backup og meta

Migrain: Adakah Kanak-kanak Mengalaminya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 03/08/2018

    Migrain: Adakah Kanak-kanak Mengalaminya?

    Migrain adalah sejenis sakit kepala yang teruk yang mana ianya sering dirasakan pada satu sisi kepala. Ia lebih cenderung terhadap kanak-kanak yang mempuyai sejarah keluarga yang mempunyai migrain. Pada usia remaja dan dewasa, migrain lebih kerap berlaku pada wanita, tetapi pada kanak-kanak mereka berlaku sama rata antara lelaki dan perempuan.

    Kebarangkalian kanak-kanak mendapat migrain

    Menurut Cleveland Clinic, mingrain mempengaruhi kira-kira 1.5 peratus kanak-kanak berumur 7 tahun dan kira-kira 5 peratus remaja berusia 15 tahun. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan persekolahan atau beraktiviti pada hari tersebut.

    Pada awal kanak-kanak dan sebelum akil baligh migrain lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Tetapi berbeza ketika remaja yang mana ia memberi kesan kepada wanita muda berbanding lelaki muda. Manakala bagi orang dewasa, wanita adalah tiga kali ganda berkemungkinan mengalami migrain berbanding lelaki.

    Jenis migrain dialami kanak-kanak

    • Migrain tanpa aura (Migrain biasa)

    migrai n jenis ini paling biasa dialami oleh kanak-kanak dan remaja iaitu kira-kira 80-85 peratus daripada semua jenis migrain.

    • Migrain dengan aura (Migrain klasik)

    Ia kurang kerap berbanding migrain biasa. Migrain dengan aura ini membentuk kira-kira 15 hingga 20 peratus daripaa semua migrain. Bagi kanak-kanak, migrain jenis ini sering bermula pada lewat petang, dan apabila kanak-kanak semakin membesar, permulaan migrain mungkin berubah sehingga awal pagi.

    Bukan hanya sakit kepala yang teruk

    Ia adalah penyakit neurologi yang rumit kerana ia sakit kepala berserta simptom lain seperti loya, mutah, pening dan sensitif terhadap cahaya dan bunyi. Ia juga menyebabkan kesakitan di bahagian abdomen dan berlaku perubahan mood.

    Walaupun, migrain berlaku terhadap kanak-kanak lebih sedikit dan lebih pendek berbanding dewasa, tetapi keadaannya sama iaitu menyebabkan ketidakupayaan dan boleh menjejaskan kualiti hidup mereka.

    Menurut Yayasan Penyelidikan Migrain, migrain adalah perkara biasa bagi kanak-kanak berumur 18 bulan. Kira-kira 10 peratus kanak-kanak yang bersekolah mengalami migrain. Separuh daripada penghidap migrain mendapat serangan pertama sebelum berusia 12 tahun.

    Separuh daripada semua penderita migrain mempunyai serangan pertama mereka. Manakala, ketika berusia 17 tahun sebanyak 8% lelaki dan 23% perempuan telah mengalami migrain.

    Kanak-kanak yang mempunyai ibu atau bapa yang menghidap migrain mempunyai peluang 50% mewarisinya, dan jika kedua-dua ibu bapa mempunyai migrain, peluangnya meningkat kepada 75%. Lebih separuh daripada penghidap migrain mempunyai saudara terdekat yang menghidap penyakit ini.

    Ketidakupayaan akibat migrain

    Walaupun simptom migrain yang berlaku pada kanak-kanak dan remeja berbeza dengan dewasa, ia boleh menyebabkan ketidakupayaan pada kanak-kanak. Kanak-kanak dan remaja mungkin mengalami kebimbangan dan kerisauan apabila ketika serangan migrain boleh mengganggu kehidupan mereka. Jadi, ia menjadi perkara biasa bagi penghidap migrain melangkau sesi persekolahan atau beraktiviti.

    Kanak-kanak dan terutama remaja juga boleh mengalami salah satu jenis migrain iaitu migrain kronik (CM) yang paling melumpuhkan. CM berlaku apabila kanak-kanak mengalami sakit kepala 15 hari atau lebih dalam sebulan, berlaku lebih daripada 4 jam untuk lebih 3 bulan.

    Walaupun ramai remaja dengan CM melaporkan sakit kepala harian, ia bukan satu-satunya simptom CM. Antara simptom umum lain termasuk pening, gangguan tidur, kebimbangan, kemurungan, kesukaran menumpukan dan keletihan. CM mencabar untuk dirawat dan menjejaskan kualiti hidup.

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 03/08/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan