backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Pleurisi

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Pleurisi?

Pleurisi, juga dikenali pleuritis, ialah keadaan dengan inflamasi pada pleura. Pleurisi mengakibatkan sakit dada yang mencucuk (kesakitan pleuritik) yang bertambah teruk semasa bernafas.

Pleura termasuklah dua lapisan tisu yang nipis yang menjaga dan mengasingkan paru-paru dan dinding dada. Di antara dua lapisan adalah cecair pleura yang bertindak melincirkan antara lapisan. Apabila pleura mengalami inflamasi, mereka tidak bergesel secara lancar, lalu menyebabkan kesakitan terutamanya ketika batuk atau bersin.

Apakah kebarangkalian Pleurisi?

Pleurisi adalah penyakit yang biasa berlaku. Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Pleurisi?

Simptom biasa bagi pleurisi adalah:

  • Sakit dada yang bertambah teruk semasa anda bernafas, batuk atau bersin;
  • Sesak nafas;
  • Batuk-batuk –dalam beberapa kes;
  • Demam panas –dalam beberapa kes;
  • Sakit dan nyeri bahagian dada. Sakit biasanya terjadi pada bahagian depan atau belakang kaviti, dan kadangkala anda mungkin mengalami sakit bahagian belakang atau bahu.
  • Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya mengalami mana-mana sau daripada yang di bawah:

    • Sekiranya mengalami batuk, menggigil kesejukan dan demam panas yang tinggi serta mengeluarkan kahak kuning atau hijau, maka berkemungkinan anda menghadapi pneumonia.
    • Sekiranya tangan dan kaki anda bengkak semasa mengalami pleurisi, anda mungkin mengalami embolus paru-paru dan thrombosis vena dalam (DVT).

    Punca

    Apakah Punca Pleurisi?

    Pleurisi boleh disebabkan oleh infeksi pada pleura atau dari ubatan atau keadaan medical. Punca pleurisi termassuklah:

    • Jangkitan virus, seperti flu (influenza);
    • Jangkitan bakteria, seperti pneumonia;
    • Jangkitan fungal;
    • Penyakit rheumatoid, seperti arthritis rheumatoid;
    • Beberapa ubatan;
    • Kanser paru-paru berdekatan permukaan pleura.

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Pleurisi?

    Mereka yang mengalami keadaan pernafasan dalaman berada dalam risiko tinggi untuk mengalami pleurisi. Risiko untuk mengalami penykit lin bersama pleurisi meningkat seiring usia dan kehadiran keadaan lain yang mengancam nyawa seperti diabetes, bronkitis kronik, emfisema, penyakit jantung dan penyakit kolagen vaskular.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Pleurisi didiagnosis?

    Untuk menentukan sama ada anda mengalami pleurisi doktor akan mencandangkan:

    • Ujian darah. Ujian darah mungkin akan memberitahu doktor sekiranya anda mengalami infeksi.
    • X-ray dada. X-ray dada boleh menunjukkan sekiranya paru-paru anda sepenuhnya mengembang atau sama ada wujud udara atau cairan antara paru-paru dan rusuk.
    • Analisis CT (CT scan). Ketika analisis CT, computer akan menterjemah informasi daripada imej X-ray kepada imej dalam potongan dari dada anda, menghasilkan imej yang lebih teliti.
    • Ultrabunyi. Teknik pengimejan ini menggunakan gelombang bunyi frekuensi tinggi untuk menghasilkan imej yang tepat mengenai struktur di dalam badan anda. Doktor anda mungkin akan menggunakan ultrabunyi bagi menentukan sama ada anda mengalami efusi pleura.
    • Electrokardiogram (ECG atau EKG). Doktor anda mungkin mencadangkan ujian jantung ini bagi menolak kemungkinan beberapa masalah jantung sebagai punca sakit dada yang dialami.

    Bagaimana pesakit Pleurisi dirawat?

    Rawatan yang diguna ketika pleurisi memfokuskan pada punca utamanya. Contoh, sekiranya pneumonia bakteria adalah punca, maka antibiotik diberi bagi mengawal infeksi. Sekiranya punca ialah jangkitan virus, pleurisi akan beransur sendiri. Sakit dada berkaitan pleurisi boleh dirawat menggunakan ubat penahan sakit dikenali sebagai ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs). Biasanya, ibuprofen akan digunakan.

    Sekiranya NSAIDs tidak berkesan atau tidak sesuai, anda mungkin akan dipreskripsi ubatan penahan sakit yang lain, seperti paracetamol atau codeine.

    Ianya mungkin aneh, namun berbaring mengiring pada bahagian dada yang sakit mungkin membantu mengurangkan kesakitan.

    Hasil dari rawatan pleurisi bergantung dengan tahap keterukan punca penyakit. Sekiranya keadaan yang mengakibatkan pleurisi didiagnos dan dirawat awal, penyembuhan penuh biasanya akan berhasil.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Pleurisi?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi pleurisi:

    • Ambil ubatan sebagaimana diarahkan doktor. Ambil ubatan seperti ibuprofen (Advil, MotrinIB, dan lain-lain) sebagaimana perlu untuk melegakan kesakitan dan radang.
    • Dapatkan rehat secukupnya. Cari posisi yang memberi ketidakselesaan yang paling kurang dan cuba untuk kekalkan. Walaupun anda mula beransur pulih, berhati-hati dan jangan paksakan diri anda.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan