backup og meta

Betul Ke Lelaki Dengan Penyakit Diabetes Lebih BERISIKO Mati Pucuk?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 19/12/2022

    Betul Ke Lelaki Dengan Penyakit Diabetes Lebih BERISIKO Mati Pucuk?

    Dianggarkan sekitar 35% hingga 75% lelaki yang menghidap diabetes akan mengalami risiko mati pucuk atau disfungsi erektil pada tempoh tertentu dalam hidup mereka.

    Pesakit diabetes dalam kalangan lelaki lebih cenderung untuk mengalami mati pucuk 10 hingga 15 tahun lebih awal berbanding lelaki lain.

    Apabila mereka semakin berumur, masalah mencapai ereksi menjadi semakin kerap. Selepas umur 50 tahun, risiko masalah ini ialah 50% hingga 60% bagi penghidap diabetes. Bagi umur 70 tahun ke atas, peratusan lebih tinggi iaitu sehingga 95%.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Lelaki sila dapatkannya di sini.  

    Penghidap diabetes lebih tinggi risiko mati pucuk? 

    risiko mati pucuk

    Bagaimana diabetes menjejaskan proses ereksi, adalah kompleks melibatkan gangguan pada urat saraf, pembuluh darah, dan fungsi otot.

    Ereksi memerlukan pembuluh darah yang sihat, urat saraf dan hormon yang berfungsi dengan baik, serta keinginan seksual. Diabetes boleh menjejaskan pembuluh darah dan urat saraf yang mengawal ereksi.

    Meskipun mempunyai kadar hormon yang normal dan keinginan seks, penghidap diabetes masih gagal mencapai ereksi yang baik.

    Pelbagai pilihan rawatan mati pucuk dalam kalangan penghidap diabetes

    risiko mati pucuk

    Ubat-ubatan ialah salah satu pilihan yang ada. Antaranya termasuk sildenafil (Viagra), tadalafil (Cialis), avanafil (Stendra), dan vardenafil (Levitra).

    Walau bagaimanapun, keadaan mungkin sedikit rumit memandangkan pesakit diabetes kerap mempunyai masalah pada jantung mereka.

    Ubat-ubatan ini mungkin boleh menjejaskan fungsi jantung dan menyebabkan tindak balas dengan ubat jantung. Perbincangan dengan doktor harus dilakukan terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat.

    Pilihan rawatan lain yang mungkin boleh dipertimbangkan ialah intracavernous injection therapy, alat vakum ereksi, alat penyempit vena, zakar prostesis (palsu), dan terapi seks.

    Apakah pilihan terbaik untuk anda?

    Jawapannya bergantung kepada keadaan kesihatan dan situasi anda. Temu janji dengan pakar urologi mungkin perlu diatur untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh [email protected] · Disemak pada 19/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan