebut kebal daripada antibiotik yang diberikan seterusnya membuatkan rawatan gagal.

    Rintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik yang diberikan gagal membunuh semua bakteria yang ada. Baki bakteria yang hidup akan menjadi kebal kepada antibiotik tersebut dan memindahkan sifat itu kepada generasi baru.

    Untuk mengatasi keadaan ini, gabungan antibiotik perlu diberikan dan doktor perlu memastikan pesakit menghabiskan rawatan sepenuhnya.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa strategi untuk melawan tuberkulosis perlu berpandukan kepada 3 paksi utama iaitu:

    • Penjagaan pesakit dan pencegahan yang berkesan.
    • Sistem sokongan dan polisi yang baik.
    • Kajian dan inovasi yang intensif.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/10/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan