Disleksia: Keunikan Pada Cara Otak Berfungsi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada Ogos 15, 2018

Disleksia bukan sejenis penyakit mental. Ia adalah kesukaran yang berlaku dalam proses pembelajaran. Mereka yang mengalami disleksia mengambil masa lebih lama untuk bercakap, membaca dan menulis. Walau bagaimanapun, tahap kecerdasan dan IQ tidak terjejas. Bahkan, ada juga dalam kalangan mereka yang mempunyai kecerdasan yang lebih tinggi.

Ia juga bukan disebabkan teknik pengajaran, arahan atau didikan yang lemah tetapi merupakan masalah neurologi dan genetik.

Apa yang berlaku pada kanak-kanak disleksia?

Setiap manusia mempunyai otak yang berbeza meskipun secara fizikalnya mungkin dilihat serupa. Penghidap disleksia adalah sangat unik dan istimewa. Cara otak mereka memproses maklumat yang dilihat dan didengar adalah berbeza berbanding orang lain.

Mereka menghadapi kesukaran dalam menghubungkan antara huruf tertentu dengan bunyinya. Contohnya, huruf ‘g’ dan ‘j’ dilihat seolah-olah serupa dan sering tertukar. Huruf ‘b’ dan ‘d’ juga mungkin mengelirukan bagi mereka.

Dalam mengeja perkataan pula, kadangkala ejaan menjadi tunggang langgang dan tidak konsisten. ‘Sawah padi’ tertukar menjadi ‘padi sawah’. ‘Kawan’ ditulis ‘wakan’. Mereka juga mempunyai kesukaran menyebut perkataan yang mempunyai suku kata yang banyak seperti ‘hospital’, ‘kebangsaan’ dan ‘pengangkutan’.

Anda mungkin dapati mereka selalu tersesat jalan kerana sukar membezakan antara kiri dan kanan. Apabila menerima arahan yang banyak, mereka akan pening dan sukar menghafal mengikut turutan.

Namun, setiap kanak-kanak disleksia adalah berbeza. Ada yang mengalami semua karakter yang disebutkan, ada juga yang mengalami sebahagiannya pada tahap yang berbeza.

Berfikir secara berbeza bukanlah satu kesalahan

Hanya kerana kanak-kanak disleksik berfikir dengan cara yang berlainan berbanding kebanyakan orang, ia tidak bermakna mereka melakukan kesalahan. Malah, ia adalah sesuatu yang unik dan memberikan mereka banyak kelebihan tertentu.

Mereka sangat mahir dalam mengenal pasti corak dan pola sesuatu perkara. Pelbagai persoalan dan masalah boleh dilihat dari sudut pandang yang lebih luas dan mereka juga mahir dalam menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana imaginasi yang ada di dalam otak mereka membolehkan mereka membayangkan kebarangkalian dan solusi yang sesuai.

Kemahiran mereka cipta, melukis, mewarna dan memasang sesuatu juga dilihat wujud dalam diri kanak-kanak disleksia.

Ibu bapa perlu peka dengan keadaan anak-anak. Jika terdapat tanda-tanda lambat membaca, menulis dan bercakap berbanding kanak-kanak sebaya yang lain, sila dapatkan nasihat perubatan dengan segera. Intervensi awal mampu membantu mereka menangani halangan yang ada.

Disleksia Awareness

Video Yang Indah Tentang Disleksia.Jom kenali apa itu disleksia dan ciri-ciri disleksia. Tidak ramai yang mengetahui apa itu disleksia, malah ada yang tidak perasan diri mereka sendiri adalah disleksia. Ada yang takut untuk berhadapan dengan kutukan orang sekeliling yang mungkin mengganggap diri mereka adalah bebal. Disleksia sesuatu yang unik. Sama seperti orang yang autisme, mereka mempunyai pemikiran dan otak yang tersendiri. Cara mereka mengeja, menyebut, menyusun perkataan, berfikir adalah berbeza dengan orang lain. Mereka adalah unik kerana kelebihan yang ada. Maka tidak hairanlah ramai orang yang disleksia sangat berjaya dalam hidup mereka. Untuk seseorang disleksia berjaya tidak hanya bergantung kepada keluarga semata-mata. Namun, masyarakat juga memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka.Kesedaran masyarakat tentang disleksia adalah penting agar orang ramai dapat menghapuskan stigma kepada golongan-golongan sebegini. Berilah mereka kasih sayang, peluang, dorongan dan sokongan agar mereka juga dapat membesar dengan baik dan berjaya. Sebar dan share video ini agar lebih ramai tahu tentang disleksia. Tunjukkan kepada anak murid di sekolah, anak-anak anda, suami atau isteri, kenalan dsb. Download dan share ke dalam whatsapp/telegram/wechat dan sebagainya agar kesedaran kepada disleksia meningkat dan seterusnya masyarakat dapat menerima disleksia ini sebagai satu perkara yang normal atau istimewa.

Posted by Public Health Malaysia on Thursday, 15 March 2018

Video diambil daripada halaman Facebook Public Health Malaysia

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Nora Anne Quoirin: Kehilangan yang Membuka Mata Ramai Pihak

    Berita kehilangan seorang remaja Ireland yang bernama Nora Anne Quoirin telah mengejutkan negara apabila tubuhnya telah ditemukan pada 13 Ogos 2019

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Berita, Berita Tempatan Ogos 15, 2019

    Komunikasi Positif Galak Kanak-kanak Untuk Makan Sihat

    Komunikasi dengan kanak-kanak berkenaan manfaat makanan yang boleh dikaitkan dengan mereka boleh membuatkan mereka untuk makan dengan lebih sihat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Adakah Gangguan Autisme Boleh Sembuh Jika Tanda-Tanda Dikesan Lebih Awal Pada Anak?

    Autisme merupakan satu kondisi yang sangat membimbangkan ibu bapa. Persoalannya, adakah anak autisme boleh sembuh jika ia dikesal dengan lebih awal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Sukar Mengenal Wajah: Fahami Kesukaran Penghidap Prosopagnosia (Buta Wajah)

    Anda pasti pernah menghadapi situasi di mana anda ditegur oleh seseorang yang mengenali anda sedangkan anda langsung tidak dapat mengingati namanya. Barangkali anda cuma menghadapi situasi kekok tersebut beberapa ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan

    Artikel lain untuk anda

    Gembira Baru Dapat Baby? Ini 7 Benda Anda Boleh Bual Bersama Si Manja, Pasti Dia Suka!

    Gembira Baru Dapat Baby? Ini 7 Benda Anda Boleh Bual Bersama Si Manja, Pasti Dia Suka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mac 18, 2020
    Lukisan Dan Contengan Juga Adalah Satu Bentuk Komunikasi Selain ABC

    Lukisan Dan Contengan Juga Adalah Satu Bentuk Komunikasi Selain ABC

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Oktober 31, 2019
    Betul Ke Pasangan Kembar Boleh Berhubung Secara Telepati?

    Betul Ke Pasangan Kembar Boleh Berhubung Secara Telepati?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Oktober 30, 2019
    Kanak-Kanak Istimewa Cerebral Palsy: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mereka

    Kanak-Kanak Istimewa Cerebral Palsy: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mereka

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada Oktober 3, 2019