backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Karsinoma nasofaringeal

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 20/06/2022

Definisi

Apakah itu karsinoma nasofaringeal?

Karsinoma nasofaringeal adalah kanser yang berlaku pada nasofarinks, yang terletak di antara bahagian atas tekak dan bahagian belakang hidung. Kanser ini adalah sejenis kanser kepala dan leher yang jarang-jarang sekali berlaku. Ia berlaku dengan kadar yang lebih tinggi di kawasan Asia Tenggara.

Pada peringkat awal, karsinoma nasofaringeal sukar untuk dikesan, ini kerana nasofarinks adalah bahagian yang sukar untuk diperiksa. Selain itu, kanser ini bukan sahaja merebak di kawasan sekitar bahkan ke bahagian tisu badan yang lain, sistem limfa dan sistem darah manusia.

Terdapat 4 peringkat untuk karsinoma nasofaringeal:

  • Peringkat pertama ; peringkat awal karsinoma nasofaringeal
  • Peringkat kedua; peringkat pertengahan
  • Peringkat ketiga dan keempat; peringkat yang sudah lanjut dan peringkat akhir bagi karsinoma nasofaringeal

Berapa kerapkah karsinoma nasofaringeal?

Kondisi kesihatan ini sangatlah biasa dan lebih kerap berlaku kepada lelaki berbanding perempuan . Ia juga boleh melibatkan pesakit di semua peringkat umur. Penyakit ini boleh dikendalikan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom nasofaringeal carcinoma?

Simptom-simptom biasa bagi karsinoma nasofaringeal adalah:

  • Benjolan pada hidung dan leher
  • Darah yang bercampur dengan air liur
  • Sakit tekak
  • Kesusahan untuk bernafas dan bertutur
  • Pendarahan hidung
  • Hidung tersumbat
  • Kerap berlaku jangkitan pada telinga
  • Sakit kepala

Walau bagaimanapun, para peringkat permulaan , karsinoma nasofaringeal tidak menyebabkan apa-apa simptom.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai kebimbangan mengenai mana-mana simptom, Silalah berunding dengan doktor anda..

Bila saya harus bertemu dengan doktor?

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, silalah berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh badan kita berbeza-beza, sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan solusi terbaik bagi diri anda.

Punca

Apakah yang mengakibatkan karsinoma nasofaringeal?

Proses karsinoma nasofaringeal bermula dari sel skuamus yang terdapat pada permukaan nasofarinks. Mutasi genetik pada sel ini menyebabkan ia berkembang biak tanpa kawalan, merebak ke kawasan sekitar dan ke bahagian tubuh badan yang lain

Punca sebenar karsinoma nasofaringeal tidak diketahui, tetapi kebanyakan saintis percaya yang kanser ini mempunyai hubungkait yang kuat dengan virus Epstein-Barr. Sememangnya jangkitan kepada virus Epstein-Barr adalah faktor risiko bagi kanser ini, tetapi bukan semua orang yang terkena jangkitan ini akan medapat karsinoma nasofaringeal. Tiada sebab yang jelas mengapa sesetengah orang yang memiliki semua faktor risiko tetapi tidak pernah terkena kanser, sedangkan sebahagian yang lain yang tidak mempunyai risiko pula terkena penyakit tersebut.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko karsinoma nasofaringeal

Terdapat banyak faktor risiko bagi karsinoma nasofaringeal seperti:

  • Jantina; lelaki lebih berisiko tinggi berbanding perempuan.
  • Kanser jenis ini lebih lazim dalam kalangan masyarakat di China, Asia Tenggara dan Afrika Utara.
  • Lazimnya berlaku pada orang dewasa berumur antara 30ke 50 tahun
  • Makanan asin. Mengamalkan diet pemakanan yang kaya dengan makanan asin seperti ikan dan daging masin pada usia yang muda boleh meningkatkkan risiko.
  • Virus Epstein-Barr dikaitkan dengan beberapa kanser yang jarang-jarang berlaku terrmasuklah karsinoma nasofaringeal.
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidapi karsinoma nasofaringeal meningkatkan risiko penyakit ini.
  • Mengambil minuman yang beralkohol dan merokok.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan.SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana karsinoma nasofaringeal didiagnosis?

Berikut adalah ujian dan prosedur yang digunakan;

  • Pemeriksaan fizikal dan sejarah keluarga
  • Biopsi
  • Ujian pengimejan diagnostik: imbas CT, pengimejan resonans magnetik, tomografi positron, sinar-X
  • Ujian-ujian lain seperti ujian virus Epstein-Barr dan ujian pendengaran

Bagaimana karsinoma nasofaringeal dirawat?

Pemilihan kaedah rawatan bergantung kepada:

  • Peringkat kanser tersebut
  • Jenis kanser nasofaringeal
  • Saiz ketumbuhan
  • Umur dan kesihatan pesakit

Berikut adalah 3 jenis rawatan standard yang diberikan;

  • Terapi radiasi; menggunakan sinaran berkuasa tinggi seperti sinar-X atau proton untuk membunuh sel kanser.
  • Kemoterapi; terapi dadah menggunakan bahan kimia untuk membunuh sel kanser. Dadah kemoterapi boleh diberikan dalam bentuk pil, atau dimasukkan melalui vena atau kedua-duanya sekali. Ia boleh digunakan untuk merawat karsinoma nasofaringeal sebelum, selepas atau pada masa yang sama dengan terapi radiasi dilakukan.
  • Pembedahan jarang digunakan sebagai rawatan untuk karsinoma nasofaringeal. Ia digunakan hanya untuk membuang noda limfa di leher yang sudah terkena sel kanser.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas karsinoma nasofaringeal ?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut boleh membantu anda untuk menghadapi karsinoma nasofaringeal;

  • Mengamalkan diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Elakkan mengambil makanan asin seperti ikan dan daging masin
  • Jangan merokok
  • Jangan mengambil minuman beralkohol secara berlebihan

Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan,silalah berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian yang terbaik buat diri anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 20/06/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan