backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Hirsutisme


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 17/01/2023

Definisi

Apa itu Hirsutisme?

Hirsutisme merujuk kepada pertumbuhan lampau rambut pada muka dan badan pada wanita. Rambut tebal dan gelap tumbuh di kawasan yang mana lelaki mempunyai rambut seperti atas bibir, dagu dan jambang.

Apakah kebarangkalian Hirsutisme?

Hirsutisme adalah perkara biasa; 5% hingga 10% wanita mengalami hirsutisme. Ia biasanya tidak berbahaya atau memudaratkan, tetapi boleh menjejaskan penampilan wanita. Pertambahan rambut badan juga adalah normal di kalangan wanita Kaukasia yang berasal dari Mediterranean. Kebanyakan wanita tidak memerlukan rawatan perubatan. Terapi mungkin boleh memperbaiki keadaan hirsutisme, tetapi mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk menunjukkan kesan. Adalah mustahil untuk mencegah hirsutisme. 

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Hirsutisme?

Rambut tumbuh di muka (sebagai janggut atau kumis) dan badan khususnya atas bibir, dagu, jambang, bahagian belakang bahu, leher, dada, paha, perut dan sekitar puting. Rambut menjadi lebih tebal dan gelap. Wanita juga mungkin mempunyai masalah dengan haid, dengan kesuburan dan mempunyai jerawat.

Apabila hirsutisme disebabkan oleh hormon lelaki yang berlebihan yang dipanggil androgen, proses pemvirilan mungkin berlaku, menyebabkan gejala berikut: suara mendalam, botak, penurunan saiz payudara, pembesaran klitoris, perkembangan otot, perubahan keinginan seksual atau ketidaksuburan.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mengalami sebarang tanda-tanda atau simptom-simptom yang seperti di atas, sila rujuk dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Hirsutisme?

Penyebab utama hirsutisme ialah pengeluaran hormon seks lelaki (dipanggil androgen) secara berlebihan. Biasanya, tubuh wanita menghasilkan jumlah androgen yang sangat kecil dalam ovari dan kelenjar adrenal mereka. Masalah dalam organ ini boleh membawa kepada penghasilan hormon secara berlebihan. Kelainan endokrin Cretai (contohnya, sindrom Crushing, akromegali) boleh menyebabkan pertumbuhan rambut. Tumor dalam kelenjar adrenal atau ovari juga boleh menyebabkan pertumbuhan rambut. Tumor dalam kelenjar adrenal atau ovari juga boleh menyebabkan tahap hormon yang tinggi. Gangguan lain yang kurang serius di organ-organ ini, termasuk sindrom ovari polisistik (PCOS) dan hiperplasia adrenal kongenital (CAH), juga boleh menyebabkan hirsutisme.

Sumber-sumber androgen yang lain adalah ubat, termasuk steroid, phenytoin, diazoksida, sikloporin, dan minoksidil.

Sesetengah wanita mengalamii hirsutisme idiopatik yang bermaksud puncanya tidak diketahui.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Hirsutisme?

Faktor tertentu boleh meningkatkan risiko anda mengalami stenosis Mitral:

  • Sejarah keluarga. Beberapa keadaan yang menyebabkan hirsutisme, termasuk hiperplasia adrenal kongenital dan sindrom ovari polisistik, boleh diwarisi dalam keluarga.
  • Penyakit tertentu boleh menyebabkan hirsutisme, termasuk hiperplasia adrenal kongenital, dan sindrom ovari polisistik,
  • Keturunan. Wanita berketurunan Mediterranean, Timur Tengah dan Selatan Asia lebih cenderung untuk mengalami hirsutisme tanpa sebab yang boleh dikenalpasti berbanding wanita lain.

Walaubagaimanapun, tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda tidak akan mengalami strain hamstring. Faktor-faktor ini hanya untuk rujukan sahaja. Anda perlu berunding dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Hirsutisme didiagnosis?

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan mengambil sampel darah dan air kencing untuk mengukur tahap androgens yang dipanggil testosteron dan dehydroepiandrosterone sulfate (DHEAS). Doktor boleh mengarahkan tomografi berkomputer (CT) atau pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk memeriksa organ yang mungkin menjadi punca.

Bagaimana pesakit Hirsutisme dirawat?

Rawatan kebanyakannya bergantung kepada punca. Dalam beberapa kes yang tidak melibatkan masalah haid, rawatan tidak diperlukan. Cara untuk membuang rambut yang tidak diingini termasuk ubat-ubatan, pencukur, ragutan, pelunturan, pelilinan, menggunakan krim (penyahbulu), dan elektrolisis atau cahaya laser (untuk penyingkiran kekal).

Bagi hirsutisme yang berkaitan dengan masalah haid, doktor mungkin mempreskripsi ubat yang mengandungi hormon seks wanita untuk membantu mengimbangi hormon seks lelaki. Rawatan lain mungkin diperlukan untuk hamil.

Pertumbuhan pada ovari atau kelenjar adrenal boleh dikeluarkan melalui pembedahan tertentu. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk memastikan jika anda adalah calon untuk pembedahan ini.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Hirsutisme?

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan seperti yang berikut mungkin boleh membantu anda mengendalikan hirsutisme:

  • Ikut arahan doktor anda. Hubungi doktor anda jika anda berjaya menjalani rawatan dan rambut yang tak diingini kembali.
  • Kurangkan berat badan anda jika anda berlebihan berat badan. Pengurangan berat badan boleh mengurangkan hirsutisme.
  • Jangan gunakan ubat-ubatan yang mengandungi hormon seks lelaki melainkan doktor anda yang mempreskripsikannya.
  • Jangan menjangkakan hirsutisme akan hilang sepenuhnya atau dengan serta merta. Rawatan ubat yang berjaya akan mengambil masa antara 3 hingga 6 bulan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 17/01/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan