backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Krup

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/05/2022

Definisi

Apa itu Krup?

Krup (atau laryngotracheobronchitis) ialah jangkitan saluran pernafasan yang selalunya berlaku pada kanak-kanak. Penyakit ini menyebabkan larinks (peti suara) dan trakea menjadi beradang dan bengakak, menyebabkan batuk yang teruk. Krup dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan pneumonia atau jangkitan bakteria yang serius dalam paru-paru.

Apakah kebarangkalian Krup?

Krup sangat kerap berlaku terutamanya dalam kalangan kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun, dengan kebanyakan kes berlaku terhadap kanak-kanak yang berusia setahun. Bagaimanapun, krup boleh berlaku dalam bayi seawal 3 bulan, dan dalam remaja hingga 15 tahun. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut..

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Krup?

Tanda dan simptom krup yang paling kerap dijumpai ialah batuk yang berbunyi seperti bunyi anjing laut, hidung berhingus atau demam. Simptom lain termasuklah sakit tekak. Selain itu, kanak-kanak mungkin mengalami suara serak, pernafasan makin cepat, dan bunyi berangin dengan nada tinggi sewaktu bernafas. Simptom ini bertambah teruk apabila kanak-kanak tersebut berbaring dan pada waktu malam.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor jika anda mengalami:

  • Bunyi pernafasan yang bising dan bernada tinggi apabila menarik nafas dan mengeluarkannya
  • Air liur meleleh dan sukar menelan
  • Kelihatan gementar, penat
  • Bernafas lebih laju daripada biasa
  • Kesukaran bernafas
  • Kulit menjadi biru atau kelabu di sekitar hidung, mulut atau kuku (Cyanosis)
  • Punca

    Apakah Punca Krup?

    Krup selalunya disebabkan virus, seperti parainfluenza RSV, measles, adenovirus, dan influenza. Anak anda mungkin dijangkiti virus tersebut melalui titisan berjangkit dalam udara yang tersebar disebabkan bersin atau batuk. Partikel virus dalam cecair tersebut boleh hidup pada mainan dan permukaan lain. Jika anak anda menyentuh bahagian yang tercemar dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut, jangkitan akan berlaku. Krup juga boleh berlaku disebabkan alergi, keradangan saluran pernafasan dan refluk asid.

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Krup?

    Terdapat banyak faktor risiko untuk krup, seperti:

    • Mereka yang berisiko mendapat krup adalah kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun. Keadaan ini lebih kerap berlaku dalam 18 hingga 24 bulan.
    • Kanak-kanak dengan sistem imun yang lemah atau ibu bapa yang menghidap asma mempunyai risiko yang lebih tinggi.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit Krup didiagnosis?

    Doktor melakukan diagnosis berdasarkan rekod kesihatan dan pemeriksaan fizikal. X-ray bagi leher dan paru-paru kanak-kanak tersebut mungkin menunjukkan bengkak dalam leher dan sama ada terdapat sesuatu yang menyekat saluran pernafasan atau nanah atau darah yang menyebabkan simptom. Ujian darah mungkin dilakukan jika doktor mengesyaki punca jangkitan adalah bakteria.

    Bagaimana pesakit Krup dirawat?

    Kebanyakan krup boleh ditangani dengan selamat di rumah. Anak anda perlu meminum air dengan banyak untuk mengelakkan penyahhidratan. Jika simptom anak anda berterusan selama tiga hingga lima hari atau bertambah teruk, doktor mungkin akan menyarankan steroid (glukokortikoid) untuk mengurangkan keradangan dalam saluran pernafasan. Jika anak anda mempunyai masalah pernafasan mereka mungkin memerlukan rawatan di hospital, seperti adrenalin dan topeng oksigen.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Krup?

    Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani krup:

    • Mengarahkan anak anda untuk membasuh tangan dengan kerap untuk mengelakkan jangkitan merebak.
    • Pastikan anak anda mengambil ubat seperti yang diarahkan doktor.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 12/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan