backup og meta

Darah Cair, Tak Boleh Membeku, BAHAYA! Ini Tip Jika Anda Atau Orang Tersayang Alaminya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/07/2022

    Darah Cair, Tak Boleh Membeku, BAHAYA! Ini Tip Jika Anda Atau Orang Tersayang Alaminya

    Apa itu hemofilia? Hemofilia merupakan sejenis kondisi abnormal yang menghalang darah daripada membeku. Hemofilia bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia merupakan sejenis gangguan darah yang tidak ada ubatnya. Tetapi apakah punca darah cair?

    Penyakit ini merupakan sejenis penyakit keturunan. Penyakit ini paling kerap berlaku dalam kalangan orang tua, ibu yang baru bersalin dan wanita yang sedang mengandung.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Gangguan Darah, sila dapatkannya di sini.

    Penyakit hemofilia buatkan darah tidak boleh membeku

    Hemofilia merupakan sejenis penyakit yang membuatkan darah seseorang itu tidak boleh membeku. Ini disebabkan oleh ketiadaan sejenis protein yang dipanggil faktor pembeku (clotting factor).

    Jika darah tidak boleh membeku, individu tersebut boleh mengalami pendarahan dalam tempoh masa yang lebih lama daripada orang yang normal.

    Hemofilia punca darah cair berlaku apabila seorang individu mempunyai kadar faktor VIII (8) ataupun faktor IX (9) yang rendah.

    Semakin rendah tahap faktor pembeku dalam badan, semakin besar kemungkinan pendarahan yang berlaku akan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

    Pesakit yang menghidap penyakit hemofilia perlu tahu cara untuk menjaga kesihatan diri ataupun keluarga.

    Anda perlu tahu perkara-perkara wajib seperti asas penjagaan hemofilia, apa yang perlu dilakukan ketika mengalami pendarahan, komplikasi yang boleh dialami dan juga aktiviti fizikal khas untuk pesakit hemofilia.

    punca darah cair

    Hemofilia punca darah cair: Pesakit perlu elakkan pendarahan berlebihan

    Pendarahan yang serius boleh mendatangkan impak yang kekal terhadap pesakit hemofilia. Ia merupakan satu kondisi yang boleh mengancam nyawa.

    Jika pesakit hemofilia mengalami pendarahan, ia perlu dihentikan dengan kadar yang segera.

    Kalau anda tidak pasti bagaimana untuk merawat luka ataupun pendarahan yang anda alami, berhubunglah dengan doktor anda untuk pertanyaan lanjut.

    Jika anda ingin mengelakkan pendarahan dan melindungi sendi anda, anda boleh:

    1. Bersenam dengan kerap. Pesakit yang menghidap penyakit hemofilia punca darah cair bebas untuk melakukan sebarang aktiviti sukan dengan syarat elakkan sukan yang kasar dan memerlukan sentuhan dengan orang lain seperti bola sepak, ragbi, hoki ataupun tinju.
    2. Elak makan beberapa jenis ubat tahan sakit. Beberapa jenis ubat tahan sakit seperti aspirin dan juga ibuprofen boleh menyebabkan pendarahan jadi lebih teruk. Oleh itu, elakkan guna ubatan tersebut dan pilih jenis lain yang lebih selamat untuk melegakan kesakitan anda.
    3. Elakkan makan ubat yang boleh menipiskan darah. Sebagai contoh, elakkan ubat yang mengandungi heparin, warfarin, clopidogrel, prasugrel, ticagrelor, rivaroxaban dan dabigatran.
    4. Jaga kesihatan oral anda. Prosedur mencabut gigi boleh sebabkan pesakit hemofilia alami pendarahan secara berlebihan.
    5. Jika anda ada anak yang menghidap penyakit hemofilia, elakkan mereka daripada terluka. Jika boleh, lindungi mereka dengan memakaikan pakaian keselamatan yang bersesuaian.

    Sama seperti orang lain, pesakit hemofilia juga digalakkan untuk bersenam. Sebagai contoh, sukan seperti sukan renang, berbasikal, berjalan kaki, golf dan juga sukan lain yang tidak melibatkan sentuhan.

    Hemofilia punca darah cair: Apa anda perlu lakukan jika terluka?

    Jika anda mengalami luka, lakukan prosedur R-I-C-E dengan kadar segera. #

    Individu yang menghidap penyakit hemofilia boleh lakukan aktiviti di bawah sebagai langkah pencegahan untuk elak pendarahan daripada berlaku dengan lebih teruk.

    R – Rest (Rehat). Berhenti melakukan aktiviti tersebut dan rehatkan bahagian yang terluka.

    I – Ice (Ais). Letakkan bungkusan yang mengandungi ais di atas luka selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, gantikan bungkusan tersebut dan letakkan semula jika perlu.

    C – Compression (Kompresi). Selepas letakkan ais, tekan bahagian luka dan balut dengan ketat menggunkan kain. Jika anda perlu buka balutan, buka hanya untuk letakkan ais sahaja.

    E – Elevate (Naikkan). Naikkan bahagian badan yang terluka melepasi aras dada.

    punca darah cair

    Penting untuk pesakit hemofilia bertindak menghentikan pendarahan secepat mungkin. Pendarahan yang berlarutan boleh akibatkan kecederaan yang kekal dan komplikasi yang lebih serius.

    Hemofilia punca darah cair: Amalkan langkah pencegahan untuk elak pendarahan

    Pesakit hemofilia perlu sentiasa bersedia untuk hadapi situasi kecemasan.

    Selain itu, pesakit hemofilia boleh lakukan beberapa langkah pencegahan untuk elakkan diri daripada mengalami pendarahan.

    Sebagai contoh, ibu bapa dengan anak yang menghidap penyakit hemofilia punca darah cair boleh pakaikan si kecil gelang kecemasan dan ingatkan mereka supaya membawa kad hemofilia bersama mereka setiap masa.

    punca darah cair

    Ingatlah bahawa anda bukan bersendirian. Anda boleh berhubung dengan pusat hemofilia berdekatan untuk bercakap tentang masalah yang anda hadapi.

    Anda juga perlu tahu jenis hemofilia yang anda ataupun anak anda alami. Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan ketika berlakunya pendarahan.

    Anda dan anak anda boleh alami hidup yang normal dan aktif. Namun, ketahui had anda dan rancang aktiviti seharian yang anda ingin lakukan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan