Bakteria yang bernama Mycobacterium leprae (M. leprae) adalah penyebab kepada penyakit ini. Bakteria ini berkembang biak dalam kadar yang perlahan. Oleh itu, ia mengambil tempoh yang lama sebelum memberikan sebarang simptom.
Memandangkan penyebab penyakit ini adalah bakteria, salah satu daripada rawatan utamanya adalah antibiotik.
2. Kusta mempunyai penawar
Dakwaan yang mengatakan bahawa pesakit kusta tidak akan sembuh adalah salah sama sekali. Ia mungkin benar 100 tahun yang lalu. Kini, terdapat rawatan yang efektif menggunakan gabungan ubat-ubatan yang terdiri daripada antibiotik, anti-radang, dan ubat yang melemahkan sistem imun.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen