backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Selalu Rasa Pening, Lesu Dan Loya? Ini Tanda Tekanan Darah Rendah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/12/2023

    Selalu Rasa Pening, Lesu Dan Loya? Ini Tanda Tekanan Darah Rendah!

    Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan biasa yang sering kita dengar untuk berlaku kepada kebanyakan individu. Namun bagaimana pula dengan tekanan darah yang rendah? Apakah punca tekanan darah rendah berlaku?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

    Apa itu tekanan darah rendah?

    Tekanan darah rendah atau hipotensi boleh berlaku kerana jumlah darah yang mengalir ke organ utama seperti otak dan buah pinggang agak perlahan dengan tekanan di bawah 90/60.

    Secara umumnya, bacaan tekanan darah rendah berubah bergantung kepada situasi. Ia mungkin rendah apabila anda tidur dan menjadi tinggi semasa anda bangun.

    Kebiasaannya ia boleh berubah apabila anda berada dalam keadaan teruja, takut atau aktif.

    Sesetengah individu mengalami hipotensi sepanjang masa. Mereka tidak mengalami sebarang simptom, dan tekanan darah rendah adalah normal bagi mereka.

    Bagi individu lain pula, terdapat beberapa keadaan atau faktor yang menyebabkan punca tekanan darah rendah atau jatuh di bawah paras normal, sehingga mendatangkan simptom seperti pening, pengsan atau keadaan yang lebih teruk dipanggil ‘shock’.

    Jenis-jenis dan punca tekanan darah rendah

    Sebelum ketahui punca tekanan darah rendah, ini tiga jenis yang utama anda perlu kenali:

    1. Hipotensi ‘orthostatic– Berlaku apabila anda berubah posisi, bangun daripada tidur atau duduk. Penurunan tekanan darah akan menyebabkan anda berasa pening atau pengsan. Ia terjadi kerana tubuh tidak dapat menyesuaikan tekanan pengaliran darah dengan cepat. Ia berlaku untuk tempoh yang sekejap.
    2. Tekanan darah rendah ‘neurally mediated’ (NMH) – Keadaan ini berlaku apabila otak dan jantung tidak berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik. Contohnya, ketika anda berdiri untuk jangka masa yang panjang, darah mulai berkumpul di kaki anda. Hal ini menyebabkan tekanan darah menurun. Dalam NMH, badan keliru dan memberitahu otak bahawa tekanan darah tinggi, sebagai tindak balas, otak melambatkan kadar dengupan jantung. Ini akan menyebabkan penurunan tekanan darah secara berlebihan, menyebabkan pening kepala dan rasa hendak pitam.
    3. Hipotensi teruk berkaitan dengan ‘Shock’‘Shock’ adalah suatu keadaan yang boleh mengancam nyawa di mana tekanan darah turun begitu rendah sehingga otak, buah pinggang dan organ-organ penting yang lain tidak dapat bekalan darah yang cukup.

    Apa pula punca tekanan darah rendah?

    punca tekanan darah rendah
    Cara mengesan tekanan darah rendah.

    Setiap kes mempunyai punca tekanan darah rendah yang berbeza:

    Punca tekanan darah rendah hipotensi ortostatik

    Terdapat beberapa sebab kenapa bacaan tekanan darah rendah berlaku:

    1. Nyahhidrasi – Ia berlaku apabila badan kehilangan air lebih daripada yang sepatutnya seperti peluh berlebihan semasa aktiviti fizikal, demam, muntah dan cirit-birit.
    2. Keadaan panas atau tidak bergerak untuk tempoh yang agak lama.
    3. Ubat-ubatan – Sesetengah ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko untuk hipotensi ortostatik. Ubat-ubatan ini termasuk:
    • Ubat merawat tekanan darah tinggi dan penyakit:
      1. Diuretics atau ubat kencing.
      2. Calcium channel blockers.
      3. Angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors.
      4. Angiotensin II receptor blockers.
      5. Nitrates.
      6. Beta blockers.
      7. Ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat keadaan seperti kebimbangan, kemurungan, mati pucuk dan gangguan sistem saraf pusat (seperti penyakit Parkinson).

    4. Bahan-bahan lain –  Alkohol, barbiturat dan beberapa jenis ubat yang dibeli sendiri sekiranya diambil dengan ubat tekanan darah tinggi.

    5. Hipotensi selepas makan (posprandial hypotension) – Berlaku selepas makan.

    Hipotensi ‘Neurally Mediated’ (NMH)

    NMH biasanya berlaku dalam keadaan berikut:

    1. Berdiri untuk masa yang lama.
    2. Kesakitan atau ketakutan yang amat sangat.

    Hipotensi teruk berkaitan dengan ‘Shock’

    Merupakan satu keadaan kecemasan yang memerlukan rawatan tekanan darah rendah segera. Ia terdiri daripada:

    Punca tekanan darah rendah Septic Shock

    Berlaku apabila bakteria memasuki aliran darah. Bakteria mengeluarkan toksin (racun) yang berbahaya dengan memberi kesan tekanan darah rendah.

    Penyebab bacaan tekanan darah rendah Hypovolemic Shock

    Kehilangan darah atau cecair dari badan boleh berlaku akibat daripada:

    • Pendarahan luaran yang teruk, contoh luka parah atau cedera
    • Pendarahan dalaman yang teruk, contoh pembuluh darah pecah
    • Kehilangan cecair badan daripada luka terbakar teruk
    • Keradangan kelenjar pankreas yang teruk, contoh organ hasilkan enzim dan hormon seperti insulin
    • Cirit-birit yang teruk
    • Penyakit buah pinggang yang teruk
    • Sering menggunakan diuretik

    Punca tekanan darah rendah Cardiogenic Shock

    Ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah disebabkan oleh serangan jantung, embolisme pulmonari atau aritmia (degupan jantung yang tidak teratur).

    Penyebab bacaan tekanan darah rendah Vasodilatory Shock

    Saluran arteri yang tiba-tiba meregang luas (vasodilatation) sehingga menurunkan tekanan darah. Hal ini terjadi kerana:

    • Kecederaan kepala yang teruk
    • Tindak balas ubat-ubatan tertentu
    • Kegagalan hati
    • Keracunan
    • Reaksi alergi yang teruk (dipanggil anafilaktik shock)

    Simptom hipotensi

    sebab tekanan darah rendah
    Jenis tekanan darah rendah.

    Tanda-tanda dan simptom hipotensi bergantung kepada sebab terjadinya hipotensi.

    Hipotensi ortostatik

    Tanda-tanda dan simptom hipotensi ortostatik boleh berlaku dalam beberapa saat atau minit selepas anda bangun daripada keadaan berbaring atau duduk.

    Anda mungkin berasa bahawa anda akan pengsan, atau anda mungkin akan betul-betul pengsan. Tanda-tandanya:

    Hipotensi ‘Neurally Mediated’

    Tanda-tanda dan simptom HNM ini adalah sama dengan hipotensi ortostatik. Penurunan bacaan tekanan darah rendah tidak berlaku lama dan sering hilang selepas duduk.

    Hipotensi teruk berkaitan dengan ‘Shock’

    Ia mungkin sukar untuk mengesan sebarang tanda-tanda atau simptom. Untuk individu dewasa, tanda-tanda pertama mungkin hanya kekeliruan.

    Jika keadaan ‘shock’ semakin teruk, seseorang itu tidak akan dapat duduk tanpa merasa pitam. Jika berlarutan, pesakit mungkin tidak sedarkan diri.

    Tanda dan simptom adalah berbeza, bergantung kepada apa yang menyebabkan ‘shock’. Apabila isipadu darah menjadi rendah, contohnya, kehilangan darah yang banyak, maka:

    • Kulit menjadi sejuk dan berpeluh. Ia akan tampak biru atau pucat. Jika ditekan, warna kembali normal dengan lebih perlahan daripada biasa
    • Denyut nadi menjadi lemah
    • Pesakit akan mula bernafas dengan cepat

    Apabila berlaku vasodilatasi atau keregangan pembuluh darah, seseorang akan merasa panas dan kulit akan menjadi merah pada awalnya.

    Sekiranya berlarutan, ‘shock’ menjadi semakin teruk, kulit menjadi sejuk dan basah, dan pesakit akan berasa tenat. Keadaan ini adalah suatu keadaan cemas dan mesti diberi perhatian segera.

    Kesimpulan

    simptom tekanan darah rendah
    Rawatan tekanan darah rendah.

    Mengalami masalah bacaan tekanan darah rendah mungkin merupakan satu keadaan yang dialami oleh sesetengah individu sepanjang masa tanpa sebarang simptom. Ia juga dianggap satu keadaan normal bagi mereka.

    Namun begitu, jika anda bukanlah seorang individu yang mempunyai masalah ini, dan mengalami secara tiba-tiba, dengan diikuti oleh simptom seperti pening kepala, pengsan atau keadaan kejutan, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan rawatan tekanan darah rendah.

    Pemeriksaan adalah untuk membantu anda mengenal pasti keadaan kesihatan anda dan mendiagnosis jika terdapat sebarang keadaan kesihatan yang mendasari masalah ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan