Sindrom Tourette Bukan Pilihan Mereka

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bising, gila, cacat dan mungkin beberapa gelaran atau cercaan diterima oleh penghidap sindrom Tourette. Kadangkala, ibu bapa sendiri pun menengking anaknya kerana berkelakuan sedemikian. Inikan pula rakan-rakan dan orang sekeliling.

Sindrom Tourette atau Tourette syndrome (TS) adalah masalah pada sistem saraf menyebabkan pesakit melakukan pergerakan dan bunyi tertentu di luar kawalan mereka. Kadangkala, berkedip dan menggerakkan mata, menggaru, menyetak tangan atau berdehem dan membuat bunyi binatang.

Dipandang pelik

Siapa yang tidak hairan apabila melihat orang yang membuat bunyi aneh atau mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya, lebih-lebih lagi di tempat awam. Itu lah antara keadaan yang terpaksa dihadapi oleh penghidap sindrom ini setiap hari. Biasanya, simptom akan bermula pada usia kanak-kanak.

Bayangkan bagaimana kesan sosial dan psikologikal yang perlu dialami oleh golongan tidak bersalah ini? Mereka mungkin kekurangan kawan dan tertinggal di dalam kelas. Sebab itu, peranan keluarga adalah amat penting dalam memastikan anaknya bersedia dan sentiasa mendapatkan sokongan serta persepsi yang betul terhadap apa yang sedang dihidapnya.

Bagi orang dewasa pula, diskriminasi mungkin berlaku di tempat kerja selain risiko yang boleh dihadapi seperti memandu dan mengendalikan alatan berbahaya.

Mendidik masyarakat

5 daripada 10,000 orang menghidap sindrom Tourette.

Banyak pendidikan tentang masyarakat dibuat melalui pelbagai saluran termasuk akhbar, majalah dan tidak ketinggalan juga televisyen. Selain daripada fakta tentang penyakit, pendidikan juga harus diberikan fokus terhadap cara untuk menghadapinya dan peranan orang sekeliling.

Bukan sekadar ingin menampilkan pakar-pakar untuk menjelaskan fakta dan rawatan tetapi juga pesakit serta keluarga yang menghadapi penyakit ini bagi berkongsi cerita dan derita yang dihadapi.

Video ihsan akaun YouTube TEDx Talks.

Bantu mereka

Sokongan adalah penting dalam menghadapinya. Dapatkannya melalui kumpulan seperti Tics and Tourette Syndrome Malaysia Support Group dan hospital atau klinik. Pastikan rawatan yang sepatutnya diambil. Ibu bapa pula harus bersabar dan tidak menengking, apatah lagi melabel anak sendiri dengan perkataan-perkataan yang tidak enak didengar.

Pergerakan dan bunyi aneh yang dilakukan adalah di luar kawalan mereka. Ia juga bukanlah satu pilihan kerana puncanya adalah tidak jelas walaupun dikaitkan dengan genetik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut