Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Laringitis adalah keradangan larinks (bahagian atas saluran dari kerongkong ke paru-paru yang padanya terdapat peti suara). Di dalam peti suara terdapat korda vokal iaitu 2 lapisan membran mukus. Kebiasaannya, suara anda terhasil melalui getaran korda ini. Apabila berlaku keradangan, suara anda menjadi garau atau anda kehilangan suara. Anda juga akan merasa bunyi pernafasan yang kasar dan batuk yang menyakitkan. Keradangan ini selalunya disebabkan terlebih guna, iritasi atau jangkitan.
Laringitis boleh jadi sementara waktu atau untuk jangka masa yang lama. Jika simptom anda berlangsung untuk tempoh waktu yang lama, ia menandakan sesuatu yang lebih serius. Adalah penting untuk menyemak dengan doktor anda.
Laringitis adalah penyakit yang kerap dijumpai. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang menggunakan suara dalam aktiviti harian seperti pemidato dan penyanyi. Laringitis juga kerap berlaku dalam pesakit yang dijangkiti selsema atau bronkitis. Laringitis boleh ditangani dengan mengelakkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tanda dan simptom laringitis yang paling kerap dijumpai ialah suara bertambah dalam atau garau atau kehilangan suara. Simptom lain termasuklah:
There may be some symptoms not listed above. If you have any concerns about a symptom, please consult your doctor.
Laryngitis bukanlah penyakit yang serius dan selalunya selesai dengan rawatan di rumah. Dalam kebanyakan masa, laringitis mungkin menandakan keadaan yang lebih serius. Sila dapatkan saranan doktor jika anda mengalami simptom tersebut:
Punca laringitis bergantung kepada sama ada ia akut atau kronik. Berikut adalah beberapa punca utama:
The most common causes of laryngitis depends if it is short-lived (acute) or long-term (chronic). Here are some of the common causes:
Laringitis Akut
Laringitis Kronik
Beberapa jenis laringitis dalam kanak-kanak boleh berlaku disebabkan pernafasan tersumbat atau jangkitan seperti krup atau epiglotitis. Keadaan ini sangat serius. Anda perlu hubungi doktor anda secepat mungkin.
Terdapat banyak faktor risiko untuk laringitis, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Untuk memastikan diagnosis yang betul, doktor akan menyemak rekod perubatan anda dan melakukan pemeriksaan fizikal. Doktor anda juga mungkin akan melakukan ujian berikut:
Untuk laringitis akut, simptom akan reda dengan sendiri selepas seminggu. Anda boleh menggunakan rawatan di rumah atau ubat tanpa preskripsi untuk melegakan simptom termasuklah analgesik (NSAIDs seperti ibuprofen), sirap batuk atau paracetamol. Anda patut merehatkan suara anda dengan kurang bercakap atau menulis mesej ke atas kertas. Bagi laringitis kronik, doktor mungkin akan menyarankan rawatan berikut:
Ubat kortikosteroid: Ubat ini boleh membantu mengurangkan keradangan dalam peti suara. Ia hanya digunakan dalam kes yang lebih parah.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani laringitis:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen