backup og meta

Anak Alami Disleksia? Ibu Perlu Fahami Keunikan Cara Pemikiran Mereka

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

    Anak Alami Disleksia? Ibu Perlu Fahami Keunikan Cara Pemikiran Mereka

    Antara gangguan perkembangan yang boleh terjadi pada si kecil adalah masalah disleksia. Jom kita fahami mengenai keistimewaan anak disleksia ini.

    Semoga ia dapat dijadikan panduan buat anda!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Memahami anak disleksia

    Disleksia bukan sejenis penyakit mental. Ia adalah kesukaran yang berlaku dalam proses pembelajaran.

    Mereka yang mengalami disleksia mengambil masa lebih lama untuk bercakap, membaca dan menulis.

    anak disleksia

    Walau bagaimanapun, tahap kecerdasan dan IQ tidak terjejas. Bahkan, ada juga dalam kalangan mereka yang mempunyai kecerdasan yang lebih tinggi.

    Ia juga bukan disebabkan teknik pengajaran, arahan atau didikan yang lemah tetapi merupakan masalah neurologi dan genetik.

    Apa yang berlaku pada anak disleksia?

    Setiap manusia mempunyai otak yang berbeza meskipun secara fizikalnya mungkin dilihat serupa.

    Anak disleksia adalah sangat unik dan istimewa. Cara otak mereka memproses maklumat yang dilihat dan didengar adalah berbeza berbanding orang lain.

    Mereka menghadapi kesukaran dalam menghubungkan antara huruf tertentu dengan bunyinya.

    Contohnya, huruf ‘g’ dan ‘j’ dilihat seolah-olah serupa dan sering tertukar. Huruf ‘b’ dan ‘d’ juga mungkin mengelirukan bagi mereka.

    Dalam mengeja perkataan pula, kadangkala ejaan menjadi tunggang langgang dan tidak konsisten.  ‘Sawah padi’ tertukar menjadi ‘padi sawah’. ‘Kawan’ ditulis ‘wakan’.

    Baca juga:

    Mereka juga mempunyai kesukaran menyebut perkataan yang mempunyai suku kata yang banyak seperti ‘hospital’, ‘kebangsaan’ dan ‘pengangkutan’.

    Anda mungkin dapati mereka selalu tersesat jalan kerana sukar membezakan antara kiri dan kanan.

    Apabila menerima arahan yang banyak, mereka akan pening dan sukar menghafal mengikut turutan.

    Namun, setiap kanak-kanak disleksia adalah berbeza.

    Ada yang mengalami semua karakter yang disebutkan, ada juga yang mengalami sebahagiannya pada tahap yang berbeza.

    Cara pemikiran berbeza, keistimewaan kanak-kanak disleksia

    Hanya kerana kanak-kanak disleksia berfikir dengan cara yang berlainan berbanding kebanyakan orang, ia tidak bermakna mereka melakukan kesalahan.

    Malah, ia adalah sesuatu yang unik dan memberikan mereka banyak kelebihan tertentu.

    Mereka sangat mahir dalam mengenal pasti corak dan pola sesuatu perkara.

    Pelbagai persoalan dan masalah boleh dilihat dari sudut pandang yang lebih luas dan mereka juga mahir dalam menyelesaikan masalah.

    anak disleksia

    Ini adalah kerana imaginasi yang ada di dalam otak anak disleksia membolehkan mereka membayangkan kebarangkalian dan solusi yang sesuai.

    Kemahiran mereka cipta, melukis, mewarna dan memasang sesuatu juga dilihat wujud dalam diri kanak-kanak disleksia.

    Ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak-anak.

    Jika terdapat tanda-tanda lambat membaca, menulis dan bercakap berbanding kanak-kanak sebaya yang lain, sila dapatkan nasihat perubatan dengan segera.

    Intervensi awal mampu membantu mereka menangani halangan yang ada.

    Disleksia Awareness

    Video Yang Indah Tentang Disleksia.Jom kenali apa itu disleksia dan ciri-ciri disleksia. Tidak ramai yang mengetahui apa itu disleksia, malah ada yang tidak perasan diri mereka sendiri adalah disleksia. Ada yang takut untuk berhadapan dengan kutukan orang sekeliling yang mungkin mengganggap diri mereka adalah bebal. Disleksia sesuatu yang unik. Sama seperti orang yang autisme, mereka mempunyai pemikiran dan otak yang tersendiri. Cara mereka mengeja, menyebut, menyusun perkataan, berfikir adalah berbeza dengan orang lain. Mereka adalah unik kerana kelebihan yang ada. Maka tidak hairanlah ramai orang yang disleksia sangat berjaya dalam hidup mereka. Untuk seseorang disleksia berjaya tidak hanya bergantung kepada keluarga semata-mata. Namun, masyarakat juga memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka.Kesedaran masyarakat tentang disleksia adalah penting agar orang ramai dapat menghapuskan stigma kepada golongan-golongan sebegini. Berilah mereka kasih sayang, peluang, dorongan dan sokongan agar mereka juga dapat membesar dengan baik dan berjaya. Sebar dan share video ini agar lebih ramai tahu tentang disleksia. Tunjukkan kepada anak murid di sekolah, anak-anak anda, suami atau isteri, kenalan dsb. Download dan share ke dalam whatsapp/telegram/wechat dan sebagainya agar kesedaran kepada disleksia meningkat dan seterusnya masyarakat dapat menerima disleksia ini sebagai satu perkara yang normal atau istimewa.

    Posted by Public Health Malaysia on Thursday, 15 March 2018

    Video diambil daripada halaman Facebook Public Health Malaysia

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan