backup og meta

Tetralogi Fallot: Kecacatan Jantung Semasa Lahir

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    Tetralogi Fallot: Kecacatan Jantung Semasa Lahir

    Tetralogi Fallot (ToF) adalah empat kecacatan jantung yang berkait dengan perubahan peredaran aliran darah ke paru-paru dan melalui jantung.

    Pada tahun 1888, doktor Perancis, Étienne-Louis Arthur Fallot menyedari bahawa empat masalah jantung ini sering berlaku bersama-sama. Oleh itu, beliau menamakannya “tetralogy of Fallot” selepas perkataan Latin “tetra” yang bermaksud “empat.”

    Empat kecacatan itu ialah:

    • Lubang di antara bilik jantung adalah rendah
    • Terdapat halangan/rintangan dari jantung ke paru-paru
    • Aorta (saluran darah) terletak di atas lubang di bawah bilik jantung
    • Otot yang mengelilingi ruang sebelah bawah bilik jantung menjadi terlalu tebal

    Kecacatan ini menjejaskan struktur jantung yang menyebabkan oksigen kurang mengalir keluar dari jantung ke seluruh tubuh. Bayi dan kanak-kanak dengan tetralogi Fallot ini biasanya mempunyai kulit berwarna biru kerana darah mereka kekurangan oksigen. Dan, kira-kira 5 daripada setiap 10,000 bayi dilahirkan dengan tetralogi Fallot.

    Bagaimana ia berlaku?

    ToF bermula pada awal kehamilan. Jantung mula terhasil sabagai tiub yang mudah. Ia kemudiannya dibahagikan kepada dua bahagian yang sama. Pada ToF, jantung terbahagi secara tidak sama yang mana sebelah kanannya lebih kecil daripada sebelah kiri. Keadaan ini menyebabkan semua empat masalah berlaku apabila jantung berkembang.

    Apakah yang boleh dilakukan?

    ToF boleh dirawat dengan pembedahan. Rawatan sementara boleh dilakukan pada mulanya jika bayi kecil atau terdapat masalah lain. Pembaikan yang lengkap akan berlaku kemudiannya. Kadang-kadang rawatan pertama adalah pembaikan lengkap.

    Sumber: heart.org

    Rawatan sementara (temporary operation)

    Bagi sesetengah kanak-kanak, pembedahan shunt mungkin dilakukan terlebih dahulu untuk menyediakan aliran darah yang mencukupi ke paru-paru. Ia bukan pembedahan jantung terbuka dan tidak membetulkan bahagian dalam jantung. Shunt biasanya merupakan tiub sintetik yang dijahit di antara arteri tubuh (aorta) dan arteri pulmonari. Shunt ditutup apabila pembaikan lengkap selesai.

    Pembaikan lengkap

    Pembaikan lengkap cenderung dilakukan pada awal kehidupan. Pakar akan menutup kecacatan pada septum ventrikel dengan tampalan dan membuka saluran aliran keluar ventrikel kanan dengan mengeluarkan beberapa otot menebal di bawah injap pulmonari, membaiki atau mengeluarkan injap paru-paru yang terhalang. Dan, jika perlu, membesarkan cabang/cawangan arteri pulmonari yang mencapai ke setiap paru-paru.

    Kadang-kadang tiub diletakkan di antara ventrikel kanan dan arteri pulmonari, yang dipanggil pembaikan Rastelli. Ia sama dengan jenis pembaikan yang digunakan untuk beberapa kecacatan jantung lain.

    Jika tidak dirawat, kanak-kanak mungkin mengalami:

    • Sianosis yang semakin buruk
    • Kadar oksigen darah menjadi sangat rendah
    • Pening, pengsan, atau kejang
    • Risiko endokarditis yang lebih tinggi, jangkitan lapisan dalaman jantung
    • Tekanan tinggi di sebelah kanan jantung yang boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur (aritmia)

    Kanak-kanak dengan ToF yang tidak dirawat biasanya keadaan bertambah buruk dari semasa ke semasa dan mengalami kesukaran dalam aktiviti fizikal. Kebanyakan bayi yang menjalani pembedahan memperbaiki kecacatan adalah sangat baik dan boleh turut serta dalam aktiviti kanak-kanak normal.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Amy Kor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan