backup og meta

Tanda-tanda Kekurangan Vitamin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

    Tanda-tanda Kekurangan Vitamin

    Vitamin adalah nutrien organik yang sangat penting untuk kesihatan. Vitamin juga berfungsi untuk merangsang fungsi sel, tisu dan proses dalam badan. Diet seimbang dan kepelbagaian dalam makanan akan membekalkan kesemua vitamin yang anda perlukan. Simptom kekurangan vitamin pula bergantung kepada jenis vitamin dan kawasan badan yang terjejas. Oleh itu, berhubunglah dengan doktor sekiranya anda memerlukan lebih kepastian.

    Apakah kesan kekurangan vitamin?

    Menurut pakar, kekurangan vitamin dalam diet seharian anda tidak akan menyebabkan masalah kesihatan secara langsung tetapi akan menjadi pencetus kepada penyakit-penyakit lain. Vitamin juga memainkan peranan terhadap setiap fungsi dan reaksi yang berlaku dalam badan. Oleh itu kekurangan vitamin dalam badan akan menyebabkan tubuh badan individu menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit.

    Berikut merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin:

    Bibir menggelupas

    Jika anda mengalami masalah bibir menggelupas, ini menunjukkan anda kekurangan vitamin B terutamanya riboflavin (Vitamin B2), niacin (Vitamin B3) dan Vitamin B12. Selain itu, kondisi ini juga menunjukkan anda kekurangan zat besi dan zinc. Individu yang tidak makan makanan lain selain sayur-sayuran amat mudah mendapat tanda ini. Sebaiknya, individu ini perlu makan lebih sayuran seperti bayam, tomato dan kacang untuk menampung keperluan vitamin B. Individu yang makan semua jenis makanan pula perlu makan lebih telur, salmon, tuna serta makanan laut yang lain untuk mengatasi masalah ini.  

    Vitamin C juga perlu dimasukkan ke dalam diet seharian anda kerana vitamin ini merupakan sumber yang bagus untuk penyerapan zat besi dalam badan. Campurkan makanan-makanan yang disenaraikan tadi dengan sayur-sayuran yang mempunyai vitamin C seperti brokoli, kubis serta kubis bunga.

    Bintik-bintik merah pada kulit serta keguguran rambut

    Kondisi ini terjadi akibat kekurangan zink dalam badan. Keguguran rambut merupakan petanda jelas kekurangan nutrien dalam badan. Selain itu juga, keadaan kesihatan yang kurang baik juga merupakan antara tanda-tanda kekurangan vitamin dalam badan. Antara contoh keadaan kesihatan berkenaan adalah lambat sembuh daripada luka, kulit kering serta mudah berlaku ruam dan bengkak pada kulit. Sekiranya anda kekurangan Vitamin A, D, E, K dan B7, anda mungkin akan mengalami simptom ini.

    Deria penglihatan terjejas

    Vitamin A amat diperlukan untuk penglihatan. Terdapat beberapa simptom kekurangan vitamin A dalam badan antaranya rabun malam, kerosakan pada mata serta hilang penglihatan. Selain masalah penglihatan, kekurangan vitamin ini juga akan mengakibatkan kulit kering, jangkitan pernafasan serta melemahkan sistem dan fungsi imun. Namun anda perlu berhati-hati kerana pengambilan vitamin A terlalu banyak juga akan memberi kesan sampingan yang lain.

    Vitamin adalah sangat penting untuk badan anda. Oleh itu anda perlu memberi perhatian yang lebih terhadap pengambilan vitamin dalam diet seharian anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan