backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Glaukoma Boleh Sebabkan Buta! Ini Simptom, Risiko & Rawatannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 09/01/2023

Glaukoma Boleh Sebabkan Buta! Ini Simptom, Risiko & Rawatannya

Apa itu penyakit Glaukoma?

Glaukoma adalah keadaan mata yang terjadi apabila saraf optik telah rosak, yang boleh sebabkan kehilangan penglihatan dan buta. Ini selalunya terjadi berpunca daripada tekanan tinggi pada mata.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, sila dapatkannya di sini.

 

Definisi

Saraf optik adalah ikatan gentian saraf yang menghubungkan retina ke otak.

Apabila saraf optik telah rosak, isyarat akan memberitahu otak bahawa apa yang sedang anda lihat telah diganggu, secara perlahan-lahan membawa kepada kehilangan penglihatan.

Umumnya, terdapat beberapa jenis glaukoma, termasuklah glaukoma sudut terbuka, glaukoma sudut tertutup, glaukoma tekanan biasa, glaukoma pigmentari, glaukoma kongenital dan glaukoma sekunder.

Jenis yang paling biasa adalah glaukoma sudut terbuka.

Apakah kebarangkalian glaukoma?

Penyakit glaukoma adalah keadaan mata biasa dan boleh menyebabkan buta. Ia berlaku pada semua peringkat usia, namun kerap terjadi kepada individu berumur 60 tahun ke atas.

Anda boleh mengurangkan risiko dengan menguruskan faktor-faktornya. Sila hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Tanda dan simptom

Apakah keadaan mata kesan glaukoma?

Simptom bergantung kepada jenis glaukoma yang dialami, seperti:

  • Glaukoma sudut terbuka: Jika gejala-gejala mula muncul, anda mungkin ada bintik hitam buta di sebelah mata atau penglihatan pusat
  • Glaukoma sudut tertutup: Termasuk sakit kepala yang teruk, loya dan muntah-muntah, penglihatan kabur, lingkaran cahaya muncul di sekeliling lampu dan merah mata
  • Glaukoma kongenital: Ini berlaku pada bayi ketika lahir. Anda mungkin menyedari tanda-tanda pada tahun pertama selepas bayi dilahirkan. Jadi, amat penting untuk ibu bapa kerap berjumpa dengan pakar pediatrik
  • Glaukoma sekunder: Glaukoma jenis ini berpunca daripada penyakit yang didasari. Tanda dan gejala mungkin sama seperti di atas

keadaan mata

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa jua gejala, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu melakukan pemeriksaan doktor jika wujud tanda atau gejala bagi penyakit glaukoma. Jika tidak dirawat, ia akan membawa kepada kehilangan penglihatan dan buta.

Bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan mata untuk menilai apa jua tanda bagi glaukoma.

Sebaik-baiknya, berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui apakah yang terbaik bagi keadaan anda.

Punca

Punca utama bagi glaukoma adalah kerosakan pada saraf optik. Pada kebanyakan kes, saraf optik boleh dirosakkan oleh tekanan yang tinggi pada mata.Tekanan mata yang tinggi mungkin disebabkan oleh pembentukan cecair di mata. Biasanya, cecair mengalir melalui pangkal mata yang dikenali sebagai trabecular meshwork.

Pembentukan cecair boleh terjadi apabila terlalu banyak pengeluaran atau apabila cecair tidak boleh mengalir dengan betul.

Punca bergantung kepada jenis glaukoma. Berikut adalah beberapa punca yang berbeza:

  • Glaukoma sudut terbuka: Sudut saliran dibentuk oleh kornea dan iris telah terbuka. Punca ini akibat daripada penyumbatan separa pada trabecular meshwork. Ini menyebabkan pembentukan cecair dan meningkatkan tekanan mata. Ia berlaku secara perlahan-lahan
  • Glaukoma sudut tertutup: Penyumbatan disebabkan oleh sudut saluran telah ditutup atau iris menonjol dan menyekat saluran cecair. Ini berlaku perlahan-lahan tetapi boleh terjadi secara tiba-tiba
  • Glaukoma tekanan biasa: Tekanan mata bukanlah penyebabnya. Saraf optik biasanya rosak disebabkan oleh bekalan darah tidak cukup atau hipersensitiviti. Punca sebenar masih tidak diketahui. Bekalan darah tidak cukup mungkin disebabkan oleh pembentukan penyimpanan lemak, juga dikenali sebagai aterosklerosis
  • Glaukoma sekunder: Keadaan mata ini disebabkan oleh keadaan kesihatan lain atau pengambilan dadah. Ia mungkin melibatkan diabetes yang tidak dikawal atau tekanan darah tinggi. Sebahagian ubat boleh menyebabkan glaukoma seperti kortikosteroid
  • Glaukoma kongenital: Disebabkan kecacatan kelahiran ketika dilahirkan. Keadaan mata ini boleh mengganggu saliran dan membuatkan saraf optik menjadi lebih sensitif
  • Glaukoma pigmentari: Ini berlaku apabila butiran pigmen daripada pembentukan iris dan menyekat saliran pada trabecular meshwork

Faktor risiko

Beberapa faktor risiko mendapat penyakit glaukoma:

  • Umur lebih 60 tahun
  • Alami tekanan mata dalaman tinggi (tekanan intraokular)
  • Mempunyai sejarah keluarga
  • Mengambil ubat-ubat yang boleh menyebabkan glaukoma seperti titisan mata kortikosteroid
  • Penyakit lain seperti diabetes, masalah jantung, hipertensi dan penyakit sel sabit

penyakit glaukoma

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Untuk mendapatkan diagnosis yang betul, ujian berikut boleh dilakukan seperti:

  • Tonometri, ujian untuk mengukur tekanan pada mata (tekanan intraokular)
  • Ujian lapangan visual yang memeriksa kawasan kehilangan penglihatan
  • Menguji kerosakan saraf optik
  • Pachymetry, ujian untuk mengukur ketebalan kornea
  • Memeriksa sudut saliran (gonioskopi)

Perubahan gaya hidup & pencegahan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani glaukoma?

Pilihan rawatan yang ada termasuklah:

  • Titisan mata: Ubat-ubat ini termasuk prostaglandin (latanoprost, bimatoprost), beta blocker (timolol, betaxolol), alpha adrenergik agonis (apraclonidine, brimonidine), perencat karbohidrat karbonat (dorzolamide, brinzolamide) dan agen miotik (pilocarpine). Ubat-ubatan ini terutamanya berfungsi dengan mengurangkan tekanan pada mata
  • Ubat oral: Doktor anda akan menetapkan ubat oral untuk diambil bersama titisan mata anda. Ini termasuk acetazolamide, perencat anhydrase karbonat oral
  • Trabekuloplasti laser: Ini adalah prosedur yang membantu cecair mengalir dengan lebih mudah. Ia dilakukan di klinik mata atau pejabat doktor dengan sinaran cahaya yang tinggi. Laser akan mensasarkan kerangka trabekular dan membantu membuka saliran
  • Trabeculektomi: Rawatan pembedahan ini biasanya dicadangkan apabila semua pilihan lain telah gagal. Semasa pembedahan, doktor akan membuat bukaan baru untuk meningkatkan saliran cecair. Ini biasanya dilakukan di bilik operasi di hospital. Biasanya pembedahan dilakukan untuk satu mata pada satu-satu masa. Untuk beroperasi pada mata kedua, anda biasanya perlu menunggu sekurang-kurangnya 4 hingga 6 minggu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nur Shawani Zakaria · Disemak pada 09/01/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan