Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Hipoksia adalah keadaan oksigen rendah dalam tisu badan disebabkan oleh hipoksemia – penurunan tahap oksigen dalam darah. Istilah hipoksia kadangkala digunakan untuk merujuk kepada kedua-dua keadaan. Hipoksia dan hipoksemia boleh menjadi simptom keadaan lain yang menyebabkan kesukaran bernafas dan masalah peredaran darah. Kadar oksigen normal dalam arteri ialah kira-kira 75 hingga 100 milimeter merkuri (mm Hg). Jika kandungan oksigen di bawah 60 mm Hg, ini bermakna anda mengalami hipoksia dan memerlukan bantuan oksigen tambahan.
Keadaan kesihatan ini biasa berlaku tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom hipoksia berbeza mengikut pesakit. Walau bagaimanapun, tanda-tanda dan simptom umum hipoksia ialah:
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Anda harus menghubungi doktor jika anda mengalami perkara berikut:
Manakala jika mempunyai simptom berikut, anda perlu menghubungi doktor dengan segera:
Hipoksia berpunca daripada keabnormalan fungsi dan struktur saluran pernafasan dan saluran peredaran darah anda. Antara keadaan yang boleh menyebabkan hipoksia ialah:
Hipoksia juga mungkin disebabkan serangan asma yang teruk. Semasa serangan asma, laluan pernafasan anda menyempit dengan ketara, menjadikannya sukar mendapatkan udara yang mencukupi ke dalam paru-paru anda.
Ubat-ubatan juga boleh menyebabkan hipoksia, seperti ubat tahan sakit yang kuat dan ubat-ubatan lain yang menjejaskan pernafasan.
Terdapat banyak faktor risiko bagi hipoksia, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor boleh mendiagnosis hipoksia dengan mengukur tahap oksigen dalam darah menggunakan oksimeter nadi (alat perubatan yang diklip ke jari anda) atau mengukur secara langsung pada sampel darah yang diambil dari arteri. Kadar oksigen yang normal berdasarkan oksimeter ialah kira-kira 95% hingga 100%. Jika tahap oksigen anda 90% atau lebih rendah, anda mungkin berada dalam keadaan hipoksia.
Ujian lain mungkin diperlukan dalam sesetengah kes jika doktor ingin memastikan jika terdapat masalah lain seperti keracunan karbon monoksida yang menyebabkan hipoksia. Antaranya ujian fungsi paru-paru dan ujian lain untuk membantu menentukan penyebab kadar oksigen rendah yang tidak dapat dijelaskan.
Anda perlu tinggal di hospital untuk mendapatkan rawatan hipoksia serta mengawasi tahap oksigen anda. Perkara utama dalam kes kecemasan ini ialah memastikan anda mendapat lebih banyak oksigen ke dalam badan. Doktor akan menggunakan topeng oksigen yang merangkumi hidung dan mulut atau memasang alat kecil di hidung untuk memberikan oksigen.
Jika ini masih tidak dapat membekalkan oksigen yang mencukupi, inhaler atau ubat asma melalui mulut mungkin dimasukkan untuk memudahkan pernafasan. Jika ini juga tidak berfungsi, anda mungkin akan menerima ubat melalui vena di lengan anda (IV). Anda juga mungkin memerlukan ubat steroid sekadarnya untuk mengurangkan keradangan dalam paru-paru.
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani hipoksia:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen