backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Jangkitan Buah Pinggang, Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Kondisi Berbahaya Ini?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/10/2023

Jangkitan Buah Pinggang, Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Kondisi Berbahaya Ini?

Ada beberapa masalah yang boleh berlaku kepada organ ini termasuk jangkitan buah pinggang. Sekiranya ia terjadi, apa yang kita semua perlu tahu? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Masalah Urologi, anda boleh klik di sini

Definisi

Apa itu Jangkitan buah pinggang?

Infeksi buah pinggang, juga dikenali sebagai pielonefritis, adalah angkara mikrob tertentu pada saluran kencing.

Ia bermula pada saluran kencing di bahagian bawah (uretra atau pundi kencing) kemudian bergerak ke bahagian atas saluran kencing (buah pinggang dan ureter).

Ia berkemungkinan merebak ke saluran darah dan menyebabkan jangkitan yang membawa maut.

Apa risiko jangkitan organ ini?

Data epidemiologi pielonefritis adalah terhad. Satu kajian berdasarkan populasi di Amerika Syarikat menganggarkan bahawa setiap tahun berlaku kira-kira 17 kes bagi setiap 10,000 wanita dan 4 kes bagi setiap 10,000 lelaki.

Infeksi buah pinggang menunjukkan perbezaan bermusim dan lebih kerap berlaku pada bulan Julai dan Ogos bagi wanita dan pada bulan Ogos dan September dalam kalangan lelaki.

jangkitan buah pinggang

Ia boleh berlaku kepada sesiapa tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apa simptom jangkitan buah pinggang?

Jangkitan buah pinggang mungkin kelihatan seperti infeksi biasa pada mulanya, tetapi ia kemudian berkembang dengan cepat dan lebih teruk apabila bakteria sampai ke bahagian atas saluran kencing.

Tanda dan simptom utama jangkitan ini ialah:

  • Demam;
  • Pening dan muntah.
  • Sakit belakang, tepi, pangkal paha atau sakit perut;
  • Kerap membuang air kencing, keinginan yang kuat dan berterusan untuk membuang air kencing;
  • Merasa terbakar atau sakit ketika membuang air kecil;
  • Nanah atau darah dalam air kencing anda;
  • Air kencing yang busuk;
  • Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Anda perlu menghubungi doktor jika anda mempunyai simptom berikut:

    • Jika anda sedang dirawat untuk sebarang jangkitan saluran kencing tetapi tanda dan simptomnya tidak bertambah baik;
    • Jika anda mengalami satu atau lebih simptom utama jangkitan ini.

    Punca

    jangkitan buah pinggang

    Apa Punca Jangkitan buah pinggang?

    Infeksi buah pinggang biasanya disebabkan oleh bakteria yang memasuki saluran kencing melalui ureter (tiub yang berfungsi untuk membawa air kencing keluar daripada badan anda), kemudian membiak.

    Bakteria yang paling kerap ditemui menyebabkan pielonefritis ialah bakteria yang biasa ditemui dalam najis (E. coli atau Klebsiella), manakala bakteria kulit atau bakteria yang lain kurang berkemungkinan untuk menyebabkan pielonefritis.

    Aliran darah ke buah pinggang  juga boleh menyumbang kepada penyakit ini dengan membawa bakteria daripada infeksi  di tempat lain dalam badan anda dan kemudian merebak ke buah pinggang anda.

    Jangkitan ini boleh berlaku melalui cara ini walaupun jarang terjadi.

    Faktor Risiko

    Apa faktor risiko jangkitan buah pinggang?

    Terdapat banyak faktor risiko untuk jangkitan ini, seperti:

    • Anatomi wanita. Kerana uretra wanita adalah lebih pendek daripada seorang lelaki, bakteria tidak perlu merebak dengan jauh untuk sampai ke pundi kencing. Oleh itu, wanita lebih berisiko tinggi mendapat pielonefritis.
    • Halangan dalam saluran kencing. Apabila aliran air kencing perlahan atau keupayaan anda untuk mengosongkan pundi kencing sepenuhnya berkurang, bakteria lebih mudah bergerak sehingga ureter, yang meningkatkan risiko jangkitan;
    • Batu karang;
    • Sistem imun yang lemah, seperti kencing manis atau HIV;
    • Kerosakan saraf sekitar pundi kencing;
    • Penggunaan kateter kencing yang berpanjangan;
    • Masalah kesihatan yang menyebabkan air kencing salah mengalir.

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana pesakit jangkitan ini didiagnosis?

    jangkitan buah pinggang

    Berdasarkan keadaan anda, tanda vital dan simptom, seperti demam dan sakit belakang, doktor boleh memberikan diagnosis awal.

    Anda mungkin perlu menjawab beberapa soalan, memberikan sampel air kencing untuk mengesan bakteria, darah atau nanah dalam air kencing anda.

    Ujian makmal yang mengesan bakteria atau organisma lain dalam darah juga mungkin diperlukan dalam beberapa kes.

    Ujian pengimejan yang mugkin diperlukan termasuklah ultrabunyi, imbasan tomografi berkomputer atau sejenis X-ray yang memberikan imej terperinci buah pinggang dan organ-organ yang berkaitan.

    Bagaimana pesakit jangkitan ini dirawat?

    Rawatan pertama infeksi buah pinggang ialah pengambilan antibiotik.

    Ubat yang perlu anda ambil dan tempoh masanya bergantung kepada keadaan kesihatan anda, simptom dan bakteria yang dijumpai dalam air kencing.

    Tanda dan simptom jangkitan ini akan beransur-ansur hilang dalam masa beberapa hari rawatan.

    Tetapi anda mungkin perlu meneruskan pengambilan antibiotik selama seminggu atau lebih. Pastikan anda mengahabiskan keseluruhan antibiotik yang ditetapkan oleh doktor anda.

    Jika anda mempunyai jangkitan yang teruk, anda mungkin akan dimasukkan ke hospital dan diberikan antibiotik melalui vena pada lengan.

    Jika jangkitan buah pinggang ini berulang, anda mungkin perlu menemui pakar urologi untuk mengenal pasti masalah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 19/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan