backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Penanda Ketumbuhan CA-125

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurafidah Samsuir · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Penanda Ketumbuhan CA-125?

CA-125 ini adalah satu penanda yang amat tepat bagi ketumbuhan jenis epitelium yang berkembang dalam lapisan tisu ovari. CA-125 akan meningkat melebihi kadar 80% pada wanita dengan kanser ovari. Penanda ketumbuhan ini mempunyai kepekaan yang tinggi dan khusus bagi kanser ovari dan banyak juga membantu doktor untuk mengenal pasti penyakit tersebut..

Serum penanda ketumbuban CA-125 juga digunakan untuk menentukan tindak balas pesakit kepada rawatan. Ujian ini akan menunjukkan bahawa beberapa CA-125  berkurangan kepada pesakit-pesakit yang bertindak balas terhadap rawatan. Di samping itu, CA-125 yang juga boleh menjangkakan hasil bagi pembedahan terbuka sebagai peninjau yang kedua. Pembedahan terbuka bertujuan untuk mengesan ketumbuhan yang lain dengan 97% pesakit mempunyai tahap CA-125 yang lebih tinggi iaitu 35 units / ml, dimana hanya 56% pesakit kanser ovari yang mencapai tahap CA-125 yang kurang daripada 35 units / ml mempunyai ketumbuhan yang lain. Jika C-125 berkurang selepas dua sesi kemoterapi, ia adalah jangkaan yang tepat mengeani tindak balas kemoterapi tersebut dan adalah tanda prognosis atau ramalan yang bagus.

Akhirnya, keputusan CA-125 mungkin digunakan bagi memantau keadaan selepas rawatan bagi kanser ovari. Untuk pesakit yang sudah melengkapkan terapi radiasi, kemoterapi, atau pembedahan, sekiranya ada peningkatan CA-125 secara perlahan-lahan adalah ramalan utama ketumbuhan yang berulang bagi 93% pesakit. CA-125 yang tidak ditahap yang biasa boleh berlaku sebelum 2-7 bulan terjadinya kanser ovari yang berulang.

CA-125 tidak berkesan kepada orang yang tidak mempunyai gejala awal kerana ujian ini kekurangan ciri khusus. CA-125 dilakukan kepada sejumlah individu berisiko tinggi, seperti wanita dengan sejarah keluarga yang mempunyai kanser ovari. Pada sesetengah mereka, sekiranya CA-125 itu tinggi ia mungkin sama ada penyakit itu benign atau malignant dan wujud dalam 95% melalui jumlah keseluruhannya.

Ketumbuhan lain dan proses benign juga menyebabkan tahap CA-125 yang tinggi. Penyakit ini boleh mempengaruhi peritoneum, seperti sirosis hati, pankreatitis, peritonitis, endometriosis, dan penyakit keradangan pelvis, juga boleh menyebabkan peningkatan CA-125. Ketumbuhan malignant atau ganas pada saluran kewanitaan, pancreas, kolon, paru-paru, dan payudara juga berkait rapat dengan peningkatan protein ini. Dalam kadar yang biasa, dari 1%-2% individu mempunyai tahap CA-125 yang tinggi iaitu 35 units / mL.

Mengapakah Penanda Ketumbuhan CA-125 ini dilakukan?

Anda boleh melakukan ujian C-125 ini bagi pelbagai sebab:

  • Untuk memantau rawatan. Jika anda mempunyai kanser ovari, kanser endometrium, kanser peritoneal atau tiub fallopian, doktor anda akan mengesyorkan anda mendapatkan ujian CA-125 ini bagi memantau keadaan dan rawatan anda.
  • Untuk pemeriksaan kanser ovari jika anda adalah golongan berisiko tinggi. Jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan kanser ovari, mutasi genetic BRCA1 atau BRCA2, doktor anda akan mengesyorkan anda melakukan ujian ini.
  • Sesetengah doktor akan mengesyorkan anda untuk melakukan ujian CA-125 bersama-sama dengan ultrasound pada vagina setiap 6 bulan bagi individu yang berisiko tinggi.
  • Untuk memeriksa kanser yang berulang. Peningkatan CA-125 menunjukkan kanser ovari tersebut berulang selepas mendapatkan rawatan.

Perkara yang perlu anda ketahui

Apakah yang perlu saya tahu sebelum melakukan Penanda Ketumbuhan CA-125 ini?

Sebelum melakukan ujian ini, anda perlu tahu beberapa faktor yang boleh mempengaruhi keputusan ujian ini termasuklah:

  • Tiga bulan pertama pada tempoh kehamilan dan pengeluaran darah haid yang normal menyebabkan tahap CA-125 meningkat sedikit.
  • Pesakit dengan penyakit peritoneal (contoh sirosis, endometriosis) juga menyebabkan tahap CA-125 yang tinggi.
  • Merokok juga boleh meningkatkan nilai CA-125.
  • Pesakit yang menjalani pembedahan pada perut juga meningkatkan tahap CA-125 dalam tempoh masa 3 minggu selepas pembedahan.

Sesetengah wanita dengan kanser ovari mungkin tidak mempunyai tahap peningkatan CA-125 dalam darah mereka.

Jika doktor mendapati anda mempunyai kanser ovari atau kanser yang lain, mereka akan mengesyorkan anda untuk melakukan proses biopsi (dimana contoh tisu tersebut akan diambil). Ujian lain yang mungkin boleh digunakan untuk mengesan kanser adalah ultrasound pada vagina atau perut dan tomografi berkomputer (CT).

Memantau tindak balas rawatan bagi kanser ovari menggunakan CA-125 tidak menambah baik ramalan bagi wanita yang mengalami kanser ovari, yang menyebabkan kemoterapi dan rawatan yang tidak diperlukan.

Ia adalah sangat penting untuk memahami tanda amaran dan sebagai langkah berjaga-jaga sebelum mendapatkan pembedahan. Jika anda mempunyai soalan, sila berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan maklumat lanjut dan arahan seterusnya.

Ketahui apa yang berlaku

Bagaimanakah persediaan bagi Penanda Ketumbuhan CA-125?

Perkara yang diperlukan sebelum ujian:

  • Mendengar penerangan doktor mengenai proses dan garis panduan untuk melaksanakannya.
  • Tidak perlu berpuasa atau ubat penenang

Apakah yang berlaku ketika melakukan Penanda Ketumbuhan CA-125 ini?

Untuk melaksanakan ujian ini, doktor akan:

  • Membalut kawasan lengan anda bagi menghentikan pendarahan
  • Membersihkan kawasan untuk suntikan dengan alkohol.
  • Menyuntik jarum ke dalam urat. Mereka boleh menyuntik melebihi daripada 1 kali jika diperlukan.
  • Menyediakan hos untuk mengalirkan darah.
  • Membuang jalur pita dikeliling lengan selepas mendapatkan darah yang mencukupi.
  • Meletakkan kain pembalut atau kain kapas di tapak suntikan.
  • Meletakkan urgo pada kawasan bekas suntikan
  • Doktor akan mengambil sampel darah dari urat dalam tiub penutup merah

Darah tersebut akan dihantar ke makmal pusat untuk menentukan tahap CA-125. Keputusannya akan tersedia dalam tempoh 3-7 hari.

Apakah yang berlaku setelah melakukan Penanda Ketumbuhan CA-125?

Selepas mengambil darah, anda dikehendaki meletakkan kain pembalut dan menekan bekas cucukan jarum bagi menghentikan pendarahan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Penanda Ketumbuhan CA-125, sila merujuk dengan doktor anda untuk lebih memahami arahan yang diberikan.

Fahami keputusannya

Apakah maksud keputusan ujian saya?

Keputusan normal

0-35 unit / ml atau <35 kU / L (unit SI).

Keputusan yang tidak normal:

Meningkat:

  • Penyakit malignan
  • Kanser Ovari;
  • Kanser Pankreas;
  • Kanser pada saluran kewanitaan kecuali kanser ovari;
  • Kanser kolon;
  • Kanser paru-paru;
  • Lymphoma (kanser limfoma);
  • Kanser epitel peritoneal.
  • Kelainan benign:
  • Sirosis;
  • Penyakit Peritoneal;
  • Kehamilan;
  • Penyakit endometrium;
  • Pancreatitis;
  • Penyakit keradangan pada pelvis

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat yang normal biasa bagi Penanda Ketumbuhan CA-125 mungkin berbeza. Sila berbincang dengan doktor sekiranya mempunyai soalan berkaitan keputusan ujian anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurafidah Samsuir · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan