backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Meningitis Virus

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 29/11/2019

Definisi

Apakah itu meningitis virus?

Meningitis virus ialah radang pada lapisan sekeliling otak dan tunjang saraf dan ia disebabkan oleh jangkitan virus. Meningitis berlaku apabila cecair disekeliling meninges, iaitu 3 lapisan yang menyelaputi otak dan tunjang saraf mendapat jangkitan.  

Apakah kebarangkalian meningitis virus?

Meningitis virus adalah masalah yang ketara di kebanyakan tempat diseluruh dunia terutamanya di negara yang sedang membangun. Jangkitan ini sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.  

Tetapi, ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.  

Simptom-simptom

Simptom bagi meningitis virus dan bakteria hampir sama pada permulaannya. Tetapi simptom meningitis virus biasanya lebih ringan. Bergantung kepada usia anda, simptom mungkin berbeza-beza, antaranya ialah:

Bagi bayi, ia mungkin menyebabkan:

  • Hilang selera makan
  • Mudah meradang
  • Tidak boleh tidur
  • Lesu
  • Demam

Bagi orang dewasa, meningitis virus mungkin menyebabkan:

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Leher kaku
  • Sawan
  • Sensitif kepada cahaya terang
  • Lesu
  • Loya
  • Kurang selera makan

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Anda perlu mencari perhatian perubatan sesegera mungkin jika anda mengalami simptom-simptom ini. Tiada cara untuk mengetahui sama ada anda mengalami meningitis virus atau bakteria dengan menilai apa yang anda rasa

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.

Punca

Apakah punca meningitis virus?

Terdapat banyak punca keadaan ini berlaku, jangkitan virus dikira sebagai punca meningitis paling lazim, diikuti dengan jangkitan bakteria  dan paling jarang berpunca daripada jangkitan fungi

Meningitis Virus

Meningitis virus ialah jenis meningitis yang paling lazim. Virus dalam kategori Enterovirus menjadi punca kepada 85% kes yang berlaku. Ia sangat lazim terjadi pada musim panas dan musim luruh, dan ia termasuklah:

  • coxsackievirus A
  • coxsackievirus B
  • echoviruses

Ia biasanya tidak menyebabkan kesakitan serius. Dalam kes-kes serius, ia boleh menyebabkan demam berpanjangan dan sawan. Meningitis virus biasanya sederhana dan boleh sembuh dengan sendirinya. Virus seperti:

  • Virus Herpes simplex
  • HIV
  • Mumps
  • Virus West Nile
  • Virus lain-lain juga boleh menyebabkan meningitis virus

Punca lain meningitis

Meningitis boleh juga berpunca daripada bukan jangkitan seperti tindakbalas kimia, alahan ubat, beberapa jenis kanser dan penyakit keradangan seperti sarkoidosis.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya mendapat meningitis virus?

Faktor risiko untuk meningitis ialah:

  • Tidak mahu mengambil vaksin

Risiko meningkat kepada individu yang tidak melengkapkan jadual vaksinasi kanak-kanak atau dewasa yang telah dicadangkan.

  • Umur

Kebanyakan kes meningitis virus berlaku dalam kalangan kanak-kanak kurang daripada 5 tahun. Meningitis bakteria lazim berlaku kepada individu kurang daripada 20 tahun.

  • Tinggal di dalam komuniti: Pelajar kolej yang tinggal di asrama, bilik kakitangan ketenteraan, dan kanak-kanak di sekolah berasrama dan di pusat penjagaan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat meningococcal meningitis. Hal ini adalah disebabkan oleh laluan pernafasan dan merebak dengan cepat melalui kumpulan-kumpulan besar.
  • Kehamilan : Hamil meningkatkan risiko untuk mendapat listeriosis —jangkitan akibat bakteria listeria, ia juga punca kepada meningitis. Listeriosis meningkatkan risiko keguguran, mati semasa lahir dan kelahiran pramatang.  
  • Lemah sistem imuniti: AIDS, alkoholism, diabetes, penggunaan ubat menahan imuniti dan faktor lain yang menjejaskan sistem imuniti juga menyebabkan anda cenderung untuk mendapat meningitis. Limpa yang telah dibuang juga meningkatkan risiko, dan pesakit tanpa limpa perlu mendapat suntikan vaksin untuk mengurangkan risiko.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang disediakan bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk mendapat maklumat lanjut.

Bagaimana meningitis virus didiagnos?

Meningitis didiagnos bermula dengan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal. Umur, tinggal di asaram, dan kehadiran ke pusat penjagaan boleh menjadi klu yan sangat penting. Semasa pemeriksaan fizikal, doktor anda akan melihat kepada:

  • Demam
  • Kadar jantung meningkat
  • Kekakuan leher
  • Kurang sedar

Doktor anda juga akan melakukan suntikan lumbar. Ujian ini juga dikenali sebagai spinal tap. Ia membenarkan doktor untuk melihat kepada peningkatan tekanan dalam sistem saraf utama anda. Ia juga boleh mencari punca radang atau bakteria dalam cecair saraf. Ujian ini membantu menentukan rawatan antibiotik terbaik untuk anda.

Ujian-ujian lain juga mungkin dilakukan untuk diagnos meningitis. Ujian lazim ialah:

  • Kultur darah: mengesan bakteria dalam darah. Bakteria boleh melalui darah untuk menuju ke otak. N. meningitidis dan S. pneumoniae boleh menyebabkan sepsis dan meningitis.
  • Jumlah darah lengkap dengan perbezaan ialah indeks general kesihatan. Ia mengira jumlah sel darah merah dan sel darah putih dalam darah anda. Sel darah putih melawan jangkitan. Jumlah sel ini biasanya meningkat dalam kes meningitis.
  • X-rays dada boleh menunjukkan kewujudan pneumonia, tuberculosis, atau jangkitan  fungal. Meningitis boleh terjadi selepas pneumonia.
  • Imbasan CT kepala menunjukkan masalah seperti nanah dalam otak (brain abscess) atau sinusitis. Bacteria boleh merebak daripada sinus ke meninges.

Bagaimana meningitis virus dirawat?

Meningitis virus tidak memerlukan rawatan. Ia biasanya pulih dengan sendirinya. Simptom biasanya hilang dalam masa dua minggu. Tiada masalah jangka masa panjang yang serius jika dijangkiti meningitis virus. Dalam kes sederhana, anda hanya memerlukan rawatan dirumah. Rawatan dirumah ialah mengambil ubat untuk demam dan sakit serta minum air yang mencukupi untuk kekal hidrat.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup atau kaedah pengubatan sampingan yang boleh membantu saya mengatasi meningitis virus?

Kekalkan gaya hidup sihat, terutamanya jika anda berisiko tinggi, adalah penting. Antaranya ialah:

  • Dapatkan rehat yang mencukupi
  • Tidak merokok
  • Elakkan berhubung dengan orang sakit
  • Vaksinasi juga dapat melindungi daripada beberapa jenis meningitis. Vaksin yang dapat menghalang daripada meningitis ialah:
  • Vaksin Haemophilus influenza type B (Hib)
  • Vaksin Pneumococcal conjugate
  • Vaksin Meningococcal

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan jelas tentang penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat, diagnosis dan rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 29/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan