backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Gugup

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/06/2022

Gugup

Masalah anak gagap adalah gangguan pertuturan di mana bunyi, suku kata, atau perkataan yang berulang atau berpanjangan, menganggu aliran normal pertuturan. Gangguan pertuturan ini boleh disertakan dengan tingkah laku sukar, seperti mata cepat berkedip atau tremor di mulut.

Definisi

Apa itu masalah anak gagap?

Masalah anak gagap boleh membuat ia sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain, yang boleh menjejaskan qualiti hidup seseorang. Mereka yang menderita kerana gagap tahu apa yang hendak mereka sampaikan, tetapi susah untuk mengeskpresikannya melalui perkataan. Sebagai contoh, mereka mungkin mengulang atau memanjangkan satu perkataan, suku kata atau frasa, atau berhenti ketika bertutur dan tidak membuat bunyi bagi suku kata tertentu.

Gagap adalah kebiasaan dalam kalangan kanak-kanak kerana ia merupakan sebahagian pembelajaran untuk bercakap. Anak-anak muda juga boleh gagap apabila pertuturan dan kebolehan bahasa mereka masuk belum terbentuk secukupnya untuk selari dengan apa yang mereka hendak sampaikan.

Kebanyakan kanak-kanak membesar dengan gangguan pertuturan ini. Namun, kadang-kadang gagap merupakan keadaan kronik yang kekal hingga dewasa. Jenis gagap ini boleh memberikan impak kepada keyakinan diri dan interaksi dengan orang lain.

Apakah kebarangkalian gagap?

Gagap boleh dihidapi pesakit tidak mengira usia. Ini boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi gagap?

masalah anak gagap

Antara simptom-simptom yang biasa berlaku bagi masalah anak gagap adalah:

  • Sukar untuk memulakan perkataan, ayat atau frasa;
  • Memanjangkan perkataan atau bunyi dalam satu perkataan;
  • Pengulangan bunyi, suku kata atau perkataan;
  • Senyap sebentar untuk suku kata tertentu atau berhenti di satu perkataan (perkataan terputus);
  • Penambahan perkataan berlebihan seperti “um” jika sukar untuk berganjak ke ayat lain yang diingini;
  • Tekanan berlebihan, ketat atau pergerakan muka atau badan atasan untuk menghasilkan perkataan;
  • Kerisauan tentang pertuturan;
  • Kebolehan terhad untuk berkomunikasi dengan efektif.

Kesukaran bertutur disebabkan masalah gagap boleh disekalikan dengan:

  • Mata berkedip dengan cepat;
  • Tremor di mulut atau rahang;
  • Tik wajah;
  • Kepala berpusing;
  • Genggaman buku lima;

Gagap boleh menjadi lebih teruk jika anda teruja, letih atau di bawah tekanan, atau apabila anda berasa tidak selesa, tergesa-gesa atau tertekan. Situasi-situasi seperti bercakap di hadapan satu kumpulan atau bercakap telefon boleh menjadi sukar untuk mereka yang gagap.

Terdapat tanda-tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda ada sebarang kebimbangan tentang satu simptom, sila rujuk doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu hubungi doktor anda jika terdapat ciri-ciri dibawah:

  • Bertahan lebih dari 6 bulan;
  • Berlaku dengan masalah pertuturan dan bahasa lain;
  • Menjadi lebih kerap atau berterusan apabila anak membesar;
  • Berlaku pengetatan otot atau kesukaran jelas untuk bertutur;
  • Menjejaskan kebolehan untuk berkomunikasi dengan efektif di sekolah, tempat kerja atau dalam interaksi sosial;
  • Menyebabkan kerisauan atau masalah emosi, seperti takut atau pengelakan situasi yang memerlukan pertuturan;
  • Bermula apabila dewasa.

Punca

Apa yang mengakibatkannya?

Ahli-ahli pengkaji masih mengkaji tunjang punca-punca masalah gagap berulang. Kombinasi antara faktor-faktor boleh terlibat. Antara kemungkinan punca-punca gagap berulang termasuklah:

  • Pengawalan motor pertuturan tidak normal: beberapa bukti menunjukkan abnormal dalam pengawalan motor pertuturan, seperti masa, sensori dan koordinasi motor, juga terimplikasi.
  • Genetik: Gagap selalunya ada dalam keluarga. Ia menunjukkan bahawa gagap boleh disebabkan oleh diwarisi (genetik) tidak normal dalam pusat bahasa pada otak.
  • Keadaan kesihatan: Gagap boleh terjadi akibat strok, trauma atau kecederaan otak lain.
  • Masalah kesihatan mental: Dalam kes-kes terpencil, trauma emosi boleh membawa kepada gagap.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya?

Faktor-faktor risiko masalah anak gagap termasuklah:

  • Mempunyai sedara yang mempunyai gangguan pertuturan: Gagap boleh diwarisi dari keluarga.
  • Pembentukan zaman kanak-kanak yang lewat: Kanak-kanak yang mempunyai pembentukan lewat atau masalah pertuturan lain boleh menjadi gagap.
  • Menjadi lelaki: Lelaki lebih cenderung untuk gagap berbanding wanita.
  • Stres: Stres dalam keluarga, harapan tinggi ibu bapa atau jenis tekanan lain boleh membuat gagap menjadi lebih teruk.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana gangguan pertuturan didiagnosis?

masalah anak gagap

Pakar patologi pertuturan dan bahasa boleh mendiagnosis gagap dengan membuat kanak-kanak membaca dengan kuat. Pakar patologi boleh merakam kanak-kanak bercakap atau memeriksa corak pertuturan dalam pelbagai cara. Anak anda juga mungkin memerlukan pemeriksaan fizikal dan ujian-ujian lain untuk mengeluarkan masalah-masalah kesihatan lain yang menjejaskan pembentukan pertuturan, seperti masalah pendengaran.

Jika anda merupakan orang dewasa yang baru mula untuk gagap, jumpa doktor anda. Gagap bermula bagi seorang dewasa selalunya dikaitkan dengan kecederaan, masalah kesihatan, atau trauma emosi yang teruk. Untuk mendiagnosis masalah, doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal, bertanyakan soalan-soalan, dan melihat dan mendengar apa yang anda cakap‍.

Bagaimana gagap dirawat?

Rawatan untuk gagap selalunya termasuk kaunseling untuk ibu bapa dan terapi untuk anak. Matlamat utama rawatan adalah untuk membantu anak anda belajar untuk bercakap sebaik mungkin.

Oleh kerana sebab yang membezakan masalah-masalah dan keperluan-keperluan individu, satu cara atau kombinasi antara cara-cara boleh membantu satu individu yang mungkin tidak efektif untuk individu lain. Beberapa contoh cara-cara rawatan – tidak merujuk kepada urutan tahap efektif – termasuk:

  • Kefasihan terkawal: Jenis terapi pertuturan ini mengajar anda untuk memperlahankan pertuturan anda dan mempelajari untuk tahu bila anda gagap. Anda boleh berja dengan sangat perlahan dan terancang apabila memulakan jenis terapi pertuturan ini, tetapi selepas itu, anda boleh melakukan corak pertuturan yang lebih semula jadi.
  • Alat-alat elektronik: Beberapa alat-alat elektronik yang tersedia. Maklum balas pendengaran yang lewat memerlukan anda untuk memperlahankan pertuturan anda atau pertuturan akan bunyi seperti terganggu melalui mesin. Cara lain adalah mimik suara anda supaya ia bunyi seperti anda bercakap serentak dengan orang lain. Alat-alak elektronik kecik lain juga dipakai semasa aktiviti harian.
  • Terapi perilaku kognitif: Jenis kaunseling psikologi ini boleh membantu anda untuk mengenalpasti dan mengubah cara-cara pemikiran yang boleh menyebabkan gagap menjadi lebih teruk. Ia juga boleh membantu anda menyelesaikan stres, kerisauan atau masaah keyakinan diri berkenaan gagap.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas gagap?

masalah anak gagap

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anak anda mengatasi masalah gagap:

  • Dengar anak anda dengan penuh perhatian: Kekalkan hubungan mata semula jadi apabila dia bercakap.
  • Tunggu anak anda untuk bercakap perkataan yang dia cuba untuk sampaikan: Jangan menyampuk untuk menyambung perkataan atau berfikir.
  • Luangkan masa yang anda boleh bercakap dengan anak anda tanpa sebarang gangguan: Waktu makan boleh menyediakan peluang baik untuk perbualan.
  • Bercakap dengan perlahan, tanpa tergesa-gesa: Jika anda bercakap dengan cara begini, anak anda boleh melakukan perkara yang sana, turut boleh mengurangkan gagap.
  • Mengambil giliran untuk bercakap: Galakkan semua orang dalam keluarga untuk menjadi pendengar baik dan mengambil giliran untuk bercakap.
  • Berusaha untuk bertenang: Lakukan yang terbaik untuk membuat keadaan yang tentang dan rileks di rumah supaya anak anda berasa selesa untuk bebas bercakap.
  • Jangan fokus kepada kegagapan anak anda: Cuba jangan menunjukkan perhatian kepada masalah gagap anak anda semasa interaksi harian. Jangan dedahkan anak anda kepada situasi yang terburu-buru, tekanan atau perlu untuk tergesa-gesa atau memerlukan anak anda untuk bercakap di hadapan orang lain.
  • Menawarkan pujian daripada kritikan: Lebih baik untuk memuji anak anda untuk bertutur dengan jelas daripada memberi perhatian terhadap gagap. Jika anda perbetulkan pertuturan anak anda, lakukan dengan lembut dengan positif.
  • Terima anak anda seadanya: Tidak mempunyai reaksi negatif atau mengkritik atau menghukum anak anda kerana gagap. Ini akan menambah perasaan tidak selamat dan tidak selesa. Sokongan dan galakan boleh memberi perubahan besar.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/06/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan