Ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit, anti-radang, dan pengendur otot mungkin diberikan untuk mengawal rasa sakit serta memudahkan pesakit menjalani aktiviti harian. Fisioterapi dan senaman bagi menguatkan otot belakang turut membantu mengawal simptom serta mempercepatkan proses pemulihan.
Bagi sesetengah pesakit, teknik lumbar traction didapati berkesan. Teknik ini dilakukan dengan menarik pinggang pesakit menggunakan pemberat bagi meregangkan ruas antara tulang belakang seterusnya mengurangkan tekanan antara tulang belakang tersebut.
Namun jika keadaan adalah lebih serius, rawatan konservatif mungkin tidak berkesan. Pembedahan diperlukan untuk membebaskan urat saraf terbabit daripada tekanan. Kes yang memerlukan pembedahan adalah kurang daripada 10 peratus.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen