backup og meta

Penyakit Buah Pinggang Kronik, Apa Kesan Yang Akan Berlaku Kepada Organ Ini?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    Penyakit Buah Pinggang Kronik, Apa Kesan Yang Akan Berlaku Kepada Organ Ini?

    Gangguan pada fungsi organ ini terutama penyakit buah pinggang kronik sudah tentu akan menjejaskan banyak perkara yang memastikan keseimbangan sistem di dalam badan.

    Persoalannya, apa yang akan berlaku? Adakah organ ini tidak lagi akan dapat berfungsi dengan baik?

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

    Apa definisi penyakit ini?

    Keadaan kesihatan ini terjadi apabila terdapat kegagalan pada fungsi buah pinggang yang berlaku secara beransur-ansur selama bertahun-tahun.

    Ia mungkin tidak menunjukkan simptom yang jelas pada peringkat awal.

    Tetapi, semakin teruk keadaan buah pinggang itu, simptom dan tanda yang dialami menjadi semakin jelas.

    Memandangkan organ ini gagal menjalankan fungsinya, cecair dan toksin di dalam badan akan terkumpul sehingga menyebabkan pelbagai komplikasi.

    penyakit buah pinggang kronik

    Penyakit ini mempunyai 5 peringkat.

    Bagi kes di peringkat terakhir, buah pinggang tersebut sudah tidak mampu berfungsi dan perlu diganti melalui pemindahan organ atau menjalani dialisis seumur hidup.

    Apa simptom penyakit buah pinggang kronik?

    Simptom dan tanda akan berlaku secara perlahan dari semasa ke semasa. Ini termasuk:

    • Mual
    • Muntah
    • Hilang selera makan
    • Letih dan lemah badan
    • Masalah tidur
    • Jumlah air kencing berubah – berkurang di peringkat awal, bertambah di peringkat akhir
    • Fokus terganggu
    • Otot kejang dan merenggut
    • Kaki dan buku lali bengkak
    • Rasa gatal-gatal yang kekal
    • Sakit dada
    • Sesak nafas
    • Tekanan darah tinggi

    penyakit buah pingang kronik

    Tanda-tanda yang ada adalah tidak spesifik dan boleh juga disebabkan oleh keadaan kesihatan lain.

    Buah pinggang adalah sejenis organ yang boleh beradaptasi terhadap keadaan badan.

    Jadi, simptom mungkin baru kelihatan jelas selepas kerosakan yang berlaku sudah terlalu teruk dan tidak dapat dirawat lagi.

    Apa punca penyakit buah pinggang kronik?

    Keadaan yang kerap menjadi puncanya adalah:

    Bagi pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi khususnya, mereka perlu menjalani pemeriksaan buah pinggang berkala untuk mengesan kerosakan yang mungkin berlaku pada buah pinggang lebih awal agar dapat mencegah keadaan menjadi lebih buruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan