backup og meta

Penyakit Autoimun: Kesilapan Sistem Imun Menyerang Sel Sihat Tubuh

Fakta Disemak oleh Dr. Shelby


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    Penyakit Autoimun: Kesilapan Sistem Imun Menyerang Sel Sihat Tubuh

    Setiap tubuh manusia mempunyai sistem imun, yang merupakan rangkaian kompleks sel-sel dan organ khusus yang melindungi tubuh daripada kuman dan penyerang asing lain. Kebanyakan penyakit sistem imun lebih dikenali sebagai penyakit autoimun. Terdapat lebih daripada 80 jenis penyakit autoimun yang memberi kesan kepada pelbagai bahagian tubuh.

    Doktor tidak tahu apa yang menyebabkan kekacauan sistem imun tubuh. Namun, sesetengah orang lebih cenderung untuk mendapatkan penyakit autoimun daripada yang lain. Malah, beberapa teori menunjukkan bahawa sistem imun yang terlalu aktif menyerang tubuh selepas jangkitan atau kecederaan.

    Menurut kajian tahun 2014, wanita mendapat penyakit autoimun pada kadar kira-kira 2 hingga 1 berbanding lelaki iaitu 6.4 peratus daripada wanita berbanding 2.7 peratus lelaki. Selalunya penyakit ini bermula semasa wanita hamil (umur 15 hingga 44 tahun).

    Simptom biasa penyakit autoimun

    Walaupun terdapat pelbagai jenis penyakit autoimun, kebanyakan pesakit berkongsi simptom yang sama. Ianya termasuk:

    • Keletihan
    • Kesakitan dan bengkak sendi
    • Masalah kulit
    • Kesakitan abdomen atau masalah pencernaan
    • Demam berulang
    • Kelenjar bengkak

    Diagnosis juga mungkin sukar kerana simptom ini boleh datang dari keadaan umum yang lain. Oleh itu, wanita khususnya perlu mendapatkan rawatan apabila mereka menyedari simptom baru.

    Faktor risiko penyakit autoimun

  • Genetik
  • Berlebihan berat badan atau obes
  • Merokok
  • Ubat-ubatan tertentu
  • Penyakit autoimun dan kesihatan anda

    Mempunyai lupus, artritis reumatoid atau artritis psoriatik meningkatkan risiko penyakit jantung. Walaupun mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan penyakit jantung selalunya adalah idea yang baik, bahkan lebih penting jika anda mempunyai salah satu keadaan ini. Bercakap dengan doktor anda tentang apa yang boleh anda lakukan untuk memastikan jantung anda sihat dan kuat. Sebagai contoh, mengekalkan tekanan darah dan paras kolesterol dalam lingkungan yang sihat, memakan makanan yang berkhasiat dan bersenam secara berkala boleh menyelamatkan nyawa.

    Langkah-langkah ini juga boleh membantu mengurangkan simptom penyakit autoimun. Diakui bahawa meluangkan masa untuk hidup sihat boleh menjadi sukar, tetapi mencari keseimbangan adalah kunci untuk hidup dengan penyakit autoimun. Ia sesuatu yang akan melibatkan komitmen, dan kadang-kadang ia akan menjadi sukar.

    Oleh itu, adalah penting untuk belajar dan mengetahui apa yang berlaku pada tubuh dan pencetusnya. Ia adalah sesuatu yang anda lakukan untuk diri sendiri.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Dr. Shelby


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 08/07/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan