backup og meta

Pesakit Asma LEBIH BERISIKO Dijangkiti Influenza & Komplikasi Selsema Ketika Musim COVID-19

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/07/2023

    Pesakit Asma LEBIH BERISIKO Dijangkiti Influenza & Komplikasi Selsema Ketika Musim COVID-19

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Musim COVID-19 sedang berleluasa di seluruh dunia. Pasti ramai tertanya-tanya tentang beberapa perkara. Contohnya penyakit asma. Jika virus ini menjangkiti saluran pernafasan, maka kesannya pasti lebih teruk pada mereka yang mempunyai masalah pernafasan kronik, kan?

    Risiko Penyakit Asma

    Penyakit asma, ataupun serangan asma boleh disebabkan oleh jangkitan seperti trakeostomi, alahan kepada kacang, perangsang kimia, dan pencemaran udara.

    Semasa berlakunya asma, pesakit akan mengalami simptom seperti sesak nafas, nafas berdehit dan pendek, angina.

    Biasaannya, asma boleh dicegah dengan mengehadkan pendedahan kepada patogen dan menggunakan ubatan asma yang betul.

    Penyakit Asma Beri Risiko Tinggi Untuk Jangkitan Influenza Dan Komplikasi Dari Selsema

    penyakit asma

    Walaupun individu dengan penyakit asma tak cenderung dapat selsema, tetapi selsema boleh jadi kronik pada mereka, walaupun simptomnya nampak ringan.

    Ini kerana penyakit asma adalah satu keadaan di mana trakea menjadi bengkak sensitif, dan selsema boleh mengakibatkan lebih banyak trakeostomi dan penyakit paru-paru.

    Jangkitan influenza dalam paru-paru pula boleh menyebabkan serangan asma dan memburukkan simptomnya.

    Ia boleh membawa kepada masalah jangkitan paru-paru (pneumonia) dan masalah penyakit pernafasan akut yang lain. 

    Individu dengan jangkitan paru-paru dan masalah penyakit pernafasan akut lain cenderung lebih berisiko dijangkiti virus COVID-19.

    Malah, individu dewasa dan kanak-kanak dengan asma lebih cenderung mengalami pneumonia selepas influenza berbanding individu tanpa asma.

    Asma merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan influenza dan ia adalah antara masalah kesihatan yang paling tinggi dalam kalangan individu dewasa yang dimasukkan ke hospital.

    Baca juga:

    Ikuti langkah ini untuk melawan selsema, jika anda menghidap penyakit asma

    Setiap enam bulan atau setahun sekali, pesakit asma perlu mendapatkan satu dos vaksin selsema untuk melindungi diri daripada selsema.

    Dapatkan vaksin selsema biasa untuk mendapatkan daya tahan lama bagi penghidap asma.

    Jika anda ada asma dan simptom selsema – sila jumpa doktor dengan segera

    Patuhi arahan dan rawatan daripada doktor.

    Rawatan selsema perlu dimulakan segera kerana terapi antiviral berfungsi pada tahap yang terbaik dalam tempoh 48 jam selepas simptom mula dihidapi.

    Ubatan antivirus boleh membuatkan selsema anda kurang teruk dan menjadikan anda rasa lebih baik. Ia juga mencegah masalah kesihatan serius yang membawa kepada selsema.

    Tindakan pencegahan harian untuk mencegah penyebaran selsema

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan