backup og meta

Kusta, Sejenis Penyakit Kulit Kronik Yang Paling Awal Wujud Di Negara Kita?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    Kusta, Sejenis Penyakit Kulit Kronik Yang Paling Awal Wujud Di Negara Kita?

    Kusta (leprosy, hansen) adalah penyakit kulit kronik yang telah wujud sejak zaman dahulu dan antara rekod terawal adalah sejak zaman kerajaan Mesir Purba lagi.

    Pada zaman dahulu, ia telah menjadi suatu mimpi ngeri yang sangat ditakuti dan penghidap penyakit ini sering menghadapi stigma buruk daripada masyarakat sendiri.

    Apakah punca penyakit kulit kusta?

    penyakit kulit kusta

    Kusta disebabkan oleh sejenis bakteria bernama Mycobacterium lepare (M. leprae).

    Ia merupakan sejenis bakteria yang lambat berkembang biak dan mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum menghasilkan simptom ke atas pesakit.

    Adakah penyakit ini boleh berjangkit?

    Antara punca ramai orang takut untuk berada dekat dengan pesakit kusta adalah bimbang jika mereka sendiri akan dijangkiti penyakit tersebut.

    Ia sememangnya penyakit berjangkit, namun, jangkitan daripada pesakit kepada orang yang sihat tidaklah berlaku seperti jangkitan bakteria lain.

    Cara bagaimana ia boleh tersebar adalah tidak diketahui secara pasti.

    Apa yang pasti adalah seseorang itu perlu bersentuhan dengan cecair daripada mulut atau hidung pesakit berulang kali sebelum boleh dijangkiti bakteria M. leprae yang hanya akan berlaku jika pesakit tersebut tidak mengambil apa-apa rawatan.

    Oleh itu, jangan takut untuk menyantuni dan mendekati pesakit kusta kerana mereka juga memerlukan sokongan dan harapan daripada masyarakat.

    Apakah tanda dan simptom kusta?

    penyakit kulit kusta

    Penyakit ini menjejaskan kulit dan urat saraf periferi selain mata dan hidung juga mungkin boleh terjejas dalam masa sama.

    Simptom utamanya adalah kecacatan pada kulit dalam bentuk luka atau ketulan yang tidak hilang dalam tempoh beberapa minggu atau bulan.

    Kesan pada urat saraf periferi pula menyebabkan hilang deria rasa pada tangan dan kaki serta otot menjadi lemah.

    Disebabkan bakteria M. leprae berkembang biak dalam tempoh yang lambat, ia kebiasaannya mengambil masa antara 3 hingga 5 tahun sebelum simptom dan tanda tersebut dapat dilihat.

    Malah, ada juga mereka yang tidak mengalami sebarang simptom sehingga 20 tahun.

    Tempoh yang berbeza ini membuatkan doktor susah untuk menjangkakan tempoh jangkitan pesakit penyakit kulit kronik kusta.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 10/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan