backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Keracunan Makanan, Apa Gejala Punca Dan Rawatan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 3 minggu lalu

Keracunan Makanan, Apa Gejala Punca Dan Rawatan?

Kes keracunan makanan bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi dalam masyarakat kita. Malah, ia boleh berlaku pada setiap peringkat umur tanpa mengira usia. Namun begitu, adakah kesan keracunan makanan ini boleh membahayakan kesihatan anda dan boleh mendatangkan komplikasi yang serius?

Bagaimana pula dengan cara tradisional merawat keracunan makanan ini?

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu kesan keracunan makanan?

Keracunan makanan, juga dikenali sebagai penyakit melalui makanan ialah keadaan yang disebabkan oleh pemakanan makanan yang tercemar.

Organisma berjangkit seperti bakteria, virus, parasit atau toksik mereka adalah punca utama keracunan makanan.

Ia kebiasaannya tidak serius dan kebanyakan orang sembuh setelah beberapa hari tanpa memerlukan rawatan.

Apakah kebarangkalian keracunan makanan?

Keracunan makanan biasa berlaku dan dialami pesakit tanpa mengira usia.

Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom kesan keracunan makanan?

Tanda keracunan makanan yang biasa ditemui ialah:

  • Loya, muntah, cirit-birit berair
  • Sakit perut dan kejang
  • Demam
  • Kurang tenaga dan lemah
  • Hilang selera makan
  • Sakit otot
  • Menggigil

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang tanda keracunan makanan, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

kesan keracunan makanan
Simptom keracunan makanan.

Anda patut menghubungi doktor jika anda mengalami perkara berikut:

  • Kerap muntah sehingga badan kurang menampung air;
  • Muntah berdarah atau najis berdarah
  • Cirit-birit lebih daripada 3 hari
  • Sakit atau kekejangan perut yang teruk
  • Suhu oral lebih daripada 38.6 C
  • Rasa haus berlebihan, mulut kering, sedikit atau tidak kencing, sangat lemah, pening kepala
  • Penglihatan kabur, lemah otot dan kesemutan pada tangan.

Punca

Apakah punca keracunan makanan?

Anda boleh mengalami kesan keracunan makanan jika termakan makanan atau minuman yang tercemar.

Sewaktu penghasilan dan pemprosesan makanan, makanan boleh tercemar pada mana-mana tahap seperti sewaktu pertumbuhan, penapaian, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran atau penyediaan.

Peralihan organisma berbahaya daripada satu permukaan ke permukaan yang lain adalah punca utama.

Jika anda makan makanan yang tidak dimasak seperti salad atau selainnya, organisma berbahaya yang tidak dihancurkan sebelumnya boleh menyebabkan keracunan makanan.

Banyak bakteria, virus atau agen parasit bertanggungjawab menyebabkan keracunan makanan. Virus adalah punca utama, diikuti dengan bakteria.

Toksik juga menjadi punca. Toksik dihasilkan oleh bakteria pada makanan atau dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan atau organisma lain yang ditelan.

Bahan kimia tertentu juga mempunyai toksik yang menyebabkan kesan keracunan makanan.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada kesan keracunan makanan?

Terdapat banyak faktor risiko keracunan makanan, seperti:

  • Usia. Semakin tua, semakin lemah tindak balas sistem imuniti kepada organisma berjangkit
  • Wanita mengandung. Kehamilan boleh membawa perubahan kepada metabolisma dan aliran darah, yang menambahkan risiko keracunan makanan. Reaksi badan mungkin lebih teruk sewaktu kehamilan.
  • Bayi dan kanak-kanak. Sistem imuniti mereka masih belum lengkap berkembang.
  • Pesakit penyakit kronik, seperti diabetes, penyakit hati atau AIDS.
  • Diagnosis dan rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit kesan keracunan makanan didiagnosis?

    Diagnosis keracunan makanan bergantung kepada sejarah kesihatan, termasuklah berapa lama anda telah sakit, apa tanda keracunan makanan yang dihadapi dan apa yang telah anda makan.

    Doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk memeriksa tanda penyahhidratan.

    Doktor juga mungkin akan melakukan ujian lain seperti ujian darah, kultur najis atau pemeriksaan mengesan parasit, untuk menentukan apa yang menyebabkan penyakit tersebut dan untuk mengesahkan diagnosis.

    Sampel najis anda akan dihantar ke makmal untuk mengenal pasti organisma berjangkit tersebut. Dalam kes tertentu, punca keracunan makanan tidak dapat dikenalpasti.

    Adakah terdapat ubat keracunan makanan di farmasi? Apakah rawatan yang boleh diambil?

    Bagi kebanyakan pesakit, keracunan makanan sembuh sendiri dalam masa beberapa hari tanpa memerlukan rawatan, tetapi beberapa jenis keracunan makanan mungkin berlangsung lebih lama.

    Bagaimanapun, jika anda tidak sembuh, doktor akan memilih rawatan yang sesuai berdasarkan punca dan simptom anda.

    Doktor boleh mencadangkan penggantian cecair badan.

    Air dan eletrolik, termasuklah mineral seperti sodium, potassium dan kalsium yang mengawal keseimbangan cecair dalam badan yang hilang kerana cirit-birit yang berterusan perlu diganti dalam bentuk garam dan cecair melalui vena untuk menghalang atau merawat penyahhidratan.

    Antibiotik juga digunakan jika anda mengalami keracunan makanan disebabkan bakteria dan simptom yang teruk.

    Sewaktu kehamilan, rawatan antibiotik dengan segera dapat menghalang jangkitan kepada janin.

    Jika anda tidak mengalami cirit-birit berdarah atau anda tidak mengalami demam, doktor akan menyarankan mengambil loperamide (Imodium A-D) atau bismuth subsalicylate (Pepto-Bismol).

    kesihatan usus
    4 Strategi untuk menjaga kesihatan usus.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani kesan keracunan makanan?

    penyebab keracunan makanan
    Petua untuk merawat keracunan makanan dengan cepat.

    Perubahan gaya hidup dan petua hilangkan keracunan makanan mungkin dapat membantu anda:

    • Rehatkan perut. Jangan makan dan minum selama beberapa jam
    • Cuba untuk menghirup air sedikit demi sedikit. Air soda yang jernih, stok atau minuman sukan yang tidak berkafein seperti Gatorade juga sesuai.
    • Makan semula. Anda dicadangkan untuk makan semula dengan makanan yang mudah, rendah lemak dan mudah dicerna seperti  roti, biskut, gelatin, pisang dan nasi.
    • Rehat secukupnya kerana penyahhidratan dan sakit boleh melemahkan anda.

    Kesimpulan

    Kesan keracunan makanan boleh memudaratkan sekiranya ia tidak dirawat dengan segera. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk mengurangkan tanda keracunan makanan anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan