backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

AWAS! 5 Warna Kahak Ini Ada Maksud Tertentu Dengan Kesihatan Anda!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 3 minggu lalu

AWAS! 5 Warna Kahak Ini Ada Maksud Tertentu Dengan Kesihatan Anda!

Ah, geramnya! Bencilah asyik batuk untuk keluarkan kahak. Pernahkah anda terfikir punca kahak terhasil, dan mengapa ia berbeza warnanya?

Artikel ini akan menerangkan 5 warna kahak yang perlu anda tahu untuk kesihatan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

Punca kahak terhasil

Pakar Laringologi dari Cleveland Clinic’s Voice Center, Dr Paul C. Bryson menyatakan bahawa lendiran terhasil secara semula jadi oleh tubuh kita pada setiap hari.

Beliau menambah, “Walaupun jumlah sebenar lendiran yang dihasilkan masih tidak diketahui, tapi kebanyakan pakar menganggapnya kira-kira satu liter sehari!”

Ia mempunyai peranan yang penting dalam badan seperti melapisi banyak tisu tubuh kita.

Konsistensi lendir yang licin membantu untuk melindungi dan melembapkan, serta memerangkap perengsa yang mengganggu sistem tubuh kita.

Berikut merupakan punca kahak di tekak anda:

Warna kahak boleh berubah bergantung kepada punca batuk berkahak seperti jangkitan kuman, masalah kesihatan dan sebagainya.

Spektrum warna kahak

punca kahak
Warna kahak dan kaitannya dengan kesihatan.

#1. Punca kahak kuning atau hijau

Sekiranya anda melihat kahak berwarna kuning atau hijau, biasanya ia adalah tanda bahawa badan anda sedang melawan jangkitan kuman.

Warna yang dihasilkan berasal daripada sel darah putih anda.

Pada mulanya, anda mungkin melihat kahak kuning yang kemudian bertukar menjadi hijau. Perubahan yang berlaku bergantung kepada tahap keterukan dan tempoh anda sakit.

Ia boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang ringan seperti selesema ataupun yang lebih serius seperti :

  • Bronkitis
  • Keradangan paru-paru
  • Keradangan sinus
  • Cystic fibrosis

#2. Perang

Punca batuk berkahak berwarna perang yang kelihatan seakan-akan ‘berkarat’ merupakan tanda darah lama dalam kahak.

Ia merupakan perubahan warna kahak daripada merah atau merah jambu.

Selain daripada tanda keradangan paru-paru oleh jangkitan bakteria, ia juga boleh disebabkan oleh penyakit bronkitis kronik yang sering dialami oleh perokok dan cystic fibrosis.

Menyedut bahan berbahaya seperti asbestos juga boleh menyebabkan penyakit paru-paru yang tidak dapat disembuhkan dan menghasilkan kahak perang.

Bagi kes yang lebih teruk, punca kahak perang boleh menjadi tanda abses paru-paru, iaitu koleksi nanah yang menyakitkan, disebabkan oleh jangkitan bakteria.

Apa pun penyebabnya, punca batuk berkahak warna perang tidak seharusnya diambil mudah terutama sekali jika disertai dengan batuk yang berpanjangan.

#3. Punca kahak berdarah, merah atau merah jambu

penyebab kahak
Simptom batuk kahak berdarah.

Kahak berwarna merah atau merah jambu boleh menjadi tanda amaran yang lebih serius.

Merah atau merah jambu menunjukkan bahawa terdapat pendarahan di saluran pernafasan atau paru-paru.

Batuk yang teruk boleh menyebabkan pendarahan dengan memecahkan saluran darah di paru-paru, yang membawa kepada kahak berdarah.

Walau bagaimanapun, keadaan yang lebih serius juga boleh mengakibatkan kahak merah atau merah jambu.

Dr. Barbara Kreel, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak daripada Geisinger menyatakan, “Sekiranya anda mengalami kahak berdarah, anda harus segera berjumpa dengan doktor. Jika berlaku sekali sahaja, ia mungkin tidak menjadi masalah.”

“Namun jika berlanjutan, ia mungkin memberi isyarat keadaan yang lebih serius seperti penyakit tibi dan penyakit salur darah paru-paru.

“Pastikan anda peka akan simptom lain yang mungkin menunjukkan sesuatu yang lebih serius mengenai kesihatan anda”, tambah beliau lagi.

Penyakit lain yang mempunyai gejala kahak berdarah ialah:

  • Kegagalan jantung kongestif
  • Kanser paru-paru
  • Jangkitan paru-paru tahap teruk
batuk kahak berdarah
Penyebab batuk berdarah.

#4. Putih

Kahak berwarna putih boleh menjadi tanda jangkitan virus bronkitis, dan boleh bertukar menjadi kuning-hijau jika tidak dirawat.

Penyakit refluks gastro, di mana asid daripada perut dilambung naik ke esofagus adalah punca batuk berkahak putih dan pekat.

Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) berupaya menjadikan saluran udara semakin sempit dan paru-paru menghasilkan jumlah kahak putih dalam kuantiti banyak.

Kegagalan jantung kongestif juga boleh menghasilkan kahak putih yang banyak. Ia berlaku apabila jantung hilang kemampuan untuk mengepam darah ke seluruh badan secara beransur-ansur.

Dalam keadaan ini, banyak cecair akan terkumpul di paru-paru dan meningkatkan jumlah kahak putih. Selalunya, anda juga akan mengalami sesak nafas.

#5. Hitam

Kahak hitam sering menjadi tanda anda menyedut sesuatu seperti habuk, kerap dijumpai dalam kalangan pelombong arang batu.

Walau bagaimanapun, punca kahak berwarna hitam ini juga dapat menandakan sesuatu yang lebih serius seperti jangkitan kulat pada paru-paru.

Tambahan pula, merokok dan pengambilan dadah kokain juga boleh menjadi punca kahak hitam.

Konklusi

Jika anda tidak batuk tapi ada kahak dan mengalami perubahan warna kahak seperti di atas untuk jangka masa yang lama, sila berunding dengan doktor anda segera.

Namun begitu, punca kahak di tekak dan warnanya cuma rujukan dan harus dipertimbangkan bersama gejala lain.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 3 minggu lalu

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan