backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Perubahan Gaya Hidup Ini Boleh Bantu Rawat Masalah Gastrik Anda, Cubalah!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2022

    Perubahan Gaya Hidup Ini Boleh Bantu Rawat Masalah Gastrik Anda, Cubalah!

    Kerap alami rasa sakit perut disebabkan gastritis? Jangan risau Hello Doktor ada cara mudah untuk rawat gastrik melalui perubahan gaya hidup.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Masalah sakit perut gastritis

    Gastrik secara amnya bukanlah satu keadaan kesihatan yang berbahaya. Namun, ia masih berpotensi menyebabkan beberapa komplikasi seperti:

  • Duodenum
  • Pendarahan perut dan muntah darah.
  • Ulser perut
  • Kanser perut
  • Kondisi kesihatan yang kerap berlaku ini boleh diuruskan jika mengikut kaedah yang betul.

    Baca selanjutnya untuk mengetahui bagaimana cara mengubati gastrik.

    Baca juga:

    Rawat gastrik dengan mengubah gaya hidup

    rawat gastrik

    Beberapa perubahan pada tabiat dan gaya hidup anda mungkin membantu mengurangkan insiden gastrik. Anda boleh cuba:

  • Ambil hidangan lebih ringan tetapi dengan lebih kerap – jika anda sering mengalami masalah ketidakhadaman, hidangan yang ringan dan kecil boleh membantu mengurangkan kesan tindakan asid di dalam perut.
  • Elakkan makanan yang ‘tajam’ – contohnya adalah makanan pedas, berasid, bergoreng atau berlemak.
  • Tinggalkan alkohol dan rokok – dua amalan ini boleh menghakis lapisan mukosa di dalam perut anda.
  • Berhati-hati menggunakan ubat tahan sakit – kurangkan penggunaan ubat dalam kumpulan NSAIDs. Panadol dan paracetamol adalah lebih selamat untuk perut bagi rawat gastrik.
  • Senarai ubat gastrik paling berkesan

    Dalam sebahagian kes gastrik, perubahan gaya hidup semata-mata tidak mampu mengawal simptom dan penyakit.

    rawat gastrik

    Anda mungkin perlu mendapatkan bantuan daripada ubat-ubatan berikut:

    • Antibiotik. Jika seseorang itu disahkan mengandungi bakteria Helicobacter pylori, gabungan beberapa antibiotik (clarithromycin, amoxicillin atau metronidazole) selama satu atau dua minggu diberikan untuk membunuh bakteria tersebut.
    • Perencat pam proton (PPI). Ubat ini mengurangkan penghasilan asid oleh perut dengan merencat fungsi sel yang menghasilkan asid tersebut. Antara contoh PPI yang digunakan ialah omeprazole dan lansoprazole.
    • Penghalang reseptor H2. Ubat ini juga mengurangkan asid di dalam perut dengan menghalang reseptor khusus di dalam perut yang disebut sebagai reseptor H2. Ia Contohnya ialah ranitidine dan cimetidine.
    • Anti-asid. Anda juga mungkin diberikan anti-asid yang berfungsi meneutralkan asid di dalam perut untuk memberikan kelegaan daripada simptom yang ada.

    Doktor akan menentukan jenis serta bilangan ubat yang anda perlu ambil untuk melegakan gastrik punca sakit perut anda.

    Beberapa pemeriksaan dan ujian mungkin diperlukan untuk melihat punca dan faktor risiko berkaitan.

    Jangan abaikan simptom yang ada. Dapatkan bantuan perubatan yang betul sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan