Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Embolisme cecair amniotik kali pertama dikenal pasti pada tahun 1941, ia adalah kes kecemasan obstetrik yang jarang sekali berlaku melibatkan cecair amniotik, sel fetus, rambut atau apa-apa sisa masuk ke dalam peredaran darah si ibu melalui uri yang akan mencetuskan tindak balas seperti alahan. Tindak balas ini akan menyebabkan kegagalan jantung dan peparu (kardiorespiratori) dan pendarahan yang banyak (koagulopati).
Embolisme cecair amniotik ini agak jarang berlaku dan berlaku dalam setiap 2-8 /100000 wanita bersalin dan bertanggungjawab menyebabkan 7.5% ke 10% dari kes kematian ibu. Keadaan ini berlaku hanya pada wanita. Tiada kecenderungan pada mana-mana bangsa atau etnik yang difikrkan wujud. Namun, terdapat kajian oleh Fong et al menyatakan orang hitam bukan Hispanic mempunyai dua kali ganda risiko untuk mengalami masalah ini.
Namun begitu, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Embolisme cecair amniotik terjadi secara mengejut dan pantas. Peringkat pertama kondisi ini selalunya melibatkan serangan jantung dan kegagalan pernafasan. Serangan jantung berlaku apabila jantung anda berhenti bekerja, anda tidak sedarkan diri dan berhenti bernafas. Kegagalan pernafasan pula berlaku apabila peparu anda tidak mampu membekalkan oksigen yang cukup kepada darah atau menyingkirkan karbon dioksida daripadanya. Ini akan membuatkan kesukaran untuk bernafas
Tanda dan simptom lain yang mungkin berlaku bersama kondisi ini ialah:
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Kondisi ini belaku apabila cecair amniotik atau sisa daripada fetus masuk ke dalam peredaran darah si ibu. Bagaimana ia boleh berlaku masih tidak difahami dengan jelas. Mungkin disebabkan kebocoran pada sekatan uri kesan daripada trauma.
Apabila kebocoran ini berlaku, sistem imun akan memberi respon dengan melepaskan produk yang menyebabkan keradangan, mengaktifkan penggumpalan darah yang tidak normal didalam peparu dan salur darah si ibu yang menghasilkan kecelaruan penggumpalan darah yang serius (koagulasi intravaskular tersebar)
Namun, kondisi ini jarang berlaku – sememangnya cecair amniotik dalam jumlah yang sedikit lazimnya masuk ke dalam peredaran darah si ibu sewaktu bersalin tanpa sebarang masalah. Ianya tidak jelas kenapa dalam sesetengah kes boleh membawa kepada embolisme cecair amniotik.
Jelas sekali, kajian yang lebih mendalam tentang punca embolisme cecair amniotik perlu dilakukan.
Terdapat banyak faktor risikonya seperti:
Memahami diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Diagnosis kondisi ini dibuat berdasarkan pemeriksaan doktor. Kebiasaannya doktor akan membuat diagnosis setelah semua kondisi lain disaring keluar. Dalam sesetengah kes, diagnosis hanya dapat dibuat setelah kematian si ibu. Beberapa ujian akan dilaksanakan termasuklah:
Rawatan kecemasan termasuklah:
Sekiranya anda mengalami kondisi ini sebelum melahirkan anak, doktor akan merawat anda dengan tujuan memastikan bayi anda dilahirkan dengan selamat secepat mungkin. Pembedahan caesar kecemasan mungkin diperlukan.
Kondisi ini tidak boleh dicegah, dan juga sukar bagi doktor untuk menjangkakan ia akan berlaku atau tidak. Sekiranya anda pernah terkena kondisi ini dan merancang untuk mengandung lagi,maklumkan kepada pakar obstetrik anda. Doktor akan membincangkan risiko kehamilan dan membuat pemantauan dengan teliti.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen