Anda pasti pernah mendengar mengenai kanser leukemia. Tetapi adakah anda tahu apakah simptom leukemia akut?
Anda pasti pernah mendengar mengenai kanser leukemia. Tetapi adakah anda tahu apakah simptom leukemia akut?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
Leukemia ialah kanser tisu yang menghasilkan darah dalam badan, termasuklah tulang sumsum dan sistem limfatik.
Apabila anda menghidap leukemia secara am dan leukemia akut secara khusus, tulang sumsum akan mula untuk menghasilkan banyak sel darah putih yang tidak normal, dipanggil sebagai sel leukemia.
Ia tidak berfungsi seperti sel darah putih yang normal. Ia membesar dengan cepat berbanding dengan sel normal, dan ia tidak berhenti membesar walaupun pada masa yang sepatutnya.
Terdapat beberapa perbezaan jenis leukemia. Secara amnya, leukemia dikelaskan dengan melihat kadar ia menjadi semakin teruk dan jenis sel darah putih yang terjejas.
Terdapat empat jenis leukemia utama, iaitu:
Acute myelogenous leukemia (AML) boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Menurut Institut Kanser Negara (NCI), hampit 21,000 kes AML baru didiagnos secara tahunan di Amerika Syarikat.
Hampir 6,000 kes acute lymphocytic leukemia (ALL) terbaru didiagnos secara tahunan.
Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom leukemia yang paling lazim ialah:
Leukemia boleh menyebabkan simptom pada organ yang telah terjejas dengan sel kansernya.
Sebagai contoh, jika kanser merebak ke sistem saraf utama, ia akan menyebabkan simptom leukemia seperti sakit kepala, loya dan muntah, keliru, hilang kawalan otot dan sawan.
Simptom leukemia akut biasanya tidak jelas dan tidak spesisfik. Anda mungkin tidak dapat mengesan simptom awal leukemia kerana simptomnya seperti selsema atau penyakit biasa yang lain.
Jika anda mengalami mana-mana dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda.
Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Pakar tidak mengetahui punca kanser leukemia akut. Tetapi, secara amnya, leukemia akut dikatakan berlaku apabila beberapa sel darah mengalami mutasi pada DNA– arahan didalam setiap sel untuk membimbing fungsinya.
Terdapat perubahan lain dalam sel yang masih belum difahami boleh menyumbang kepada leukemia.
Beberapa ketaknormalan menyebabkan sel untuk membesar dan terbahagi dengan cepatnya dan hidup secara berterusan manakala sel normal akan mati.
Kemudian, sel tidak normal ini akan berkumpul bersama sel darah normal di dalam tulang sumsum, dan menyebabkan sel darah putih, sel darah merah dan platelet yang sihat menjadi semakin berkurang menyebabkan munculnya tanda-tanda dan simptom leukemia.
Faktor risiko untuk keadaan ini ialah:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Anda perlu menjalani pemeriksaan diagnostik berikut:
Anda mungkin perlu menjalani ujian tambahan untuk memastikan diagnosis dan menetukan jenis leukemia serta lanjutannya dalam badan anda.
Sesetengah jenis leukemia dikelaskan kepada tahap, menunjukkan kekerasan penyakit ini. Tahap leukemia anda membantu doktor menentukan plan rawatan untuk anda.
Rawatan lazim yang digunakan untuk melawan leukemia ialah:
Baca juga:
Mengekalkan gaya hidup yang sihat, terutamanya jika anda mempunyai risiko tinggi, adalah sangat penting. Ini termasuklah:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen