Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Kecelaruan penyesuaian adalah keadaan yang berkaitan dengan tekanan. Anda mengalami lebih banyak tekanan daripada biasa sebagai tindak balas kepada peristiwa yang tertekan atau tidak dijangka, dan tekanan menyebabkan masalah besar dalam hubungan anda, di tempat kerja atau di sekolah.
Masalah kerja, rutin ke sekolah, penyakit, kematian anggota keluarga dekat atau sebarang perubahan kehidupan boleh menyebabkan tekanan. Secara lumrahnya orang dapat menyesuaikan diri dengan perubahan terhadap tekanan-tekanan ini dalam tempoh masa beberapa bulan. Tetapi jika anda mempunyai kecelaruan penyesuaian, anda terus mempunyai reaksi emosi atau tingkah laku yang boleh menyumbang kepada perasaan cemas atau tertekan.
Anda tidak perlu menghadapi masalah itu sendiri. Rawatan boleh menjadi ringkas dan ia mungkin membantu anda mendapatkan kembali tahap emosi anda.
Kecelaruan penyesuaian sangat biasa dan boleh menjejaskan sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina, umur, bangsa, atau gaya hidup. Walaupun kecelaruan penyesuaian boleh berlaku pada mana-mana tahap usia, ia adalah perkara yang lebih biasa berlaku pada masa-masa peralihan utama berlaku dalam hidup, seperti remaja, pertengahan umur, dan lewat hayat. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom kecelaruan penyesuaian yang biasa adalah:
Terdapat satu jenis kecelaruan penyesuaian yang dikaitkan dengan simptom fizikal serta psikologi. Simptom fizikal ini boleh termasuk:
Simptom mental dan fizikal yang berkaitan dengan kecelaruan penyesuaian biasanya berlaku semasa atau selepas anda mengalami peristiwa yang tertekan. Walaupun gangguan ini tidak melebihi enam bulan, gejala-gejala anda mungkin berterusan sekiranya tekanan tidak dikeluarkan. Sesetengah orang mempunyai hanya satu gejala. Ada juga yang mungkin mengalami banyak gejala.
Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.
Jika anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom atau sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Setiap tubuh badan adalah berbeza. Langkah yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk situasi anda.
Pelbagai peristiwa tekanan boleh menyebabkan kecelaruan penyesuaian. Beberapa punca biasa pada orang dewasa termasuk:
Sebab-sebab biasa pada kanak-kanak dan remaja termasuklah:
Terdapat banyak faktor risiko untuk kecelaruan penyesuaian, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Untuk didiagnosis dengan kecelaruan penyesuaian, anda mesti memenuhi kriteria berikut:
Psikoterapi (sejenis kaunseling) adalah rawatan yang paling biasa untuk kecelaruan penyesuaian. Terapi membantu orang memahami bagaimana tekanan mempengaruhi kehidupannya. Ia juga membantu orang membentuk kemahiran mengatasinya yang lebih baik. Kumpulan sokongan juga boleh membantu dengan membenarkan orang membincangkan kebimbangan dan perasaannya dengan orang yang menghadapi tekanan yang sama. Dalam sesetengah kes, ubat boleh digunakan untuk membantu mengawal gejala kebimbangan atau masalah tidur.
Jika anda mempunyai gejala kecelaruan penyesuaian, sangat penting untuk mendapatkan rawatan perubatan. Kemurungan utama juga berpotensi untuk berkembang pada orang yang terdedah kepada gangguan perasaan. Selain itu, anda mungkin mengalami masalah penyalahgunaan bahan jika anda beralih kepada alkohol atau ubat untuk membantu anda mengatasi tekanan dan kebimbangan.
Kebanyakan orang dengan kecelaruan penyesuaian pulih sepenuhnya. Malah, seseorang yang dirawat untuk kecelaruan penyesuaian boleh mempelajari kemahiran baru yang sebenarnya membolehkannya bekerja lebih baik daripada sebelum gejala bermula.
Gaya hidup dan petua rumah yang berikut mungkin membantu anda menghadapi gangguan penyesuaian:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen