backup og meta

Pneumonia: Dari Luar atau Dalam Hospital

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/11/2021

    Pneumonia: Dari Luar atau Dalam Hospital

    Pneumonia atau jangkitan paru-paru disebabkan oleh pelbagai organisma berbeza termasuk bakteria, virus, dan fungus. Bakteria dan virus ialah penyebab utama dan paling kerap berlaku. Badan anda kebiasaannya mampu melawan organisma ini tetapi kadangkala ia boleh mengalahkan sistem imun anda walaupun kesihatan anda secara amnya dalam keadaan yang baik.

    Jangkitan boleh datang dari luar atau dalam hospital

    Selain mengikut jenis organisma (bakteria, virus, atau fungus), pneumonia juga dibahagikan mengikut dari mana jangkitan tersebut datang – luar atau dalam hospital.

    Community-acquired pneumonia (jangkitan dari luar)

    Jangkitan paling kerap datang dari luar atau disebut sebagai community-acquired pneumonia (CAP). Ia mungkin disebabkan oleh:

    • BakteriaStreptococcus pneumoniae ialah penyebab utama dalam kalangan bakteria. Jangkitan mungkin berlaku secara terus atau selepas demam atau selesema. Ia mungkin melibatkan satu bahagian atau cuping (lobe) paru-paru yang disebut sebagai lobar pneumonia.
    • Virus. Sebahagian virus yang menyebabkan demam atau selesema boleh menyebabkan jangkitan paru-paru. Jangkitan virus paling kerap ditemui dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dan kebiasannya tidak memberikan simptom yang teruk. Namun, ia masih berpotensi menyebabkan keadaan yang serius dalam sesetengah kes.
    • Fungus (kulat). Jenis ini paling kerap berlaku dalam kalangan penghidap penyakit kronik dan mempunyai sistem imun lemah atau mereka yang menghirup fungus dalam jumlah yang besar. Fungus tersebut boleh ditemui di dalam tanah atau cecair dari burung dan ia berbeza mengikut kedudukan geografi tertentu.
    • Organisma seperti bakteria (Mycoplasma). Mycoplasma kebiasaannya menyebabkan simptom yang lebih ringan berbanding organisma lain dan mungkin tidak memerlukan pesakit untuk rehat di atas katil.

    Hospital-acquired pneumonia (jangkitan dari hospital)

    Pneumonia juga boleh berlaku semasa berada di dalam hospital disebabkan penyakit lain. Bahkan, jangkitan yang dialami boleh menjadi lebih serius berbanding CAP kerana bakteria di dalam hospital lebih kebal kepada antibiotik dan mereka yang dijangkiti memang sudah dalam keadaan sakit.

    Golongan yang paling berisiko ialah mereka yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan (ventilator) yang kebiasaannya berada di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/11/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan