backup og meta

Slipped Disc: Pastikan Postur Badan Anda Betul

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 05/07/2022

    Slipped Disc: Pastikan Postur Badan Anda Betul

    Jika anda selalu mengalami sakit belakang, cuba perhatikan bagaimana postur badan anda. Bagi mereka yang bekerja di dalam pejabat dan duduk menghadap komputer sepanjang hari, postur badan yang salah boleh menyumbang kepada masalah dan sakit di bahagian belakang.

    Bahaya salah postur duduk

    Anda mungkin terkejut bahawa duduk sebenarnya memberikan tekanan yang lebih banyak ke atas tulang belakang berbanding posisi berdiri. Tambahan pula, ramai yang suka menggelongsor ke bawah semasa duduk di hadapan meja. Postur seperti ini menambahkan regangan ke atas ligamen tulang belakang.

    Pastikan anda duduk pada postur yang betul. Untuk melindungi tulang belakang anda daripada menerima banyak tekanan, cuba amalkan teknik duduk seperti berikut:

    • Pastikan belakang anda lurus dan rapat ke kerusi. Bahu anda juga harus dalam keadaan tegak dan lurus.
    • Lutut sama paras dengan paha atau tinggi sedikit.
    • Kaki bersentuhan dengan lantai. Jika tidak mampu jejakkan kaki ke lantai, anda boleh gunakan perehat kaki.
    Perbandingan postur duduk yang betul dan salah

    Selain postur duduk yang betul, anda juga sebaiknya bangun dan bergerak dari semasa ke semasa. Contohnya, bangun setiap 20 hingga 30 minit untuk berjalan dan meregangkan otot.

    Mengangkat barang juga perlu pada postur yang betul

    Selain duduk, mengangkat barang juga memerlukan teknik dan postur yang betul. Lebih-lebih lagi bagi pekerjaan yang memerlukan banyak aktiviti fizikal. Jika tidak diberikan perhatian, ia boleh membawa kepada slipped disc atau gelinciran cakera.

    Tidak kira sama ada anda mengangkat barang yang ringan atau berat, teknik dan postur badan masih perlu berada pada kedudukan yang betul. Berikut ialah beberapa panduan untuk mengangkat barang:

    • Dada ke hadapan. Untuk mengekalkan belakang dalam keadaan lurus, bengkokkan pinggul (bukannya bahagian belakang bawah) dan cuba pastikan dada ke hadapan.
    • Hanya menggerakkan pinggul. Apabila ingin menukar arah atau posisi, pastikan anda hanya menggerakkan pinggul bagi mengelakkan tekanan ke atas tulang belakang.
    • Rapatkan barang tersebut ke badan.
    Teknik mengangkat barang yang betul

    Tiada jaminan bahawa teknik ini dapat memberikan 100 peratus perlindungan daripada masalah tulang belakang. Namun, apa yang pasti adalah teknik dan postur yang salah boleh meningkatkan risiko slipped disc.

    Sayangilah tulang belakang anda!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 05/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan