backup og meta

Luka Terbuka: Bagaimana Untuk Merawatnya?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 28/09/2022

    Luka Terbuka: Bagaimana Untuk Merawatnya?

    Kaedah rawatan luka terbuka yang betul boleh menunjukkan perbezaan pemulihan cepat dengan penyembuhan berpanjangan. Menggunakan rawatan luka yang betul boleh bermakna perbezaan antara pemulihan cepat dan penyembuhan yang berpanjangan, parut yang berlebihan, sakit yang sengit, peningkatan risiko jangkitan, atau lebih lagi.

    Malah terdapat beberapa kesilapan dan kekeliruan semasa penjagaan luka yang kebanyakannya disebabkan oleh mitos rawatan luka biasa.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

    Apa itu luka terbuka?

    luka terbuka

    Luka yang terbuka adalah kecederaan yang melibatkan luka dalaman atau luaran dalam tisu tubuh, yang biasanya melibatkan kulit. Hampir setiap orang akan mengalami luka pada satu ketika dalam kehidupan mereka.

    Kebanyakan luka yang kecil boleh dirawat di rumah.

    Jenis-jenis luka terbuka

    Lelasan/Melecet (Abrasion)

    Lelasan berlaku apabila kulit anda bergeser terhadap permukaan kasar atau keras. Biasanya tidak banyak pendarahan, tetapi luka perlu dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan.

    Terhiris/Calar (Laceration)

    Ia adalah pemotongan atau koyakan pada kulit anda. Kemalangan dengan pisau, alatan dan mesin sering menyebabkannya. Dalam kes luka yang mendalam, pendarahan boleh berlaku dengan cepat dan meluas.

    Tercucuk/Tusukan (Puncture)

    Tusukan adalah lubang kecil yang disebabkan oleh objek yang panjang, tajam, seperti kuku atau jarum. Kadang-kala, peluru boleh menyebabkan luka tusukan.

    Tusukan mungkin tidak berdarah banyak, tetapi luka ini boleh cukup dalam untuk merosakkan organ dalaman. Sekiranya anda mempunyai luka kecil, jumpa doktor anda untuk mendapatkan suntikan tetanus dan mencegah jangkitan.

    Avulsion

    Ia adalah koyakan kulit atau tisu dibawahnya sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya berlaku semasa keadaan teruk, seperti kemalangan, letupan, dan tembakan. Seseorang berdarah dengan banyak dan cepat.

    Baca juga:

    Bagaimana merawat luka terbuka?

    luka terbuka

    Sesetengah luka boleh dirawat di rumah. Bagaimanapun, sekiranya berlaku kemalangan serius, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan segera. Terutamanya jika terdapat banyak pendarahan atau jika pendarahan berlangsung selama lebih daripada 20 minit.

    Penjagaan luka kecil di rumah

    Luka kecil boleh dirawat di rumah. Pertama, basuh dan bersihkan luka untuk menghilangkan semua kotoran dan serpihan. Gunakan tekanan langsung untuk mengawal pendarahan dan bengkak.

    Apabila membalut luka, sentiasa gunakan pembalut steril atau bandage. Luka yang sangat kecil boleh sembuh tanpa pembalut. Anda perlu memastikan luka bersih dan kering selama lima hari.

    Anda juga perlu mendapatkan banyak rehat. Kesakitan biasanya mengiringi luka. Jika mengalami lebam atau bengkak, tuamkan ais di kawasan berkenaan.

    Bila perlu berjumpa doktor

    luka terbuka

    Walaupun anda boleh merawat beberapa luka di rumah, anda perlu berjumpa doktor jika:

    • Luka lebih besar daripada 1/2 inci
    • Pendarahan tidak berhenti dengan tekanan langsung
    • Pendarahan berlangsung lebih lama daripada 20 minit
    • Pendarahan adalah akibat kemalangan yang serius

    Doktor anda mungkin menggunakan teknik yang berbeza untuk merawat luka terbuka anda. Selepas pembersihan dan mungkin kebaskan kawasan tersebut, doktor anda mungkin menutup luka menggunakan gam kulit atau jahitan.

    Anda boleh menerima suntikan tetanus jika anda mengalami luka tusukan.

    Bergantung pada lokasi luka dan potensi jangkitan, doktor mungkin tidak menutup luka dan membiarkannya sembuh secara semula jadi. Proses ini mungkin memerlukan anda membungkus luka dengan kain kasa.

    Walaupun penyembuhan itu mungkin tidak kelihatan cantik, ia menghalang jangkitan dan pembentukan abses.

    Rawatan lain untuk luka termasuk ubat sakit. Doktor anda juga boleh menetapkan penisilin atau antibiotik lain jika terdapat jangkitan atau risiko tinggi untuk menjangkiti jangkitan. Dalam sesetengah kes, anda mungkin memerlukan pembedahan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 28/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan