Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Efusi pleural adalah cecair yang terhasil dengan banyak di antara paru-paru anda dan ruang di dalam dada. Ia adalah normal untuk mempunyai sedikit cecair di dalam peparu untuk melincirkan permukaan yang bergeser di antara peparu dan ruang dada. Penghasilan cecair terlalu banyak mengakibatkan tekanan kepada peparu,dan menyebabkan sesak nafas.
Keadaan kesihatan ini boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Anda mungkin berasa sakit dada tetapi selalunya efusi pleural tidak menyakitkan. Simptom efusi pleural yang biasa terjadi ialah:
Anda juga mempunyai simptom lain yang disebabkan oleh cecair terhasil.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai soalan berkenaan simptom tertentu, sila hubungi doktor anda.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Efusi pleural terjadi kerana jangkitan atau iritasi terhadap paru-paru. Banyak keadaan kesihatan yang boleh mengakibatkan efusi pleural seperti:
Rawatan termasuklah kemoterapi dan radioterapi terhadap kanser atau pembedahan post-open-heart boleh menyebabkan efusi pleural.
Terdapat banyak faktor risiko terhadap efusi pleural seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Efusi pleural didiagnosis apabila anda menjalani pemeriksaan fizikal. Doktor anda mungkin akan mendengar peparu anda menggunakan stetoskop atau mengetuk dada untuk mendengar resonan (percussion). Sesetengah ujian pengimejan boleh menunjukkan atau memastikan cecair terhasil di dalam peparu, seperti X-ray atau skan CT.
Sejenis ujian dipanggil analisis cecair pleural atau thoracentesis yang dilakukan dengan memasukkan jarum ke dalam selaput pleura dan mengambil sedikit sampel cecair. Ini akan menjelaskan samada cecair terhasil disebabkan oleh jangkitan atau keadaan yang lain. Sampel ini boleh diuji untuk sel kanser dan paras protein.
Rawatan bagi efusi pleural termasuklah merawat punca-punca efusi pleural dan mengurangkan simptom yang kurang menyenangkan terhadap pesakit. Rawatan adalah berbeza dan bergantung kepada punca berlakunya efusi pelural. Antibiotik digunakan sekiranya terdapat jangkitan, dan diuretik juga mungkin digunakan untuk mengurangkan saiz efusi pleural.
Cecair terhasil selalunya tidak perlu dirawat, kerana ia akan berkurangan sekiranya puncanya dirawat. Jika cecair terhasil menyebabkan ketidakselesaan, doktor anda mungkin akan mengalirkan cecair dengan pleural fluid aspiration atau pleural tap.
Rawatan lain yang mengeringkan cecair terhasil adalah:
Langkah di bawah ini membantu anda menangani efusi pleural:
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen