Herpes Oral

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan

Definisi

Apa itu Herpes Oral?

Herpes oral (juga dikenali sebagai herpes simplex-1 atau HSV-1) ialah jangkitan dalam mulut, bibir atau gusi disebabkan virus herpes. Penyakit ini  menyebabkan lepuh kecil berair di sekeliling mulut dan gusi. Virus ini merupakan virus daripada keluarga yang sama dengan virus yang menyebabkan demam cacar air, kayap, dan mononukleosis berjangkit. Kebanyakan jangkitan sekunder berlaku melalui sentuhan sewaktu usia muda lagi jadi 80% orang dewasa telah dijangkiti dengan virus herpes jenis1. Virus Herpes jenis 2 pula dijangkiti melalui hubungan kelamin.

Apakah kebarangkalian Herpes Oral?

Herpes oral selalunya didiagnosis dalam pesakit HIV atau penyakit kelamin seperti gonorrhea, syphilis, Bagaimanapun, sesiapa sahaja boleh mendapat lepuh berair disebabkan HSV-1 sewaktu kanak-kanak. Anda boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Herpes Oral?

Sesetengah pesakit mendapat ulser mulut apabila pertama kali terdedah kepada virus HSV-1, sesetengah yang lain tidak mempunyai simptom langsung. Simptom kebiasaannya berlaku dalam kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun, sama ada sederhana atau teruk. Simptom kebiasaannya kelihatan dalam masa 1 hingga 3 minggu selepas dijangkiti virus dan mungkin dialami hingga 3 minggu.

Tanda-tanda amaran termasuklah:

  • Kulit gatal di sekitar bibir atau mulut
  • Lepuh air sekitar kawasan mulut
  • Rasa kesemutan pada bibir atau mulut.

Sebelum lepuh air kelihatan, anda mungkin mengalami:

  • Sakit tekak
  • Demam
  • Rasa sakit sewaktu menelan.

Lepuh air atau kemerahan boleh berlaku pada:

  • Gusi
  • Telinga
  • Mulut
  • Tekak
  • Lepuh air tersebut juga boleh terhimpun

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai tanda atau simptom yang tersebut di atas atau mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi doktor anda. Keadaan penyakit boleh berbeza dalam pesakit yang berbeza. Bincang dengan doktor anda untuk menentukan cara diagnosis dan rawatan yang terbaik untuk anda

Punca

Apakah Punca Herpes Oral?

Punca herpes oral ialah virus herpes jenis 1 (HSV-1), yang merebak melalui sentuhan dengan air liur oleh mereka yang dijangkiti, seperti kanak-kanak dicium oleh pembawa virus. Virus juga boleh memasuki badan melalui luka pada kulit atau mulut. Selepas jangkitan pertama, virus akan diam dan tidak aktif sebelum menyebabkan lepuh air selepas beberapa lama.

Virus herpes jenis 2 kebiasaannya merebak melalui hubungan kelamin dan menyebabkan herpes kemaluan. Bagaimanapun, kadangkala HSV-2 boleh berlaku dalam mulut melalui seks oral dan menyebabkan lepuh pada mulut.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Herpes Oral?

Faktor yang meningkatkan risiko terhadap herpes oral, termasuklah:

  • Mempunyai sistem imun yang lemah
  • Jangkitan HIV
  • Kanser yang sedang dirawat dengan kemoterapi
  • Hubungan kelamin tanpa perlindungan

Tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda bebas daripada penyakit ini. Faktor risiko ini ialah untuk rujukan sahaja. Anda perlu menghubungi doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Herpes Oral didiagnosis?

Doktor anda boleh mendiagnosis penyakit tersebut dengan memeriksa lepuh air pada bibir dan mulut. Kadangkala, doktor akan mengambil sampel dan menghantarnya ke makmal untuk pemeriksaan lanjut. Antara ujian yang mungkin akan dilakukan termasuklah:

  • Kultur virus
  • Memeriksa DNA virus
  • Ujian pemeriksaan Tzanck HSV.

Bagaimana pesakit Herpes Oral dirawat?

Simptom herpes oral mungkin akan reda tanpa rawatan dalam masa 1 hingga 2 minggu. Doktor mungkin akan menyarankan ubat antiviral untuk mengurangkan sakit dan membantu simptom reda dengan cepat. Ubat yang digunakan untuk merawat herpes oral termasuklah:

  • Acyclovir;
  • Famciclovir;
  • Valacyclovir.

Ubat ini paling berkesan jika digunakan dengan betul seawal simptom kelihatan.

Krim antiviral juga boleh digunakan. Bagaimanapun, ia agak mahal dan kebiasaannya hanya memendekkan tempoh penyakit sebanyak beberapa jam atau hari.

Krim topikal Penciclovir dan acyclovir sangat berkesan sewaktu berlaku letusan herpes. Rawatan biasa seperti pelembap atau balsam bibir tidak akan berkesan.

Anda boleh mengambil aspirin, acetaminophen atau ibuprofen untuk mengurangkan rasa sakit.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Herpes Oral?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani herpes oral:

  • Basuh tangan dengan sabun dan air suam, terutamanya selepas keluar daripada tandas.
  • Pastikan kulit bersih dan keringkan lepuh. Elakkan menyukur kawasan tersebut.
  • Ketahuilah bahawa bercium dan seks oral boleh menyebabkan jangkitan
  • Pelajari bagaimana mengenal pasti simptom awal. Memulakan terapi anti viral dapat memendekkan tempoh penyakit.
  • Elakkan berkongsi peralatan mandi .
  • Hubungi doktor jika simptom bertambah buruk, seperti mengalami demam atau nanah keluar daripada lepuh.
  • Segera hubungi doktor atau pergi ke rawatan kecemasan jika anda mengalami pening kepala yang teruk, tercungap, sakit mata yang teruk atau merasa tidak selesa dengan cahaya.
  • Hubungi doktor jika penyakit berulang lebih daripada 4-6 kali setahun. Anda mungkin perlu mengambil ubat pencegah secara harian.
  • Elakkan dan pelajari bagaimana menangani tekanan fizikal dan mental. Tekanan boleh melemahkan sistem imun dan menyebabkan penyakit kembali.
  • Makan makanan yang sihat. Dapatkan tidur yang mencukupi dan bersenam.
  • Elakkan berjemur di tengah panas. Cahaya matahari boleh menyebabkan penyakit berulang. Sentiasa gunakan krim penghadang matahari.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bibir dan Penjagaannya

    Apabila bercakap mengenai bibir, pastinya kita akan terbayangkan bibir yang mungil dicalit dengan gincu berwarna merah. Namun, bagaimana aspek penjagaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 16/08/2019 . 8 minit bacaan

    10 Perkara yang Perlu Dilakukan Selepas Waxing dan Bercukur Untuk Elakkan Ruam dan Radang

    Waxing atau bercukur adalah perkara yang biasa dilakukan bagi mereka yang mengambil berat berkenaan penampilan untuk kelihatan lebih bagus dan kemas. Waxing dan bercukur kadangkala boleh menyebabkan ruam atau keradangan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 11/03/2019 . 3 minit bacaan

    ‘Henoch-Schonlein Purpura’: Keradangan Saluran Darah Kecil

    Apa itu Henoch-Schönlein purpura? Henoch-Schonlein purpura (HSP), adalah penyakit yang melibatkan keradangan saluran darah kecil. Ia biasanya berlaku pada kanak-kanak. Keradangan menyebabkan saluran darah dalam ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 27/02/2019 . 3 minit bacaan

    Mengapa Anda Tidak Patut Menggunakan Pencungkil Gigi Tiap Kali Makanan Tersekat

    Apabila makanan tersangkut pada mulut, anda mungkin berasa lebih mudah menggunakan pencungkil gigi untuk mengeluarkan sisa makanan tersebut. Sama ada sisa jagung, daging mahupun roti, mencungkil keluar makanan tersekat ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 18/02/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    air liur bayi

    Air Liur Bayi Meleleh Tanda Mahu Tumbuh Gigi? ALERT Mak Ayah, Ada Bahayanya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/06/2020 . 3 minit bacaan
    tempoh pemakaian braces

    Rimas Pakai Braces? Ini Jawapan TEPAT Berapa Lama Anda Perlu Pakai Pendakap Gigi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/11/2019 . 3 minit bacaan
    penapis air

    Awas! Ini Sebenarnya BAHAYA Penapis Air Kepada Kesihatan Mulut Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2019 . 2 minit bacaan
    gigi-susu

    Gigi Susu Punca Gigi Berlapis?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/10/2019 . 5 minit bacaan