Mencegah Lebih Baik – Kenali Punca Strok.

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Strok berlaku apabila saluran darah di dalam otak tersumbat. Sel-sel otak seterusnya tidak mendapatkan oksigen yang mencukupi sehingga menganggu fungsi otak. Namun, keadaan ini tidak berlaku dalam satu malam. Ia memakan masa bertahun-tahun sebelum saluran darah tersebut boleh tersumbat dan menyebabkan strok.

Oleh itu, pesakit strok kemungkinan tidak menyedari keadaan saluran darah mereka yang semakin sempit sehingga serangan strok berlaku. Jadi, sangat penting untuk mengenali punca strok agar pencegahan awal dapat dibuat.

Apakah punca strok?

1. Tekanan darah tinggi

Hipertensi adalah punca strok yang utama. Jika tekanan darah melebihi 140/90, risikonya adalah tinggi. Tekanan yang tinggi boleh membuatkan salur darah pecah menyebabkan strok hemoragik.

Dalam jangka masa panjang, keadaan kesihatan ini juga mampu merosakkan dinding salur darah. Kecederaan pada dinding salur darah mengganggu fungsi normalnya. Ini boleh membawa kepada penebalan pada dinding sehingga menjadikan ia sempit.

2. Diabetes

Pesakit diabetes adalah 1.5 kali lebih berisiko mendapat strok berbanding orang biasa. Tambahan pula, kebiasaannya pesakit diabetes juga mempunyai tekanan darah tinggi dan terlebih berat badan, menjadikan mereka lebih berisiko tinggi.

3. Merokok

Nikotin di dalam rokok meningkatkan tekanan darah. Asap rokok juga menyebabkan lemak terkumpul di dalam salur darah, khususnya salur darah utama di tengkuk yang menghubungkan jantung dengan otak. Selain itu, darah juga menjadi semakin likat dan mudah beku.

Berjaga-jaga dengan rokok secondhand. Ia juga boleh memberikan kesan yang sama.

4. Berat badan berlebihan

Terdapat satu sindrom yang disebut sebagai sindrom metabolik. Ciri-cirinya adalah:

  • Tekanan darah tinggi.
  • Glukosa darah tinggi.
  • Lemak berlebihan di pinggang.
  • Kadar kolesterol dan trigliserida tinggi.

Mereka yang mengalami sindrom ini berisiko mendapat beberapa penyakit termasuk penyakit jantung, strok dan diabetes.

5. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat seperti pencair darah (contohnya heparin) yang digunakan untuk mencegah darah beku boleh meningkatkan risiko strok melalui pendarahan otak. Kajian juga menemui bahawa terapi hormon untuk wanita menopaus meningkatkan risiko strok.

6. Umur

Meskipun strok boleh berlaku di semua peringkat umur, orang berumur lanjut lebih berisiko. Selepas umur 55, risikonya bertambah dua kali ganda setiap 10 tahun.

7. Jantina

Secara amnya, lelaki lebih kerap mengalami strok berbanding wanita. Namun, wanita lebih cenderung mendapat strok pada usia lebih tua, menjadikan mereka lebih susah untuk sembuh.

Selari dengan peribahasa keramat di dalam perubatan am, “mencegah itu lebih baik daripada merawat,” mulakan langkah pertama anda hari ini!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Artikel yang Sama
Belajar Mengenainya, Menghadapi Penyakit Ini
Lumpuh Selepas Strok. Apa Lagi Komplikasinya?
Menghadapi Penyakit Ini
Bolehkah Pesakit Strok Sembuh Sepenuhnya?
Belajar Mengenainya
Strok: Adakah Wanita Lebih Berisiko?
Belajar Mengenainya
5 Keadaan Kesihatan yang Kelihatan Seperti Strok
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut