Sindrom Down dianggarkan berlaku sebanyak 1 dalam setiap 950 kelahiran di Malaysia, sekitar 0.1%.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Sindrom Down dianggarkan berlaku sebanyak 1 dalam setiap 950 kelahiran di Malaysia, sekitar 0.1%.
Angka ini adalah jauh lebih rendah berbanding rekod yang dilaporkan di negara-negara Eropah.
Pun begitu, angka ini tidak wajar membuat ibu bapa lega kerana masih terdapat risiko bayi dalam kandungan anda mungkin mengalami sindrom yang sangat membimbangkan ini.
Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui punca sindrom Down yang sebenarnya.
Keadaan ini adalah disebabkan kelainan yang berlaku pada bahagian kromosom, iaitu kumpulan DNA yang dipadatkan di dalam bentuk seperti benang.
Kromosom terletak di dalam nukleus setiap sel di dalam badan.
Setiap spesies mempunyai bilangan kromosom yang berbeza.
DNA pada kromosom ini menentukan karakter seseorang itu termasuk ketinggian, jenis rambut dan warna kulit serta mata.
Manusia mempunyai sebanyak 46 kromosom.
Setiap kromosom dipasangkan antara satu sama lain dan membentuk sebanyak 23 pasangan dengan angka 1 hingga 22, ditambah dengan kromosom seks X dan Y.
Dalam kes sindrom Down, kelainan yang berlaku adalah pada kromosom nombor 21 di mana terdapat lebihan satu kromosom.
Ini menjadikan keseluruhan bilangan kromosom bagi penghidap sindrom ini adalah sebanyak 47.
Pertambahan ini memberikan karakter khusus bagi orang yang mengalami sindrom Down.
Ini termasuklah:
Di samping karakter fizikal, perkembangan kognitif dan intelektual juga sedikit berbeza dan perlahan berbanding kanak-kanak biasa.
Bergantung kepada tahap berbeza, ada yang boleh berdikari dan hidup sendiri, ada juga yang memerlukan sokongan seumur hidup.
Ia berlaku apabila bilangan kromosom gagal dikurangkan semasa proses pembahagian sel berlaku.
Secara normal, sel daripada ibu (ovum) dan bapa (sperma) masing-masing membawa 23 kromosom.
Apabila bergabung, ia akan membentuk 46.
Kadangkala, terdapat lebihan pada salah satu sel, kebiasaannya daripada ovum, menyebabkan lebihan berlaku.
Antara faktor risikonya adalah:
Walau bagaimanapun, anak sindrom Down atau yang lahir dalam keadaan istimewa tetap merupakan anugerah dari tuhan.
Oleh itu, wajarlah untuk kita menjaga serta memberi mereka kasih sayang yang secukupnya dan seadilnya buat mereka ini.
Sekiranya mempunyai sebarang persoalan, sila berjumpa dengan doktor pediatrik untuk berkonsultasi.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen