backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Gangguan Vestibular

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apakah itu gangguan vestibular?

Sistem vestibular terdiri daripada bahagian telinga dalam dan otak yang memproses maklumat daripada deria. Ia berperanan untuk mengawal keseimbangan tubuh badan dan pergerakan mata. Sekiranya bahagian-bahagian ini mengalami kerosakan atau penyakit maka gangguan vestibular akan berlaku. Faktor genetik dan persekitaran juga boleh menjadi punca atau menerukkan lagi gangguan vestibular. Kadang-kadang penyakit ini boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui.

Berapa kerapkah gangguan vestibular?

Satu kajian epidemiologi yang terbaharu menganggarkan seramai 35% orang dewasa yang berumur 40 tahun dan keatas – kira-kira 69 juta orang – mengalami sebahagian bentuk gangguan vestibular. Walau bagaimanapun, ia boleh dikawal dengan mengurnagkan faktor risiko anda. Silalah berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi gangguan vestibular

Sekiranya sistem vestibular terjejas  samada disebabkan penyakit, penuaan, kecederaan, atau gangguan, simptom-simptom berikut boleh terjadi:

  • Vertigo dan pening kepala
  • Ketidakseimbangan dan disorientasi ruangan
  • Gangguan penglihatan
  • Masalah pendengaran
  • Perubahan kognitif dan psikologi
  • Lain-lain simptom

Jenis dan tahap keterukan simptom-simptom gangguan vestibular berbeza-beza dan sangat susah untuk digambarkan. Individu yang mempunyai masalah ini dilihat seakan-akan tidak prihatin, malas, resah yang berlebihan dan suka mencari perhatian. Tidak dapat menjalankan rutin harian dengan baik samada bekerja atau bersekolah, untuk bangun dari tidur pun menjadi satu kesukaran bagi mereka.

Bila saya harus bertemu dengan doktor?

Mengesan dan merawat penyakit ini di peringkat awal boleh menghalang daripada keadaan menjadi lebih teruk dan menghindarkan kecemasan daripada berlaku. Oleh itu, segeralah bertemu dengan doktor anda untuk megelakkan keadaan menjadi lebih serius.

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda dan simptom di atas atau anda mempunyai sebarang persoalan, silalah berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh badan kita berbeza, sebaiknya berbincanglah dengan doktor untuk memahami apa yang terbaik bagi diri anda.

Punca

Apakah yang mengakibatkan gangguan vestibular?

Ketidakseimbangan boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau kuman di telinga, kecederaan kepala, atau gangguan pada peredaran darah yang menjejaskan bekalan darah ke telinga dalam atau otak. Ramai orang mempunyai masalah dengan deria keseimbangan seiring dengan pertambahan umur. Masalah keseimbangan dan pening juga boleh berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko gangguan vestibular?

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko saya untuk kondisi ini termasuklah:

  • Umur. Orang yang lebih berumur berkemungkinan tinggi untuk menghidapi penyakit yang menyebabkan kepeningan, terutamanya rasa ketidakseimbangan. Mereka juga lazim untuk mengambil ubat-ubatan yang boleh membuat pening kepala.
  • Pernah mengalami rasa pening sebelum ini. Sekiranya anda pernah mengalaminya, anda berisiko tinggi untuk terkena semula pada masa hadapan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana gangguan vestibular didiagnos?

Berdasarkan informasi yang diambil daripada sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal pesakit, doktor akan menempah ujian diagnostik untuk menguji fungsi sistem vestibular dan menyaring keluar punca-punca lain yang menyebabkan simptom-simptom yang sama. Kemudian, doktor akan menempah ujian lain termasuklah;

  • Elektronistagmografi (ENG), menggunakan elektrod-elektrod kecil yang dilekatkan pada kulit di bahagian mata sewaktu ujian dilakukan. Ujian ini boleh mengesan pergerakan mata untuk menguji sebarang  tanda gangguan vestibular dan masalah neurologi.
  • Ujian pusingan ; merupakan cara lain untuk menguji sejauh mana mata dan telinga dalam bekerjasama. Ujian ini menggunakan gogel atau elektrod untuk merakam pergerakan mata.   
  • Ujian pancaran otoakustik; Ujian ini memberikan informasi berkaitan fungsi sel-sel rambut di dalam koklea dengan menilai respon sel-sel rambut ini kepada bunyi klik yang berturut-turut yang dihasilkan oleh pembesar suara bersaiz kecil di dalam telinga.
  • Pengimejan resonans magnetik (MRI); menggunakan medan magnetik dan gelombang radio untuk menghasilkan imej keratan rentas tubuh badan yang diimbas. MRI yang dilakukan dibahagian otak boleh mendedahkan ketumbuhan, kerosakan yang disebabkan oleh strok, dan sebarang perkara luar biasa pada tisu lembut yang menyebabkan pening dan vertigo.  

Bagaimana gangguan vestibular dirawat?

Berikut adalah kaedah-kaedah rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit yang mempunyai gangguan vestibular. Kaedah-kaedah yang diberikan ini bergantung kepada simptom-simptom, sejarah perubatan, kesihatan umum, pemeriksaan fizikal dan keputusan ujian diagnostik.

  • Terapi rehabilitasi vestibular (VRT): menggunakan kaedah senaman kepala, badan dan mata yang khusus untuk melatih otak kembali mengenali dan memproses isyarat-isyarat daripada sistem vestibular lalu menyelaraskan ia dengan informasi daripada deria penglihatan dan propriosepsi.
  • Senaman di rumah; senaman yang dilakukan di rumah adalah bahagian penting dalam rawatan. Pakar terapi akan mengarahkan anda untuk melakukan senaman terapi rehabilitasi vestibular di rumah menggunakan kaedah yang betul mengikut had yang telah ditetapkan seiring dengan program kecergasan yang telah dirancang untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan stress.
  • Pengubahsuaian diet; ramai orang yang menghidapi penyakit  Meniere, hidrops endolimfa sekunder dan pening yang disebabkan migrain merasakan apabila mereka mengubahsuai diet yang diamalkan dapat membantu untuk mengurus penyakit-penyakit tersebut.
  • Ubat-ubatan; Penggunaan ubat-ubatan dalam merawat gangguan vestibular bergantung kepada fasa gangguan tersebut samada ia dalam fasa awal/akut (sehingga 5 hari) atau fasa kronik (berterusan).
  • Pembedahan; Apabila ubat-ubatan tidak lagi efektif dalam mengawal vertigo dan simptom-simptom lain yang berpunca dari sistem vestibular yang tidak berfungsi dengan baik, pembedahan boleh dipertimbangkan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas gangguan vestibular?

Terdapat tip-tip berguna untuk mengelakkan gangguan vestibular antaranya ialah;

  • Elakkan menaiki kapal terbang sekiranya  sinus dan telinga anda terkena jangkitan dan tersumbat.
  • Elakkan membaca dan bekerja menggunakan komputer riba semasa berada di dalam kenderaan yang bergerak .
  • Jangan lupa untuk membawa cermin mata hitam dan topi kerana gangguan vestibular boleh menyebabkan anda sangat sensitif pada cahaya.
  • Elakkan keluar daripada rumah pada waktu gegas.
  • Elakkan memasang musik dan bunyi yang kuat.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan, silalah berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian yang terbaik buat diri anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan