backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Silikosis

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 12/05/2022

Definisi

Apa itu silikosis?

Silikosis adalah keadaan yang mana terdapat banyak silika yang wujud di dalam badan anda disebabkan oleh terlalu kerap menghidu silika dalam jangka masa yang lama. Silika adalah mineral seperti kristal yang mana selalunya boleh dijumpai di dalam pasir, batu dan kuarza. Silika boleh menyebabkan komplikasi yang membawa maut kepada orang yang perlu bekerja dengan batu, konkrit, kaca, atau jenis-jenis batu yang lain. Hari demi hari, terdedah kepada partikel silika menyebabkan paru-paru menjadi parut, yang mana boleh membahayakan kebolehan anda untuk bernafas.

Terdapat tiga jenis silikosis:

  • Silikosis akut, yang mana menyebabkan batuk, hilang berat badan, dan keletihan dalam masa beberapa minggu atau tahun selepas terdedah kepada silika yang dihidu
  • Silikosis kronik, yang mana kelihatan 10 hingga 30 tahun selepas terdedah dan boleh berlaku pada bahagian atas paru-paru dan kadang-kadang menyebabkan parut yang teruk
  • Silikosis pantas, yang mana berlaku dalam masa 10 tahun terdedah pada silika yang berparas tinggi

Apakah kebarangkalian silikosis?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom silikosis?

Simptom-simptom silikosis boleh berlaku daripada beberapa minggu hingga tahun selepas terdedah kepada habuk silika. Simptom-simptom ini akan bertambah buruk lama kelamaan kerana berlakunya parut pada paru-paru.

Batuk merupakan simptom yang awal dan berlaku sedikit demi sedikit setelah terdedah kepada silika yang dihidu.

Bagi silikosis akut, demam dan sakit dada yang tajam serta kesukaran untuk bernafas akan berlaku. Simptom-simptom ini boleh berlaku secara tiba-tiba.

Simptom-simptom lain yang mungkin boleh berlaku termasuk:

  • Sakit dada
  • Demam
  • Berpeluh di waktu malam
  • Hilang berat badan
  • Kegagalan pernafasan

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca silikosis?

Terdedah kepada kristal silika adalah punca utama silikosis. Silika boleh didapati daripada serpihan, memotong, gerudi, atau mengisar tanah, pasir, granit, atau mineral yang lain. Sebarang pekerjaan yang mana kerak bumi digali boleh menyebabkan silikosis. Berikut merupakan senarai pekerjaan yang diketahui boleh terdedah kepada hablur silica yang dihidu. Semua ini termasuk:

  • Pelbagai jenis perlombongan, seperti perlombongan arang dan batuan keras
  • Kerja-kerja pembinaan
  • Kerja terowong
  • Pertukangan batu
  • Letupan pasir
  • Pembuatan kaca
  • Kerja seramik
  • Kerja industri besi
  • Kuari
  • Pemotongan batu

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada silikosis?

Pekerja kilang, lombong, dan tukang batu adalah antara yang paling berisiko tinggi untuk mengalami silikosis kerana mereka terdedah dengan silika semasa bekerja. Individu yang bekerja di dalam industri berikut adalah yang paling berisiko tinggi.

  • Pembuatan asfalt
  • Penghasilan konkrit
  • Memecah atau menggerudi batu dan kontrit
  • Kerja-kerja runtuhan
  • Pembuatan kaca
  • Pertukangan batu
  • Perlombongan
  • Kuari
  • Letupan pasir
  • Membuat terowong

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit silikosis didiagnosis?

Bekerja di industri yang berisiko merupakan risiko yang paling tinggi untuk keadaan ini. Doktor anda akan menyarankan x-ray dada yang mana sangat penting untuk mendiagnosis jenis silikosis ini. Tambahan pula, anda akan menjalani pemeriksaan fizikal, contohnya pemeriksaan paru-paru. X-ray dada anda mungkin normal, atau anda mungkin mempunyai banyak parut di dalam paru-paru. Terdapat banyak siri ujian, seperti:

  • Ujian pernafasan
  • Pengimbas CT dada yang tinggi resolusi
  • Bronkoskopi untuk menilai keadaan di dalam dada. Prosedur ini dilakukan dengan memasukkan tiub nipis, fleksibel ke dalam kerongkong. Tiub ini akan bersambung dengan kamera bagi membolehkan doktor melihat tisu paru-paru anda. Sampel tisu dan cecair juga boleh diambil semasa melakukan bronkoskopi
  • Biopsi paru-paru

Bagaimana pesakit silikosis dirawat?

Silikosis tidak mempunyai sebarang rawatan perubatan yang spesifik. Tujuan utama rawatan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom anda.

Ubat batuk boleh bantu mengurangkan simptom batuk dan antibiotik boleh bantu merawat jangkitan pernafasan.

Penyedut boleh digunakan untuk membuka saluran pernafasan. Sesetengah pesakit memakai topeng oksigem bagi meningkatkan jumlah oksigen di dalam darah mereka.

Jika anda didiagnosis dengan silikosis, anda harus mengelak daripada terdedah kepada silika lagi. Berhenti merokok adalah langkah terbaik untuk melindungi paru-paru anda daripada rosak.

Orang yang mengalami silikosis mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat tuberkulosis (TB). Anda perlu diuji secara berkala untuk TB jika anda mempunyai silikosis. Doktor boleh mempreskripsi ubat bagi merawat TB.

Pesakit dengan silikosis yang teruk mungkin memerlukan pemindahan paru-paru.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Silikosis?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi silikosis:

  • Untuk pekerja, pakai topeng khusus yang dipanggil respirator boleh menghalang mereka daripada menghidu silika. Topeng ini penting untuk penggunaan ketika “pembagas lelas”
  • Penyembur air dan kaedah pemotongan basah dapat mengurangkan risiko terdedah kepada silika
  • Tempat kerja dan persekitaran perlu memenuhi standard Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA). Perkara ini termasuk pengudaraan yang bagus. Majikan boleh memantau kualiti udara di tempat kerja untuk memastikan tiada silika yang berlebihan di dalam udara. Majikan perlu segera melaporkan semua diagnosis silikosis yang telah berlaku
  • Bagi debu yang mana mungkin mengandungi silika, pekerja harus makan, minum atau merokok jauh daripada keadaan ini
  • Basuh tangan mereka sebelum melakukan sebarang aktiviti ini untuk membersihkan tangan mereka daripada sebarang debu
  • Dapatkan vaksinasi setiap tahun, seperti pneumokokal dan influenza
  • Sentiasa berjaga-jaga mengenai simptom-simptom TB atau jangkitan lain
  • Ketahui mengenai penyakit ini
  • Menawarkan diri untuk menyertai percubaan klinikal
  • Mempunyai rancangan untuk menguruskan penyakit ini apabila sedang marak

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 12/05/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan