Kemurungan Selepas Strok

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kemurungan atau depresi adalah satu keadaan kesihatan mental yang serius. Menurut beberapa kajian epidemiologi, hampir 30% daripada pesakit strok mengalami kemurungan, sama ada berlaku di peringkat awal strok atau lanjut. Kebanyakannya berlaku dalam tahun pertama selepas strok tetapi ia mungkin juga berlaku pada bila-bila waktu.

Kehidupan berubah serta-merta

Strok adalah peristiwa yang mengubah kehidupan pesakit. Dalam tempoh beberapa minit sahaja, macam-macam perkara telah menjadi berbeza. Jika dahulunya boleh berjalan, kini memerlukan tongkat atau kerusi roda. Malah, ingin membuang air dan makan pun memerlukan bantuan.

Keadaan ini pastinya merupakan satu kejutan. Ia memberikan impak yang besar ke atas kualiti hidup serta keyakinan diri pesakit. Mereka perlu bergantung kepada orang lain dalam melakukan urusan harian walaupun bagi hal-hal kecil seperti menukar pakaian.

Jika hal kecil seperti ini pun memerlukan sokongan, bagaimana pula dengan urusan lain? Seolah-olah, mereka tidak boleh hidup tanpa orang di sekelilingnya.

Hilang punca pendapatan

Bagi mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai anak-anak, keadaan menjadi lebih berat, lebih-lebih lagi bagi seorang lelaki jika dia merupakan satu-satunya pencari nafkah. Beban kewangan pula akan menjadi tekanan tambahan bagi pesakit.

Isteri yang selama ini menjadi suri rumah terpaksa mencari pekerjaan dan pendidikan serta keperluan anak-anak akan turut terjejas. Ini adalah satu keadaan yang tidak sihat serta meningkatkan lagi tekanan dan risiko kemurungan.

Situasi seperti ini mengganggu dan menjejaskan proses pemulihan menjadikan keadaan pesakit semakin teruk.

Sokongan dan rawatan

Kemurungan boleh dirawat dengan berkesan jika melalui terapi dan rawatan yang betul. Terdapat pelbagai jenis rawatan dalam bentuk ubat-ubatan seperti antidepresi serta terapi psikologi termasuk terapi tingkah laku kognitif (CBT) dan terapi interpersonal.

Walau bagaimanapun, semua pilihan tersebut tidak akan berguna tanpa sokongan dan bantuan daripada orang sekeliling, khususnya ahli keluarga. Jika sejak awal lagi pesakit mengalami masalah ekonomi, bagaimana mereka boleh mendapatkan rawatan?

Justeru, peranan orang sekeliling adalah sangat besar dalam memastikan pesakit mampu sembuh dengan jayanya. Antara kumpulan sokongan yang boleh dihubungi adalah National Stroke Association of Malaysia (NASAM).

Masalah kewangan juga perlu diuruskan. Bantuan daripada badan-badan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat di negeri-negeri berkenaan hendaklah diusahakan. Jika dihadapi bersama, tiada masalah yang mustahil diselesaikan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Artikel yang Sama
Belajar Mengenainya
Ikan Mengurangkan Risiko Strok dan Penyakit Jantung
Menghadapi Penyakit Ini
Mengatasi Kemurungan Selepas Strok
Belajar Mengenainya
Fakta Penting Mengenai Strok
diabetes-check-test-home-testing
Belajar Mengenainya, Menghadapi Penyakit Ini
Awasi Strok Jika Anda Ada Diabetes
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut