backup og meta

Memantau Perkembangan Mata Anak Anda

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/09/2023

    Memantau Perkembangan Mata Anak Anda

    Terdapat ungkapan, “Mata adalah pintu kepada jiwa”. Mata adalah sangat penting kepada setiap individu. Jadi kita harus menjaganya sejak dari kecil. Bagaimana untuk mencegah anak anda dari mengalami masalah mata? Berikut adalah cara untuk memantau perkembangan mata anak anda.

    Biasakan dengan rutin yang baik

    Oleh kerana anak anda masih kecil, dia boleh dengan mudah membiasakan diri dengan rutin yang baik. Sebagai contoh:

    • Membaca buku atau belajar pada jarak sekurang-kurangnya 30cm. Apabila anak anda menunduk terlalu dekat dengan buku, pelbagai masalah boleh berlaku. Bukan sahaja anak anda akan menghadapi masalah myopia (rabun jauh), tetapi juga akan berisiko untuk mendapat penyakit berkaitan tulang, sendi, postur dan lain-lain.
    • Terhadkan masa untuk telefon, laptop dan televisyen. Setiap hari anda hanya patut memberikan anak anda masa sekitar satu atau satu jam setengah untuk bermain permainan video. Dan setiap kali mereka menggunakan telefon, komputer atau menonton televisyen, sesuaikan jarak kepala mereka dari skrin.
    • Santai dan tenangkan mata sebelum duduk menghadap skrin selama sejam.
    • Galakkan anak anda untuk menyertai aktiviti luar. Ini akan membuatkan mereka melupakan permainan video dan menonton kartun serta filem. Ini juga membantu anak anda untuk mempraktik mata melihat pada jarak jauh dan menguatkan mata.

    Hasilkan diet pemakanan yang menyokong mata

    Untuk mengelak dan mengawal masalah myopia, anda harus memberikan kumpulan nutrien yang mencukupi dalam diet pemakanan harian:

    • Kumpulan makanan vitamin A: tomato, lobak, kuning telur dan sebagainya
    • Kumpulan makanan karotena: kubis, kacang pea, ubi keledek dan lain-lain
    • Kumpulan makanan crom: daging lembu, cendawan dan sebagainya
    • Kumpulan makanan kalsium: susu, telur, udang, ikan laut dan lain-lain

    Mengendalikan tekanan

    Tekanan adalah salah satu sebab yang membuatkan mata menjadi letih. Pada masa sekarang, terlalu banyak benda yang perlu dipelajari oleh anak anda, ini akan membuatkan mata menjadi tegang. Ia boleh menyebabkan semua saraf bekerja lebih kuat di bawah tekanan yang tinggi. Ini berisiko membuatkan saraf cedera, menjadikan penglihatan mata merosot.

    Menjaga kebersihan mata

    Untuk memastikan anak anda mempunyai mata yang bersih dan baik, berikut adalah beberapa langkah yang disyorkan:

    • Pakaikan anak anda cermin mata setiap kali keluar. Ini boleh melindungi mata mereka daripada debu, sinar-UV dan udara yang tercemar.
    • Gunakan sapu tangan atau tisu bersih untuk mengelap muka. Jangan berkongsi atau menggunakan sapu tangan atau tisu yang sama dengan individu lain
    • Nasihati anak anda untuk tidak menggosok mata dengan tangan kerana tangan adalah antara tempat yang mengandungi jumlah bakteria yang tinggi. Ini sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pada mata
    • Berjumpa dengan doktor jika anak anda mempunyai tanda-atau simptom yang abnormal.

    Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan