backup og meta

Memahami Bagaimana Otak Berfungsi

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2019

    Memahami Bagaimana Otak Berfungsi

    Otak ialah organ paling rumit dalam badan anda. Ia mengandungi kepintaran dan ilmu pengetahuan anda. Ia membantu anda untuk mempunyai perasaan, mengawal pergerakan dan perilaku anda. Otak adalah misteri kerana tiada seorang boleh tahu dengan jelas mengenainya dan bagaimana otak berfungsi. Akan tetapi, melalui artikel ini, anda boleh mendapat beberapa maklumat berkenaan bagaimana otak berfungsi.

    Bahagian-bahagian & cara otak berfungsi

    Otak anda bekerja seperti mesin. Ia mempunyai banyak bahagian untuk membantu anda bercakap, memahami apa yang anda lihat dan berfikir mengenai perkara di sekeliling anda. Bahagian-bahagian berikut adalah paling lazim diketahui:

    Amygdala

    Bahagian ini bekerja dengan memberi amaran kepada anda kepada situasi berbahaya. Ia membantu anda membentuk rasa takut dengan perkara yang mengejut yang berlaku dalam kehidupan seharian yang juga boleh mencederakan anda, seperti kuali panas. Amygdala juga memainkan peranan dalam mengajar anda supaya tidak takut pada sesuatu seperti tikus atau lipas.

    Prefrontal cortex (PFC)

    The prefrontal cortex (PFC) membantu anda membuat keputusan, merancang, membina idea, mengawal masalah dan mengadili sesuatu. Dalam beberapa kes, apabila anda berada dalam keadaan tertekan, bahagian ini boleh membantu anda mengawal amygdala. Sebahagian daripada korteks mengawal penggunaan memori masa pendek dan bawa semua memori masa panjang.

    Anterior cingulate cortex (ACC)

    Bahagian ini mempunyai pelbagai fungsi. Fungsi-fungsi ini berbagai daripada mengawal dan mengatur tindak balas emosi untuk membantu anda menumpukan pada perkara seperti tugas-tugas atau peperiksaan. Ia juga membantu anda mengenali kesalahan, termasuklah mencipta dan mengekalkan motivasi anda. ACC  membantu anda mengawal fungsi autonomik seperti tekanan darah dan kadar degupan jantung.

    Hippocampus

    Bahagian ini memainkan peranan penting untuk mencipta memori-memori baru. Jika hippocampus tidak berfungsi, anda mampu mengekalkan memori yang pernah tercipta dan kemahiran yang pernah dipelajari. Akan tetapi, anda tidak mampu mengingat perkara-perkara baru.

    Struktur otak

    Otak mempunyai pelbagai bahagian. bahagian-bahagia n ini bekerjasama untuk tugas masing-masing. Tiga bahagian utama ialah, forebrain, midbrain, hindbrain.

    Forebrain

    Forebrain, juga dikenali sebagai prosencephalon, bahagian dalam otak paling hadapan yang juga terletaknya serebrum – bahagian yang paling besar dan yang paling utama dalam otak. Ia mungkin adalah perkara pertama yang anda terfikir berkenaan otak. Ia berfungsi untuk mencipta memori, membuat perancangan, atau mengingat kawan-kawan anda. Serebrum membantu anda berfikir dan berimaginasi tentang perkara di sekeliling anda.

    Serebrum terbahagi kepada dua hemisfera oleh belahan dalam di tengah-tengah serebrum. Hemisfera kiri mengawal anggota di sebelah kanan manakala hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan. Hemisfera kiri juga mampu menghasil perkataan-perkataan dan bahagian kanan tempat untuk mengawal kemahiran pemikiran seperti membaca buku dan membuat kira-kira.

    Midbrain

    The midbrain bahagian otak yang teratas yang mengawal refleks. Contoh pergerakannya ialah membuka suis dapur, menggunakan pensel untuk melukis, atau mengawal mata anda.

    Hindbrain

    Hindbrain termasuklah bahagian atas saraf tunjang, pangkal otak, dan serebelum. Ia mengawal fungsi paling penting: tekanan darah, kadar jantung berdegup, suhu badan, dan kadar pernafasan. Serebelum pula membantu anda membuat pergerakan seperti bermain badminton, bermain instrumen muzik seperti piano atau biola.

    Geografi pemikiran

    Setiap hemisfera mengandungi empat lobus yang mengawal fungsi berbeza.

    Lobus hadapan

    Setiap hemisfera mengandungi salah satu dari dua lobus hadapan. Lobus ini terletak betul-betul di belakang dahi. Lobus ini mengawal cara berfikir, membuat perancangan, merancang masa hadapan. Fungsi-fungsi ini hanya menggunakan memori jangka pendek.

    Kawasan motor berfungsi untuk mengawal pergerakan sukarela seperti menggunakan pisau atau membuka lampu. Area broca memainkan peranan untuk membantu anda bercakap dengan menterjemahkan apa yang anda fikir dalam bentuk kata-kata.

    Lobus parietal

    Lobus parietal terletak di belakang kedua lobus hadapan. Kawasan ini dikenali sebagai tempat menterjemah maklumat yang diterima oleh deria. Sebagai contoh seperti rasa dan tekstur makanan, suhu, sentuhan tangan, kaku atau mana-mana anggota tubuh anda.

    Lobus belakang

    Lobus belakang  terletak di bahagian otak yang belakang. Ia membantu anda memahami sesuatu gambar. Ini adalah fungsi  kedua lobus ini. Mereka menghubungkan gambar yang anda lihat dan gambar di dalam memori anda.

    Lobus temporal

    Lobus temporal terletak di sisi lobus hadapan dan parietal. Lobus ini berfungsi memproses memori dan deria rasa, bunyi, penglihatan, bau dan sentuhan.

    Membuat rangkaian hubungan

    Otak terdiri daripada sel yang banyak, tapi sel yang paling penting digelar neuron. Semua isyarat perlu melepasi neuron, dan akan diterjemah kepada perasaan, perangai, pergerakan, pemikiran, deria dan memori.

    Neuron terdiri dari tiga bahagian:

    • Sel badan yang memastikan kemandirian neuron dan mengawal fungsi.
    • Dendrit : kelihatan seolah rangkaian kepada sel badan. Rangkaian ini menerima isyarat daripada neuron lain. Isyarat akan perlu melepasi dendrit dan sel badan.
    • Axon: selepas isyarat melepasi sel badan, mereka akan melepas axon dan pergi ke neuron-neuron lain, sel otot, sel jantung, sel hati. Mereka juga akan melalui sel lain di dalam badan bahagian penting yang dipanggil sinaps. Kepanjangan axon bergantung kepada jarak untuk membawa isyarat.

    Neurotransmiter utama

    Apabila neuron menerima mesej, mesej itu akan melalui dendrit ke sel badan dan akhir sekali axon. Di hujung axon, terdapat sinaps. Apabila sesuatu isyarat  tiba di hujung axon, ia akan melepaskan satu poket kecil yang menghasilkan kimia yang dipanggil neurotranmiter. Neurotransmiter ini akan ke reseptor di dalam dendrit sel yang terdekat. Kemudian proses ini berulang semula. Di akhirnya, neurotransmiter akan memberi isyarat ke sel lain. Sel tersebut ialah sel hati, sel kulit, atau membuat penhantaran mesej yang baru. Berikut merupakan neurotransmiter utama untuk penghantaran isyarat:

    • Serotonin merupakan neurotransmiter monoamin yang mengawal mood atau tidur anda. Ia juga menyempitkan saluran darah dan mengawal suhu badan.
    • Dopamin mengawal pergerakan dan emosi.
    • Asid gamma-aminobutyric mengawal aktiviti otot idan membantu untuk melihat.
    • Glutamat merupakan neurotransmiter yang lazim yang digunakan untuk menghantar isyarat. Ia memainkan peranan penting dalm pembentukan otak dan membantu peredaran elektrik dalam kalangan neuron

    Otak merupakan anggota badan paling penting. Otak berfungsi untuk mengawal minda dan badan anda. Cara otak berfungsi adalah dengan mengeluarkan isyarat. Isyarat- isyarat ini akan bergerak ke pelbagai bahagian di dalam badan, membuat pergerakan untuk melakukan sesuatu dan perangai anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan