Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
kepatahan tengkuk femoral adalah kepatahan tulang paha (femur) di bahagian pinggul. Sendi pinggul adalah sendi dari jenis sendi bebola-dan-soket. Patah berlaku di bahagian tengkuk tulang, yang mana bahagian bawah bebola. Pembuluh darah bagi bahagian tulang yang patah biasanya terhalang, jadi kepatahanini biasanya mengalami masalah untuk sembuh. Kebanyakan orang hanya mengalami penyembuhan penuh selepas pembedahan.
Warga tua, terutamanya wanita adalah berisiko tinggi mengalami kepatahan tengkuk femoral kerana tulang kebiasaannya menjadi lemah seiring usia (osteoporosis). Sekiranya tulang paha cukup nipis dan lemah, hanya dengan seliuh boleh menyebabkan fraktur. Dalam 25% wanita berumur lebih 75 tahun usia mengalami osteoporosis teruk yang boleh mengakibatkan kepatahan tengkuk femoral.
Simptom kepatahanpinggul termasuklah sakit di bahagian pinggul, punggung, atau bahagian pubik, terutamanya dengan pergerakan minimal dari pinggang atau kaki. Bahagian kaki yang terkesan adalah lebih pendek dari bahagian kaki yang lain, dan tapak kaki yang berpaling ke bahagian dalam. Selepas itu, lebam di bahagian pinggul, terutamanya bagi yang kurus, boleh dilihat.
Terdapat beberapa tanda dan gejala yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang simptom, sila berbincang dengan doktor anda.
Sekiranya anda cedera teruk dan perasan beberapa simptom yang disenaraikan di atas, atau rasa anda mengalami fraktur, anda perlu berjumpa dengan doktor. Walaupun kepatahan tengkuk femoral sukar untuk sembuh, keadaan ini boleh sembuh sepenuhnya sekiranya anda menjalani pembedahan. Anda juga perlu menghubungi doktor sekiranya mengalami beberapa masalah di bawah:
Punca keretakan pinggul boleh jadi kejatuhan yang teruk atau kemalangan kenderaan. Sekiranya keadaan tulang adalah cukup lemah, sedikit terseliuh boleh mengakibatkan tulang patah.
There are many risk factor for hip fracture include:
Terdapat banyak faktor risiko bagi kepatahanpinggul antaranya:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor biasanya akan melakukan diagnosis menerusi ujian fizikal. Dalam beberapa kes, sekiranya simptom tidak jelas dan mudah terkeliru dengan penyakit lain, doktor anda akan meminta anda agar mengambil X-ray. X-ray akan memastikan bahawa anda mengalami kepatahandan menunjukkan dengan tepat kawasan kepatahandi bahagian tulang anda.
Rawatan kepatahanpinggul biasanya adalah pembedahan. Dalam pembedahan, pin boleh diletakkan sepanjang fraktur, atau plat logam dan skru boleh digunakan untuk menahan fragmen tulang bersama. Pilihan lain termasuklah penggantian bebola di bahagian sendi dengan bebola logam, dan penggantian kedua soket dan bebola. Kadang-kadang, pembedahan tidak menjadikan sendi stabil, biasanya disebabkan oleh tulang yang berbaki adalah terlalu nipis.
Untuk mereka yang sakit teruk, rawatan yang boleh dilakukan ialah rehat mencukupi dan membiarkan kepatahansembuh sendiri.
Cara terbaik untuk menghalang kepatahanpinggul adalah dengan menghalang serta merawat osteoporosis melalui diet, senaman, dan ubatan. Serta, pastikan kawasan sekeliling rumah adalah selamat.
Gaya hidup di bawah dan pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda menghadapi kepatahan pinggul:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen