backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Keratosis Seborea (Seborrheic Keratosis)

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apakah keratosis seborea?

Keratosis seborea biasanya muncul sebagai lapisan kulit timbul berwarna coklat, hitam atau perang ringan pada muka, dada, bahu atau belakang. Lapisan kulit ini kelihatan berlilin, bersisik, dan sedikit tinggi. Keratosis seborea bukanlah kanser dan tiada berkait dengan pendedahan matahari. Akan tetapi, ia boleh kelihatan seperti kanser kulit.

Keratosis seborea biasanya tidak menyakitkan dan tidak memerlukan rawatan. Anda mungkin bercadang untuk membuangnya jika ia mengganggu pemakaian ataupun kosmetik anda.

Apakah kebarangkalian keratosis seborea?

Keratosis seborea adalah salah satu pertumbuhan kulit bukan kanser yang paling biasa berlaku kepada orang tua. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom-simptom keratosis seborea?

Simptom lazim keratosis seborea adalah:

Keratosis seborea biasanya kelihatan seperti ketumbuhan berlilin atau seperti ketuat. Ia biasanya muncul di muka, dada, bahu atau belakang badan. Anda boleh mendapat ketumbuhan tunggal atau berkelompok. Keratosis seborea:

  • Berbeza dalam warna, biasanya dari warna perang ringan hingga coklat atau hitam
  • Berbentuk bulat atau bujur
  • Mempunyai ciri “ditempelkan’
  • Rata atau sedikit dinaikkan dengan permukaan bersisik
  • Julat saiz dari sangat kecil hingga lebih dari 1 inci (2.5 sentimeter)
  • Boleh jadi menimbulkan gatal

Keratosis seborea biasanya tidak menyakitkan, tetapi ia boleh menjengkelkan bergantung kepada saiz dan lokasi ia tumbuh. Jangan menggosok, menggaru atau mencubit lapisan kulit ini kerana boleh mengakibatkan pendarahan, bengkak dan, dalam kes yang jarang berlaku, jangkitan.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Anda harus menghubungi doktor anda jika mengalami gejala berikut:

  • Banyak ketumbuhan berkembang dalam masa yang singkat
  • Ketumbuhan menjadi rengsa atau berdarah ketika tersentuh pakaian yang anda pakai. Anda mungkin mahu ketumbuhan dikeluarkan
  • Anda perhatikan perubahan yang mencurigakan pada kulit anda, seperti luka atau ketumbuhan yang cepat membesar, berdarah dan tidak sembuh. Ini boleh menjadi tanda-tanda kanser kulit

Punca

Apakah yang menyebabkan keratosis seborea?

Sebab sebenar keratosis seborea tidak diketahui. Ia sangat biasa dan pada umumnya mudah terkena apabila usia semakin meningkat. Lukanya tidak berjangkit. Ia cenderung berlaku dalam beberapa keluarga, jadi keturunan juga boleh memainkan peranan.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk mendapat keratosis seborea?

Terdapat banyak faktor risiko keratosis seborea, seperti:

  • Umur yang lebih tua. Keadaan ini sering berlaku pada mereka yang berusia pertengahan umur. Risiko meningkat apabila usia bertambah
  • Ahli keluarga dengan keratosis seborea. Keadaan kulit ini sering berlaku dalam keluarga. Risiko meningkat dengan bilangan saudara-mara yang terjejas
  • Pendedahan cahaya matahari yang kerap. Terdapat beberapa bukti bahawa kulit yang terdedah kepada matahari lebih cenderung untuk menyebarkan keratosis seborea. Walau bagaimanapun, ketumbuhan juga muncul pada kawasan kulit yang tertutup apabila berada di luar

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah keratosis seborea didiagnosis?

Pakar dermatologi boleh mendiagnosis keratosis seborea melalui mata. Jika ada ketidakpastian, mereka mungkin akan mengeluarkan sebahagian atau semua ketumbuhan. Ini dipanggil biopsi kulit.

Biopsi akan diperiksa di bawah mikroskop oleh ahli patologi terlatih. Ini boleh membantu doktor mendiagnosis ketumbuhan seperti keratosis seborea atau kanser (seperti melanoma malignan).

Bagaimanakah keratosis seborea dirawat?

Rawatan keratosis seborea biasanya tidak diperlukan. Anda mungkin mahu mereka dikeluarkan jika ia mengganggu, atau berdarah kerana tersentuh dengan pakaian, atau jika anda tidak suka akan bentuk atau rasanya.

Doktor anda boleh mengeluarkan keratosis seborea menggunakan beberapa kaedah, termasuk:

  • Pembekuan dengan nitrogen cecair (cryosurgery). Cryosurgery boleh menjadi cara yang berkesan untuk menghilangkan keratosis seborea. Ia tidak selalu berkesan pada ketumbuhan yang meningkat, dan ia boleh mencerahkan kulit
  • Memotong permukaan kulit dengan alat khas (curettage). Kadang-kadang curettage digunakan bersama-sama cryosurgery untuk merawat ketumbuhan nipis atau rata. Ia boleh digunakan dengan electrocautery
  • Membakar dengan arus elektrik (electrocautery). Electrocautery boleh berkesan dalam menghilangkan keratosis seborea. Ia boleh digunakan secara bersendirian atau dengan curettage. Prosedur ini boleh meninggalkan parut jika ia tidak dilakukan dengan betul, dan mungkin mengambil masa lebih lama daripada kaedah pembuangan lain

Menguapkan ketumbuhan dengan laser (ablation). Rawatan laser yang berbeza boleh didapati untuk merawat keratosis seborea.

Perubahan gaya hidup & remedi sampingan

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi sampingan yang boleh membantu saya menguruskan keratosis seborea?

Gaya hidup dan remedi sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi keratosis seborea:

  • Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan