backup og meta

Kanser Tekak: Merokok ialah Penyebab Utama

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/11/2018

    Kanser Tekak: Merokok ialah Penyebab Utama

    Biasanya, merokok akan dikaitkan dengan kanser paru-paru tetapi sebenarnya kanser tekak juga boleh berlaku disebabkan oleh amalan merokok. Malah, ia merupakan punca utama kanser tekak. Sebelum asap rokok sampai ke paru-paru, ia perlu melalui tekak (faring, laring) terlebih dahulu yang menghubungkan antara mulut, hidung dan trakea, sehingga ke paru-paru.

    Asap rokok tersebut menyebabkan iritasi pada lapisan tekak. Dalam tempoh yang panjang, sel yang melapisi tekak boleh mengalami mutasi sehingga berubah menjadi sel kanser yang berkembang biak di luar kawalan. Siapa sangka, kenikmatan yang dirasai daripada amalan merokok itu mungkin berakhir dengan bisu (kotak suara dibuang) atau terpaksa makan menggunakan tiub dari luar.

    Alkohol dan jangkitan HPV juga meningkatkan risiko kanser tekak

    Selain merokok yang merupakan faktor paling besar, pengambilan alkohol dan jangkitan virus human papilloma virus (HPV) merupakan faktor lain yang meningkatkan risiko kanser tekak.

    Umum mengetahui bahawa minuman alkohol lebih membawa banyak keburukan berbanding manfaat. Malah, terdapat kajian yang dimuatkan dalam Lancet medical journal menemui bahawa tiada kadar minuman alkohol yang sihat. Ditambah dengan potensi masalah sosial yang boleh berlaku seperti kemalangan jalan raya, gangguan seksual, dan bunuh, kawalan terhadap minuman ini perlu diambil berat oleh pihak bertanggungjawab.

    HPV ialah virus yang tersebar melalui hubungan seksual. Seks oral boleh membuatkan virus masuk ke tekak dan menyebabkan jangkitan yang meningkatkan risiko kanser.

    Jika seseorang mempunyai lebih daripada satu faktor (contohnya merokok dan mengambil minuman alkohol), risiko akan menjadi lebih tinggi.

    Selain itu, ada juga faktor lain yang tidak boleh diubah iaitu jantina lelaki (4 kali ganda lebih berisiko berbanding wanita), umur melebihi 65 tahun, dan kaum tertentu.

    Adakah kanser tekak boleh dicegah?

    Mencegah kanser mungkin tidak dapat dilakukan 100% kerana punca kanser secara tepat masih tidak jelas. Apa yang boleh dilakukan ialah mengawal faktor yang dipercayai meningkatkan risiko kanser.

    • Berhenti merokok atau jangan mula merokok.
    • Berhenti mengambil minuman keras.
    • Lindungi diri daripada virus HPV melalui vaksin dan hubungan seksual yang selamat (elakkan hubungan seks dengan banyak pasangan).

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 08/11/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan