backup og meta

5 Keadaan Sakit Kaki Yang Biasa Terjadi, Cari Puncanya Senang Nak Rawat Nanti

Disemak secara perubatan oleh Dr. Shelby · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 27/10/2022

    5 Keadaan Sakit Kaki Yang Biasa Terjadi, Cari Puncanya Senang Nak Rawat Nanti

    Pernah tak anda mengalami sakit kaki kiri atau kanan? Tahu tak apa sebabnya? Ini kerana ramai pesakit yang mengalaminya tidak segera mendapatkan rawatan profesional hingga ia melumpuhkan pergerakan mereka.

    Menurut laporan kajian Understanding the nature and mechanism of foot pain, Garrow et al. mendapati bahawa kesakitan kaki yang paling kerap dilaporkan adalah melibatkan bahagian tengah kaki/lengkung (25.6%), kepala metatarsal pertama (20.2%), jari kaki (15.9%) dan permukaan tumit (15.5%).

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tulang/Otot, sila dapatkannya di sini.

    Sakit kaki kiri dan kanan- Ini yang biasa terjadi 

    Sakit kaki atau ketegangan lengkung (arch)

    sakit kaki kiri

    Istilah sakit lengkung atau tengah kaki sering disebut sebagai ketegangan lengkung yang mana merujuk kepada keradangan atau rasa terbakar di kawasan itu.

    Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kesakitan seperti ketidakseimbangan struktur atau kecederaan kaki mungkin menjadi salah satu faktor.

    Kesakitan sering melampau pada waktu pagi apabila anda mula turun dari katil atau selepas tempoh rehat yang berlarutan. Jadi penting untuk merawat keadaan dengan segera sebelum ia bertambah buruk.

    Fasciitis plantar

    plantar fasciitis

    Fasciitis plantar adalah salah satu penyebab sakit kaki kiri dan kanan kaki yang paling biasa terjadi. Ia berikutan kerengsaan tisu tebal yang dipanggil plantar fascia, di bahagian bawah kaki.

    Ia menghubungkan tulang tumit ke jari kaki anda. Orang dengan fasciitis plantar mengalami kesakitan di bahagian bawah kaki, biasanya berhampiran bahagian dalam tumit.

    Ketidakselesaan dengan plantar fasciitis adalah lebih biasa pada waktu pagi dan semasa melakukan senaman ringan seperti berjalan.

    Metatarsalgia

    metatarsalgia

    Metatarsalgia adalah keadaan yang digunakan untuk menggambarkan keadaan kaki yang menyakitkan di kawasan metatarsal, atau ball-of-the-foot. Ia dipanggil metatarsalgia kerana tulang di kawasan kaki ini dinamakan metatarsal.

    Dengan melompat atau menjalankan aktiviti berat, maka ia punca tulang metatarsal menjadi bengkak dan sakit. 

    Tarsal Tunnel Syndrome

    sakit kaki kiri

    Keadaan ini berlaku apabila saraf utama yang pergi ke kaki ditekankan oleh tulang atau tisu.

    Keadaan ini sama seperti di pergelangan tangan yang disebut “scarpal tunnel syndrome.” Simptom sindrom ini biasanya dirasakan di bahagian dalam kawasan kaki dan membakar serta kebas.

    Turf Toe

    sakit kaki kiri

    Turf toe adalah lekuk di pangkal jari kaki. Ia berlaku apabila kaki besar membongkok di luar jangkauan gerakan normalnya. Ini sering terjadi ketika menendang bola. Ini menyebabkan koyakan dalam ligamen yang menyokongnya.

    Sakit dengan turf toe dialami semasa berjalan atau semasa melakukan aktiviti tertentu. Anda juga mungkin mengalami kekejangan kaki dengan turf toe.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Shelby

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 27/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan